RSS Feed

Kau blogger yang baik hati ke?

23

June 23, 2011 by

- Entry tak kena mengena dengan sesiapa, sekadar sepintas lalu -

Ramai..sangat ramai blogger yang berhati baik sebenarnya. Bukti? Antaranya, apabila ada yang tinggalkan jejak/komen, pasti kita balas balik. Tak disuruh follow, dengan rela hati meng'follow'. Itu belum masuk lagi yang dipaksa, dengan tak rela pun, meng'follow' jugak. hehe.

Tapi, bak kata pepatah.."buat baik berpada2" (amik separuh je). Sikap baik kadangkala kurang bertempat. Ada masa2nya, memang tak bertempat langsung. Yang lana maksudkan, sikap blogger yang niat baiknya adalah bertegur untuk kebaikan.

Mungkin dia menegur kerana nak seseorang blogger tu mencapai tahap yang lebih baik dari keadaan semasanya, tapi korang pasti ke teguran tu cukup berhemah dan kena caranya?(korang kadang2 tak peduli pun kan bab2 macamni,heh3)

Contoh, kebanyakkan blogger tegur tentang perkara2 dibawah ni:

1. Blog berat - disebabkan banyak sangat gambar, design2, pasang lagu dll.
2. Bahasa dalam entry - guna short form, bahasa pelat, dwibahasa dll.
3. Design - banyak sangat color, blog gelap, terlebih gadget/widget yang tidak sepatutnya dll.
4. Entry - jenis tulisan, warna, karangan 1juta patah perkataan dll.

Macam ni, bagi lana, kebanyakkan yang menegur tu, anda tidak layak jadi penegur. Ini bukan soal anda otai/orang lama/orang yang lebih bijak dan sewaktu dengannya. Ini soal bagaimana anda bertolak ansur dengan kepelbagaian blogger2 yang anda jumpa.

Ada dikalangan mereka, blogger2 baru..yang baru sangat lahir. Anda pula menegur bagai nak rak. Nama pun baru lahir, selagi boleh, semua benda nak dibuat, nak dicapai, tanpa kira elok tak elok, baik atau tidak baik. Ibarat bayi yang sudah mula meniarap..semua nak pegang, nak masuk dalam mulut, nak hisap. Bukan kira, kotor ke bersih. Yang penegur pulak, menegur macam pensyarah yang dapat PhD dari Harvard. Guna bahasa hebat2, baby baru meniarap, manala paham muncettt. Sah2, baby buat doonnooo je.

Kisah bayi meniarap tadi, berlanjutan sampai la dia bersekolah, masih dengan tabiat semua benda nak dicuba. Cuma kali ini dah pandai sikit.. dia dah tahu memilih benda2 yang dia suka. Sebab tu ada blog, kita nampak cute sangat2, ada yang misteri ya amat, tak kurang juga rupa blog macam nak kiamat T__T.. semua sebab dia dah nampak apa benda yang dia nak, pastu dia usaha lengkapkan blognya ikut tema dia sendiri.

Dalam tempoh peralihan remaja nak ke dewasanya, masa ni lah..yes, masa nilah.. Lagu Bunga2 Cinta dendangan Misha Omar mula 'kedengaran' kat blog dia. Tak kurang juga, bunyi Pop Pop melata-lata kat tapaknya.. gara2 K-Pop. Perlahan-lahan, entry2nya mula berbaur Kisah Hati..by Alyah. Takpun, Aku Cinta Padamu..by CT Nurhaliza..hurmm..

Kesimpulannya, jangan mudah melatah ya penegur, apatah lagi menghukum blogger2 yang korang tak suka. Tak salah kalau menyampah, dah menyampah sangat kan? Cepat2 la go away dari blog tu. Tapi kalau tak nak, pastu ada rasa nak tegur, nasihat aku, fikir dulu dan lihat siapa target korang ya. Jangan main hentaram je.

Bagi masa pada setiap blogger, untuk perbaiki, mencari hala tuju diri dalam dunia blogger yang dia ceburi. Macam aku sendiri, masih tercari2 apa yang aku nak sebenarnya untuk blog aku ini.

Sekian, jangan marah ya! Mmmuahh, sayang korang,hahaha


23 comments »

shiema sufian said...

menegur untuk diorg mak a change n jadi blogger yg bagus. bkn untuk menghina.

Santai Coi said...

Hehehe.. namanya jg orang mau kasih tau..

Seperti anak kecil beranjak dewasa.. diperlukan orang dewasa yang harus mengarahkan agar pertumbuhannya baik..
Untuk kebaikan dia juga

What do you think ^^

EiZaRaZiErYa said...

ahahhaa..terbaek lah~
▂ ▃ ▅ ▆ 100%
─▀██▀───▀██▀─▀██──██─▀██▀▀ ▀─
──██─────██───██▄█▀───██▄█───
──██─────██───██▀█▄───██▀█───
─▄██▄▄█─▄██▄─▄██──██─▄██▄▄ ▄
ni la pendapat~ pndangn~ teguran dan nasihat yg terbaek yg zie jmpe setakt nie~ ehehe..klw zie, zie yg mne~ dah tentulah nak jadi yang baek2 je~ tp xtwlah penerimaan owg cmne~wink3 >_<

Green Apple said...

terkejuttt... ingatkan marah saya tadi... hehe

taliff said...

1. Menegur : Ada yang menegur Jenis Main Rembat Laju-Laju je. Adoiyai...

2. Tak Suka : Terus Buka Laman Facebook kata bencik <---yampah giler orang jenis macam ini

3. Widget Berat/Banyak2x = Kesian kar broadband taliff, selalu kena sekat sebab dah capai 5GB..nak lawat kawan2 blogger, tak sampai hajat.

4. 1Juta Patah Ayat = Terbaik3x~~~wakakaka....Tak larat jari den nak nulis ehhh~~

5. Jenis Blog = Pilihlah gaya sendiri, tapi jangan rembat semua..Blogspot ngn Wordpress FREE. Nak Tulis Semua? Buat Blog Banyak2x...wakakakaka!! Biar sampai Lebam! HUHUhuh

Peace!

Syazwan said...

waahhh..suka baca entry ini ;)

Aku Afzal said...

ye betol tu :) sy blogger newbie yang sangat baek.. tapi baek bertempat gak kan? ngeh3

kjaharun said...

kebabasan untuk bercakap itu penting :)

ozzy said...

masing2 mempunyai gaya serta cara yg berbeza..kalau tak suka klik je pangkah kat atas tu..senang kan.

"RANKING BLOGGER YANG POPULAR"

Terbelog said...

makin byk kita taip, makin byk kita pelajari.
Pedulikan kata org,apa sedap dimata kita..itulah diri kita sebenarnya

skemaituehot said...

semua ader pendapat yg berbeza....saya hanya pendengar dan pembaca yang baik...semua ada baik buruk.ia bergantung kepada kiter sebenarnyew...

org cakap buat baik jgn harap balasan...huhu.ada lagie ke camtuh?

kerisperak said...

ingat cam nk cari gado-gado dh tadi..hehehe err, camne n kt mane nak klik 'like' kt entry nih?? hehehe

syira said...

Betul tuh.
Macam syira pun, syira gerak perlahan-lahan..
Perbaiki dari masa ke masa.
Kita belajar dari kesilapan sendiri.
Bangun pabila jatuh.
Baru la belajar namanya.
Just be yourself.
Kerana itu orang kenal kita. =)

SyafiqueRidhwan said...

salam.

Ada yang den setuju, ada yang den tak setuju.sekadar pendapat tau.

Rasanya contoh tu kurang sesuai. Sebabnya baby memang bermula dari zero, dan dia takleh berfikir dalam masa yang singkat.

Bagi blogger baru, diorang dah besar. Paling kecik pun umurnya dah 13 tahun, tahu mana yang bagus dan mana yang tak bagus. So, pandangan dari orang-orang lama perlu diambil kira. Memang takder istilah otai,blogger faymes atau dalam blogger profesional. Tapi kalau kita ikutkan kes yang baru-baru ni pasal seorang gadis bercakap tentang isu maruah dia di blog. Kan dah menyimpang jauh dari penulisan sebenar blog. Sebab itu perlunya teguran.

Apa pun, den setuju dengan cara teguran tu. Tak payah nak melampau-lampau dalam menegur. Sebabnya, penegur pun dulunya noob dalam berblogging. Kira kita semua sama ja. Takder istilah baru atau lama. Walla~

And last, blog itu kan memang tempat perkongsian. Kalau dibuat blog, tapi guna istilah, "tak suka,boleh blah", lebih bagus privatekan blog, or tulis dalam diari isi hati.

Sharing is caring.

Peace no war ! ^^

Nur_Farah said...

adei buat cuak je...huhu

alif haris said...

nth la sy pn masih tercari2 lagi .. huhu :D

Kei Seichi said...

macam perli saya je..hahahaha.. =P

Piasara said...

"jenis tak boleh terima teguran tu yg payah...jenis yg suka menegur mcm dia jer yg teror pun susah gak..agak2 lah yer..."

HAZWAN17 said...

dalam hal ni dua-dua kena bertolak ansur..si penegur dan si kena tegur.. baru lah dunia blog aman damai sihat sejahtera

'CikMimiEy' said...

hrmm , nak tegor pon tak ade salahnye ,tapi biarlah kene pade care dan tempat .. hehe

nobody's perfect right ?
ehh , terspeaking laa pulak ..
btw , mimi pon bukannye baik sangat..haha , dang dang aje ^^

Rahmad said...

aku paling tak suka blog yg ada lagu..

APAN said...

good point di sini...
tpi terus terang aku ckp aku payah nak suka blog yg ada lagu...
kalu 1st time masuk aku try ajak dia berblog tanpa lagu...
tpi kalo still ada lagi lagu lpas tu, aku bla terus...

mungkin betul pe yg ko tis dlm entri ni...

Khairol Ikhwan said...

erm,,, betul jugak kan .. tak baik mengata orang, kalau sekadar berkongsi pendapat atau idea sudah cukup baik. Tegur menegur tu kan tandanya kita ambil peduli.. mungkin penerimaan seseorang itu yg membezakan dan kadangkala tersalah tafsir niat sebenar si penegur.

Lagipun, blogger Malaysia ni byk yg suka blogwalking la, siap ade autoblogwalking lagi... nak cepat2 .. tu yg amuk tu,, hehehe ...

kadang2 tu sempat jugak singgah blog sorang mamat ni, follower cuma ratusan jer, dah 4 tahun blogging ... rileks jer posting2 lagi ..

Tak kisah pun jika ada follower atau tak, yang penting praktikkan gaya penulisan (ni pun sedang belajar untuk menulis gaya akademik+ santai) ..makin lama berkecimpung dalam blog, makin baik lah cara penulisan dan pemikiran.

Besar impak blogging ni kalau difikirkan secara mendalam. (chewahh)

Powered by Blogger.