Shopping online

Bila tengok page shopping online, saya ralit.
Bukan ralit disebabkan barang jualan, tapi soalan2 yang ditinggalkan.

Ada sesetengah customer, mereka selalu tanya,
"Kat mana ya cawangan kedai yang terdekat dengan saya?"
"Saiz L ada? Ada tak saiz X,Y,Z?"
"Yang ini ada tak warna biru laut Atlantik?"
"Harga postage berapa?"

Koleksi baju raya 2013, kedai shopping online, shopping online Iprincess Boutique, Baju kurung, jubah raya 2013, baju peplum raya 2013

You know.
Segala info sudah terpapar jelas pada about, gambar, post dan details.
Tinggal baca sahaja.

Selepas itu kan, mesti ada yang meroyan, "why u NO answer me??"
Tu diaa..Speaking troll kemaheng :D

Banyakkan membaca, baru bertanya. Belajar macam itu juga.

Comments

aizamia3 said…
dia nak empunya barangan online tu terus bagi feedback kat dia.. jenis malas nak baca bagai ler tu.. tak pun dia tak perasan maklumat yang dinyatakan.
NF said…
haha. sama ! lagi-lagi kat instagram tu. selalu je baca soalan-soalan macamtu. :)
Unknown said…
hahah..
shark pernah wat entry cmnie..
semua nk kene suap :)
Kisah Si Dairy said…
kadang-kadang terjadi pada saya sebagai customer jugak..xperasan kot...
Unknown said…
Itulah dugaan seorang peniaga..hehe
Unknown said…
kdg2 ada jugak online shop yang kita kena sendiri PM utk tanya harga dan sebagainya. -.-
NasQ said…
tu malas namanya...
Fais-SKA said…
he3..biasalah manusia..bile xsuka mmbeca dia skip mcm 2 je =) kdg2 besa jgak tgok mcm ni..mmbaca amalan mulia..cntik baju atas 2..bli tuk mak 1 cun gak neh
Yu. Syamz said…
Assalamualaikum lana..

em..waalid mengajar budak darjah dua macam tulah, walaupun benda dah ada depan mata,masih sibuk nak tanya ustaz..huhu..

ragam manusia..sabar jelah..hehe
Lina said…
hahahahaha.. aq selalu mcm tu lana.. kadang tgk brg dlm on9 tu, xsempat nak tgk semua detail2.. bila dh komen tnya benda semua tu, bru tgk detail2 yg diberikn.. agagaga... so aq delete trus komen aq tu... and tnya ada stock lg x..

biasala.. kita ni nak yg terbaik kn.. kena la bertanya byk2...

tp ada plak yg penjual ni, bila kita tnya byk2, dia nak kita trus beli.. kadang ada yg x reply lgsung apa yg kita tnya..
Cik Azz said…
Kadang2 naik geram pulak bila tengok ada yang tanya macam2 padahal semua benda dah tulis kat status/gambar...

Orang kita ni gamaknya memang malas nak membaca agaknya.. Kalau boleh, semua nak kena sogok depan mata.. Nak kena layan dia sorang je..

Selalunya yang tanya lebih2 ni bukannya nak beli pun.. Saje je buat kecoh.. Gara2 nak reply komen dia, terlepas nak jawab pertanyaan dari orang yang betul2 nak membeli..
Anonymous said…
hehehe biasalah manusia ni rambut je sama hitam !
nurdani said…
hahaha. selalu nampak soalan macam tu. saya sendiri pernah kena. paling femes, 'dah buka tempahan ke belum?'. most of the time saya tak jawab soalan tu.hehe
Unknown said…
ralit tu apa?...adakah sejenis kuih raya?...kekekeke
mama payah nak beli barang online ni.. takut tak sama saiz.. hihi
Dzureen Darwis said…
Hehehe sabar jelah, customers owez right, gittew~
ainil fazieda said…
Bhahha ! betul . Ainil pon kekadang tergolong jugak dgn spesis ney :) mihihihi ^^
Nong Andy said…
Haha...

No komen la Lana.
Unknown said…
Exactly. Tapi tu la. kadang2 diorg saja nak uji owner kedai tu. tapi lama2 geram jugak kalau semua dah ada tapi tak reti nak baca sendiri. hahaha
Unknown said…
hahaha. kantoi dorang tak baca betul2. saya pun ada juga orang tanya macam tu. tanya apa tu gb, rom, ram dan banyak lagi tapi tak nak beli. sabo jelah. yang penting saya tak nak melenting dengan pembeli or bakal pembeli. haha.
Qeela said…
hehehe excited bebeno nk membelinye tu agknye Lana :D
||aLeaSaRa|| said…
hah?shopping online?walaupun officemate,adik2 n sepupu-sepapat gile shopping online,kak lea tak pernah teruja pun nak try huhu...

Sop said…
skrg ni ramai yg selesa dgn online shopping
detail dan sistem pun dah bagus :)
sbb tu perniagaan online berkembang skrg :)
ary_lee said…
malas nak baca. HohohoXD
ary_lee said…
jap.. jap.. jangan salah paham.. bukan malas nak baca blog lana. maksud ary, diorang tanya soalan macam tu sebab malas nak tanya. HohohoXD
Ooh Deo said…
Tak ramai yang nak rajin baca sampai habis, belek2.. nampak depan mata terus nak tanya..

Pizza, mcd boleh konsider shopping online tak lana? lapor neh..hehehe
Anonymous said…
salam lana...

prihatinnya lana sampai ke situpun lana perhati..nasib akak memang jenis tak suka shopping online sbb akak ni cerewet sgt..nak beli sesuatu,mesti barang kena tersebut kena ada kat depan mata apalagi bila melibatkan duit sendiri..kalau free akak ok je..hehehe
Anonymous said…
opppsss...agaknya org tu teruja dgn gambar je kot..tu yg byk tanya tanpa membaca tu..hehe
fana.akim said…
betol2..dugaan seorang peniaga..hehe..kadang2 pening jugak..tgk comment wah..sampai beratus2 pada setiap gambar..tapi yang dikomennya tuh nak tanya harga..walhal harga dah terang2 kat description pic..aduhai.. sabar jelaa..
Unknown said…
assalamualaikum...lana :)

mungkin sbb manusia cara berfikir berbeza2 kot..tu yg keluar soalan2 mcm tu..
boni kacak said…
hahaha. malas nak baca lah tu.ehehehe
Unknown said…
kat blog pun sama.. semua kita dah cerita.. pastu tanya lagi.. *terasa hati kejap, penat je kita taip.. hehehe*
Yaya Mohd said…
salam..

hehe btul tu jugak lana..
yaya pon ade perasan jugak..tp mayb mate dier tlepas pndang kot..xpasan..da taip komen tnye pastu bru pasan kat situ ade harga,saiz sume..hehe
Amoi Farah said…
Macam gitu lah kekadang ada yg update beritahu size gini2 dh habis tinggal size apa...
Bunda_nora said…
betul tu sally kdg tu kita plk disuruh PM ke dia...kdg tu suruh kita like page dia dulu lah...belum tentu kita nak beli...biasalah pelanggan...nak tanya dulu..kalu bolih pegang nak pegang n rasa dulu..macam membeli kat kedai tu...pelagi on9..setakat bertanya n tengok gambar jerlah..
Unknown said…
kalau mengikut definisi saintifik *dr perspektif aku*, org2 jenis ni dipanggil sebgai 'bodoh sombong'. sekian...
hana hadi said…
apa? Lana nak hadiahkan kat hana baju raya? boleh2 hehe
Mime MF said…
haha tau xpa..kdg2 dh letak description pnjg lebar tp still tny soalan yg dh ada jawapan...adeii mls nk bc la tu..:P
caliph shuriken said…
yup, mmg ada yg x suka baca.. nk trus mudah shopping jaa bila dh tgk pic brg, huh...
Tinta Lana said…
Aizamia ~ Nak dilayan macam raja kak,ekekeke. Malas pun ya juga.

Fatihah ~ Mana2 social media pun, camtu lah.. org kita kurg baca details. Gopoh.

Shark ~ Yup, semua nak disuap :)
Tinta Lana said…
KSD ~ erkk, hehehe. Takpa, lepas ni cuba cari n baca details yg disediakan ya.. :)

Embun ~ Dugaan dan coobaaannn..hehehe

Sally ~ Aha, yg itu mostly sbbnya nak cari serius buyer.
Tinta Lana said…
TK ~ Malas n gelojoh ak rsa..

SKA ~ Bagusnya ingat mak :) Belila fais, lana pun duk belek2 gmbr tuk entry ni, terjumpa page baju ni. Harga pun berpatutan.

Waalid ~ Wa'alaikumusalam waalid. Sabar je la ya waalid..skrg baru fhm prasaan cikgu,hehehe. Semua dah ada depan mata, tapi asyik nak bersuap juga ^^
Tinta Lana said…
Lina ~ Ubah2 la skit lina,hahahaha, direct sungguh la kan. Ak tgk, berniaga online ini, kdg2 mcm lgi susah lina. Sebab cth la mcm berniaga kat fb, kdg2 terlepas msg/notification customer, sbb rmai sgt post komen n pm kan. Pa pun, mmg kena banyak bersabar la..tu belum lagi yang nak tukar brg, kena post balik lepastu..ishh2..

KakAzz ~ Tu yang saya ralit tu..saya plak terlebih emo bila ada yg tnya macam2,hahaha. Itulah mslhnya kak..kita customer kena fikir juga, bisnes online ni, bukan mcm pergi butik. Ramai customernya, sdgkan yg ownernya sorg je. Confirm kelam kabut nak melayan macam2 soalan.

K.A ~ Betulkan yang biasa :)
Tinta Lana said…
Nurdani ~ Pecah rahsia,hahahah. Sorg dua boleh layan lagi kan dani.. :D

Noh ~ Leka maksudnya yang oii, ekekeke.

Hasniza ~ Sama la ma.. saya suka kekedai terus.
Tinta Lana said…
Dzureen ~ Mencik slogan tu,hahaha

Ainil ~ Errr..hahaha..next time ainil, read 1st ea ;)

Nong ~ Ini pun dah kira komen kak :D
Tinta Lana said…
Hafiz ~ Mahu tak geram.. lana yg takda kena mengena pun geram, ekkeke

KK ~ Memang salu tak baca pun.. penat je taip details. Urmm, customer mmg ada hak tak nak beli, cuma cara mereka tu..infonya dah ada, cuma tak buka mata..

Qeela ~ Sebab cantik2 sgt kot,hahaha
Tinta Lana said…
Aleasara ~ Saya pun tak pernah kak..seronok tgk je buat masa ni,hik3

Sop ~ Yup, ada bbrapa cth yg bagus, antaranya, Zalora :)

Ary ~ Yessszaaa!
Tinta Lana said…
Azstory ~ Gopoh mir..tu la sbnrnya. Lana rasa.. tu bukan shopping on9, itu food-ing online,hahaha

Wirda ~ Wa'alaikumusalam akak sayang :) Nak buat mcmna kak, mmg peel saya kuat perhati,hahaha. Iya kak, salah satu faktor, excited.. tgk benda cantik2 kan..saya pun excited juga,hehehe

Fana ~ Memang sabar dan bertabah sgt2 fana,hahaha
Tinta Lana said…
Ayie ~ Wa'alaikumusalam ayie :) Ayie, maksud lana, jawapan pada soalan2 itu sbnrnya dah ada..cuma yg bertanya tidak membaca info yg disediakan..samada disebabkan terlepas pandang, gopoh dll.. :)

Boni ~ Gitulah boni.. ^_^

Aisya ~ hahahaha, terasa ya aisya.. :)
Tinta Lana said…
Yaya ~ Wa'alaikumusalam. Ada yang tak perasan yaya :)

Farah ~ Aha, yang itu sebab nak update, ada info baru :)

Bunda ~ Yang suruh PM dulu tu bunda, biasanya samada nak cari serius buyer, or jenis page FB nya. Kan nak buat FB ada bbrpa kategori page.
Tinta Lana said…
Kopi ~ Kemaheng definisi saintifik,ekekeke :p

Hana ~ Ha? Lana hadiahkan bila hana hadiahkan lana..ha, boleh kan,hahaha

Mime ~ Penat taip panjang2 *_*

Caliph ~ Aah.. bukan tak suka..tapi malas, :D
Anonymous said…
haha damn true, nampak sangat gelojoh lagi pemalas. huhu. diorang ni serius tengok gambar je tak baca langsung description tu. penat je owner tu taip panjang2. haish.

sis lana, salam aidilfitri ! :D
Aida Ismail said…
Haha~ tu salah satu sikap orang Malaysia ye. Tak suka baca. Tengok gambar je dah tanya macam2. Padahal description punya panjang berjela kat tepi tu =.="
Tinta Lana said…
SisIeja ~ Ieja! Awalnya,hehehe. Salam aidilfitri juga! :D

Aida ~ Kesian owner,taip pnjg2,huruf besar2 pun, org masih takmo baca,hehehe. Sabar jelah :)
lynndamya said…
owh dear, i'm agreed !!!!! kdg2 dh jelas gila harga dan details di gambar, tp masih bertanya, xreti nak bace..hadoi~~kot ye pon dah berkenan sgt atleast tgk lah betul2 kan.haha
and yup, nt ade yg sentap sbb kite xpm or rep...dia xtau gaknya yg page xleh start pm dulu..hadoi~~
Tetamu Istimewa said…
Kawan saya selalu beli baju online.

Popular Posts