RSS Feed

Hak Cipta

10

May 22, 2013 by

Saya nak tanya pendapat, pandangan, cadangan anda tentang topik Hak Cipta.

Sejauh mana, kita boleh katakan sesuatu itu adalah hasil kita dan hak ciptanya adalah milik kita. 

Saya merujuk pada dunia blog umumnya, dan 'sesuatu' itu saya refer pada penulisan kita (entry, cerpen, puisi, pantun etc) dan hasil seni kita (biasanya, doodle, karikatur, poster, header, template, quotes dsbgnya).

Saya confius. Kadang2 bila saya buat header atau quotes, saya ambil beberapa hasil kerja tangan orang lain, dan mengeditnya mengikut keperluan saya.

Untuk setiap hasilnya, saya jarang letak watermark atau label, sebab saya rasa macam tak layak je. Contoh macam quotes dibawah. Background belakang diambil dari sumber yang dibenarkan. Saya cuma edit apa yang patut, padankan quotes yang sesuai, dan siap.

Perlu ke saya letak watermark?? Dah ada 30 quotes..tapi yang the latest saja saya letak, tu pun teragak2.

Apa pandangan anda?



Aurat #3 - UiTM Arau

18

May 21, 2013 by

UiTM Arau, tempat saya menyambung pelajaran selepas SPM.

Minggu2 awal disana, senior mengeluarkan arahan berkenaan dengan tatacara pemakaian. Antara yang ditekankan untuk junior perempuan, baju berlengan panjang (yang dimaksudkan, t-shirt/blouse).

Boleh dibilang baju lengan panjang saya waktu itu. Kalau adapun, ia lebih bersifat, melindungi diri dari kesejukan, nak2 sewaktu musim hujan.

Saya bagitahu perkara ini pada ayahanda. So, ayahanda dan ibunda membeli beberapa pasang baju lengan panjang dan mengeposnya keutara. Sampai sekarang, saya masih ingat lagi warna dan coraknya :).

Permulaannya, memang sedikit rasa kurang selesa, sebab dah biasa mengenakan baju lengan pendek saja. Tapi bila dikelilingi dengan suasana yang baik, lama2 alah bisa tegal biasa.

Tetapi, orang kata, suatu perkara tu, bila kita dah biasa, dan bila cuba ubah haluan lama ke baru, amalan lama tu sedikit2 kekal ada. Bukan 100% hilang macamtu saja.

Samalah keadaannya saya. Kebiasaan berlengan pendek tu masih ada sampai sekarang. Kadang2, walaupun pakai baju lengan panjang, automatik je duk menyingsing lengan. Suka benar melipat lengan baju tu sampai kesiku,huhu.

Perubahan..ia sama seperti kejayaan. Ia bukan destinasi, tapi suatu perjalanan.
Moga perjalanan ini dipermudahkan untuk saya dan semua hambaNya :)

*Aurat #1 (Titik Permulaan) dan Aurat #2 (Ayahanda) boleh dibaca di SINI.


Powered by Blogger.