Beautiful Planet Earth #6
Kali terakhir saya memasuki gua, lebih kurang 2,3 tahun yang lalu. Gua Tempurung di Perak. Apabila dikaitkan dengan bidang pelancongan, gua mungkin bukan pilihan kebanyakan kita berbanding ke pantai, tasik, taman negara, bandaraya bersejarah dan sebagainya. Yang pasti, gua punya keunikan dan keindahan tersendiri untuk diterokai.
Dibawah antara gua-gua menarik yang terdapat diseluruh dunia.
Batu Caves, Malaysia. 2 tahun lalu, saya turut juga kesana, sehari sebelum Thaipusam. Penat juga mendaki tangganya. Bahagian dalam gua, memang cantik! Gabungan limpahan cahaya lampu, juga seperti yang kita tahu, ia tempat beribadat bagi kaum Hindu, unik.
Reed Flute Cave. Terletak di Guangxi, China. Berusia lebih 180 juta tahun. Dipercayai gua ini menjadi tumpuan sejak 1200 tahun yang lalu. Terdapat sebanyak 70 inskripsi didalamnya, dan ada diantaranya bertarikh seawal 792 AD. Teringat watak2 master dan tok guru yang selalu bertapa dalam gua,hehe.
Naive Mine, Mexico. Merupakan antara gua kristal terbesar didunia. Ditutup kepada orang awam, atas faktor2 keselamatan. Gambar ini mengingatkan saya pada babak Perseus dan gengnya, yang cuba 'menakluk' kepala Medusa dalam filem Clash Of The Titans. Tempat mereka bertarung tu kan penuh tiang besar yang jatuh bergelimpangan macam kristal diatas ni.
Glowworms Cave, New Zealand. Gua yang agak unik. Ia dihuni sejenis serangga, 'Glowworm'. Serangga ini mengeluarkan cahayanya sendiri untuk menarik perhatian mangsanya. Bagaikan langit malam dihiasi bintang,ehehehe.
Son Doong Cave, Vietnam. Gua Terbesar di Dunia. Rupanya gua ini baru saja dikenali diperingkat antarabangsa. Dijumpai warga tempatan pada tahun 1991, dan hanya pada tahun 2009, setelah sekumpulan peneroka gua warga British meneroka gua ini, barulah gua ini dikenali ramai.
Ya, ciptaan Allah, terlalu indah..
Sumber: Boredpanda.com
Comments
tetiba teringin nak ke gua
cantiknya alam ciptaan Allah...
Akak simpan impian nak ke Gua Niah. Antara yang tercantik kan ^_^
hahaha, jom!
Ikut rombongan la cikna, selamat sikit.
Pergi Kaki Bukit, Perlis. Best jugak, ular taraq, katak besau2 ada,ekekeke
Cantik sangat.. ^_^
Boleh cuba.
Betul tu kak vee..
Son Doong tu la..reflection on water..phewww..
Kan, glowworms tu bergantung kat siling gua..bila gelap, nampak cantik. Macam lampu2 yg psg kt pokok, yg salu ada kat tepi jalan :D
Dalam gelap ada indahnya,cewahhh,hehehe
Alam semulajadi, lukisan paling cantik sekali didunia ni ^_^
Yes they are. ^_^
Akak tak pernah masuk gua..beruntunglah lana....
Indah semua ciptaan Allah di atas...
Badan panas lagi ke?moga baik2 sj ye lana....
Banyak lagi gua yang menarik.. ^_^
Ooo..1st time masuk, aku memang rasa takut..ya la kan, dari tempat cerah, kita masuk ketempat gelap, dan terkepung.
Tapi, bila dalam gua, mcm dlm laut juga..macam kat dunia lain :D
Lagi2 gua yang bnyk stalaktit stalagmit, betul kot ak eja,eekeke. Bila kena chya lampu, cantik..sejuk pun sejuk je..
Tak kak..tak dapat pun..hehehe
Akak online pakai hp ya. Susah skit kan.. :)
Alhamdulillah..lepas msg akak mlm sblmnya, terus makan ubat, bgn tido tadi, rasa segar dah,hehehe ^^
Tersepit kan maksud ko kopi,hehe.
Ooo..faham2.. lebih kurg juga mcam org yg takut masuk blik/ruang yg kecik(mcm lif).
Kan? Bila saya baca serba skit story psl gua ni, mmg tu lah terbyg,hehe. Teringat movie2 kungfu masa kecik2 dulu. Tok Guru mesti bertapa dalam gua :D
owhh sgt cantik Glowworms dan vietnam itu...nak pergiiiiiiiiiiii ~~~~