RSS Feed

Berikan

55

September 9, 2013 by

Ada orang, apabila menulis status dan bercerita,
Mereka cuma hendakkan perhatian.
Mahu suaranya didengari.
Dengan harapan, ada yang memberi tumpuan pada apa yang ingin disuarakan.

Berikan.

Berikan apa yang mereka mahukan.
Mungkin selama ini, mereka simpan. Tak dapat diluahkan.
Bila peluang datang, mereka lontarkan perasaan.

Kita tidak perlu buat banyak,
Cuma diam mendengar dan memberi perhatian pada apa yang disampaikan.

Banyakkanlah mendengar.
Dizaman sekarang, terlalu ramai berkata-kata,
Sehingga kita terlepas pandang banyak perkara kerana terlalu sibuknya hendak bersuara.


55 comments »

Khamsi Abdullah said...

Sangat setuju. Saya banyak merapu kat Facebook...hehe. Dah berapa kali permanent delete..alih2 buat lagi. eish..

nurdani said...

berikanlah..berikan...

Wirda Amir said...

Salam lana...

Diam itu lebih drpd berkata yg sia2...berkata benar walaupun pahit tak mengapa...akak ada terbaca kata2 yg dipetik dr mana akak tk ingat,kalau tk silap kata2 dr imam as syafie(kalau akak slh tolong betukan ye lana) katanya..

Org yg bodoh itu berbicara tentang diri sendiri,org yg lebih bodoh itu berbicara tentang org lain,org yg biasa2 sj berbicara tentang peristiwa semasa,org yg bijak itu berbicara tentang ilmu...

Sebenarnya kata2 dia tas byk jd status rkn fb akak tp seolah olah tlh di ubah rentetannya...kalau lana pernah terbaca akan kata2 ini tolon bgtau akak yg sahih ye...

dear xila said...

lana tulis blog sbb apa? hee

lynndamya said...

Salam lanaaaaa~ owh rindunya kat kau~~~ meh hug cikit~ hahahah..and yup, aku setuju dgn entry kau ni..mmg ramai yg sibuk nak bersuara, aku pun sama..kdg2 mmg xboleh nk elakkan..wuwu..tapi bila asyik nak bersuara, contoh mcm di blog, aku asyik lah update citer aku, tp xsempat lg nk BW, aku rasa bersalah,wuwu...ape lah aku merepek i, kau faham tak? abaikan je lah (-_-') haha

Norhasniza Khalid said...

setuju dengan lana... sepi jer lana ye, tentang soalan lana kat mana mama iklan kan tentang pengasuh tu, kat sini.... majalah.com

lana try lah..

S.K.A said...

Assalam..mendalam mksud 2 kak =) bab meluahkn 2, bg sy, sy rela smpan je..xpn luahkn kt kwn2 yg fham..xkn sekali luahkn kt fb @ blog..bab pndgar n pmbca setia sy boleh la jd..kdg2 msalah org pn bleh ambil pgajaran..

P/s..bkan berdiam kak..tp line tenet mgecewakan heeeee :D

Chic Na said...

tak suka komen kalau status2 luahan perasaan.. takut tersalah kata2.. huhu..

Jajas said...

jadi la seorang pendengar yang baik...hehe

aisya said...

setuju sangat! huhu..

amir zahari said...

Kalau semua orang nak berkata-kata, siapa pula yang mahu mendengar.. namun kadangkala berilah peluang kepada mereka yang sudah lama memendam kata, mendengar buah fikiran dari mereka yang kurang berkata-kata kerana mereka selalunya lebih banyak mendengar, melihat, mengkaji dan membaca..

caliph shuriken said...

yup, baik dgr dulu apa yg diorg nk cakap.. nanti kita akan tau banyak perkara tanpa perlu banyak tanya kn ^^

trah zain said...

betul,,,berikan je perhatian, especially pd bdk2 n remaja, dorang sgt nakkan perhatian kalo dorang ckp even bnda tu remeh,,,

aizamia3 said...

sekurang-kurangnya dapat melegakan perasaan.

Tukang Karut said...

bukan malas nak dengar, tapi menang tak nak dengar kalau merepek dan merapu sesaje...

Che Elfie said...

sangatlah setuju... tak salah menjadi pendengar setia sebab adakalanya kita juga perlu pendengar dikala kita merapu ....

Liza Nova said...

takper.. biar je kan.. itulah fungsinya media sosial kan?..

datang dari http://novaleeza.blogspot.com

tq singgah blog akak

Zawiah said...

betullah . mrk luahkan sungguh2 bila diberi peluang kekadang sampai ke tahap merapu semata2 nak kita bersetuju / perakui hujjah nya ...

Syarafi[skyforce331] said...

orang yang diam lebih pandai :)

Tinta Lana said...

@Khamsi Abdullah

Susah nk tinggalkan habit tu ya..hehe

Tinta Lana said...

@nurdani

Berikan ya dani :D

Tinta Lana said...

@Wirda Amir

Wa'alaikumusalam kak wirda..saya pun dah pernah baca kata2 yg lebih kurg serupa. Maaf, saya pun tak dpt kenalpasti dari mna sumber asalnya..sebab ada juga versi bahasa inggeris yg maksudnya lebih kurg begitu..

InsyaAllah kalau saya tahu, saya sharekan.. :)

Tinta Lana said...

@dear xila

Skrg ni sbbnya, nak cari redha Dia..

Tinta Lana said...

@lynndamya

Wa'alaikumusalam lynn..ak mcm biasalah..tak pernah rindu kat ko..hahahaha, takda2, ak gurau2 je.. :) Ak sentiasa faham apa yg ko merepek lynn,hahaha

Ak rasa aku pun kdg2 asyik nk mengupdate je..lain tak kira (T___T) Aku sedar tu, tpi tak berubah2 jugak,hahaha

Tinta Lana said...

@Norhasniza Khalid

Mama..maaf ma.. memg jrg online skrg ni :)

Majalah.com ya..ok, terima kasih ma ^^

Tinta Lana said...

@S.K.A

Wa'alaikumusalam. Masalah org lain pun boleh jadi pengajaran.. betul sgt ni.. :)

#oh..ok fais, faham2, hehehe

Tinta Lana said...

@Chic Na

Me too.. kang tak pasal2 lagi parah jiwa org yg luah tu,ekekeke

Tinta Lana said...

@Jajas

Semoga kamu menjadi suami yang baik, pendengar yg baik, hehehe..amin..

Tinta Lana said...

@aisya

:)

Tinta Lana said...

@amir zahari

Macam amir kan, ^_^ hehehe

Tinta Lana said...

@caliph shuriken

Memaksa tiada guna.. manusia psikologinya, bila dia selesa, dia automatik akan bercerita tanpa perlu kita bnyk brtnya kan.. :)

Tinta Lana said...

@trah zain

Aah..terutama pda budak2 dan remaja.

Tinta Lana said...

@aizamia3

Yes. Skrg ni ada yg smpai tak sedar diri sndiri sdg alami tekanan..dari bising menjadi diam n sbliknya.

Bahaya..kena cari seseorg utk kita luah rasa.

Tinta Lana said...

@Tukang Karut

Kalau merepek dan merapu mmg ak pun tak mahu dgr..melainkan celoteh budak2.

Tinta Lana said...

@Che Elfie

Lana rasa chepi dah jumpa pendengar setia chepi :)

Tinta Lana said...

@Liza Nova

Sama2 kak liza..tq jga singgah sini.

Tinta Lana said...

@Zawiah

Kalau hujahnya benar, takpa juga kita bersetuju kan kak vee..tpi kalau dah salah, dipaksanya juga..cepuk lepuk jadinya,hehehe

Tinta Lana said...

@Syarafi[skyforce331]

Tgk juga jenis pandainya kan fie :)

Mime MF said...

betul..zaman skrg ni memang ramai yg berkata²..byk yg beri hujah msg² dan byk jugak yang jd hakim...

Wirda Amir said...

Salam lana...

Akak ni bkn apa,kalau kata2 tu setakat pendapat peribadi org2 terkenal atau penulis,tk mengapa sbb akak tak begitu setuju kalau kita nak menulis tentang diri kita dan kongsikan pengalaman kita dgn org lain contohnya di blog...apa salahnya kan lana...?takkan lah kita termasuk golongan org yg bodoh...mungkin juga kata2 itu dimaksudkan dgn menceritakan hal yg tidak baik kot...tapi kalu kata2 itu keluar dr bibir seorg ulama mesti ada sebabnya yg positif utk kita fikirkan.....

Tinta Lana said...

@Mime MF

Kdg2, ak jadi takut tgk 'hakim2' skrg.. takut aku juga dihakimi membuta tuli..

Tinta Lana said...

@Wirda Amir

Wa'alaikumusalam.. saya sependapat juga dengan akak. Tidaklah pepatah tu membawa maksud sedirect itu..aaa,camna nak ckp ek,hehe. Bukanlah bermakna apabila kita menulis ttg diri sndiri, itu bermkna kita termasuk dlm golongan berkenaan.

Pda saya mungkin antara maksudnya, jika kita terlalu menggemburkn ttg kelebihan diri, kebesaran diri, kebolehan diri...shingga satu thp mungkin terlalu bercerita begini tnpa kita sedar kita jadi riak..kita mula memperkecilkan org lain.

Payah juga kak kalau tak boleh cerita ttg diri sndiri..ada waktu2nya, kita perlu bercerita kan kak..mcm gi interview ke,ekekeke.

Itu pendapat saya je kak..mungkin ada yg terkurg.. ^^

Wirda Amir said...

Mungkin jugalah.....
apa yg lana ckp tu akak setuju...rasanya tk salah berkongsi pengalaman kita dgn org lain asalkan jgn sampai ada ayat yg riak tahap dewa dewi...ehehehehe

tp bg akak bergantung kpd diri kita yg membaca....moga kita membaca dgn lapang dada tanpa ada prasangka......

Tq lana...sudi berkongsi dgn akak...lebiu...

Hatimi Tahirruddin said...

ok ok sy tgh dengar luahan lana ni...hihi

Eiqa Almond said...

Ishh, lana niee..
Pandai laa buat ayat macam nie..
Boleh buat karya gini niee.. >,<
Suka ayat entry nie..

Cendol said...

salam,lana.betul tuu..memang banyak org berkata-kata sekarang ni.dah semua bercakap,siapa yg dengar?
Tapi kalau tengok status luahan perasaan kecewa bercinta kat fb tu,memang meluat..haha some people appear bright untill they speak.

btw,hw r u lana longgg??? :D

||aLeaSaRa|| said...

salam lana.bagi kak lea,kadang2 kita pun perlu membaca a.k.a mendengar.dari situ kita dapat menambahkan ilmu,berkongsi pengalaman & mana yang baik dijadikan panduan.

cuma kurang suka kalau orang tu mengaibkan pasangan atau orang terdekat :)

Tinta Lana said...

@Hatimi Tahirruddin

Errr..eh? hihi, terima kasih brotimi.

Tinta Lana said...

@Eiqa Almond

Karya? Amin..teringin juga nak berkarya dgn seriusnya,hehe

Tinta Lana said...

@Cendol

Wa'alaikumusalam. Lana sudi mendengar..uhuk2, terbatuk plak,kih3 :D

Lana sihat..sihat dgn jayanya! haahaha

Tinta Lana said...

@||aLeaSaRa||

Wa'alaikumusalam kak.. Saya pun..kalau dgn kita dia bercerita dgn membuka aib org lain..mcmna la pulak bila dia dgn org lain, mungkin aib kita pun habis dibukanya,huhu.

ary_lee said...

Betul tu,Lana. Perhatian. Tapi tanpa kita sedari,kita nak kan perhatian. Namun,ada kah mampu kita berikan perhatian pada mereka yang lain?

hana hadi said...

betul tu.. beri mereka ruang untuk meluahkan apa yang mereka rasa..

Aku Penghibur said...

sangat setuju dengan entri akak nie.,,kadang banyak cakap pun boleh mengudang bahaya.. apa lagi kalau di taip untuk minta perhatian dari ramai orang...

baby comel said...

Errk, terasa mcm dituju ke batang hidung plk dah. Ok, sebolehnya tentang rasa hati.. saya sebolehnya nk elakkan diri dari jari berkata2 takut terlebih emosi sampai saya mula hilang pertimbangan diri. Tapi kadangkala terlepas jua. InsyaAllah pasni akan mendengar, melihat sekeliling dulu. Yelah, kalau ramai yg berkata-kata sape pulak yg nk belajar utk mendengar ye. Thanks lana. Menarik entri ni

Powered by Blogger.