RSS Feed

Kurangnya perikemanusiaan..

4

June 10, 2011 by

Aku suka naik bas..mana2 public transport, kecuali teksi, lain2 memang aku suka naik..macam siang tadi, aku tak tahupun kat mana Uptown 2, Damansara Uptown tu..tpi cam biasa, aku main redah je sorang2..naik bas rapid kl.

Bagi aku, satu jelah yang tak bestnya naik public transport ni.. Pemandunya. Apa? iya.. pemandunya, pak driver tu lah. Aku tak kisah mana kalau bas penuh macam tong sardin, da nama pun bas awam. Aku pun tak berapa nak hairan kalau dlm bas tu aku seorang je rakyat Malaysia..yang lain Negro, Indon, Bangla.. tapi paling aku menyampah bila dapat pemandu kurang ajar.. da la ajarnya kurang, akal, adab semuanya serba kurang lah..

Macam tadi, on the way aku ke damansara tu, awal2 lagi aku dapat rasa pemandunya termasuk dalam kategori kurang2 tadi...tengok air muka pun da tahu. Sah, memang kurang sifat manusianya.. asyik hilang sabar je dia..bila kenderaan depan slow skit, mula la dia hon.. asal tak kena je hon, pastu hon, hon lagi. berapa puluh kali entah dia hon dalam perjalanan nak ke damansara tu..bingit telinga aku T_T.

Tak cukup dengan tu, mentang2 la bawak bas besar, suka2 hati nak potong line org lain. potong cara berhemah tak pa, ikut line kanan.. ni lorong belah kiri..yang paling tepi ok, tempat motor2/kereta berhenti, lorong kecemasan la senang.. bayangkan bas saiz gegak gempita tu seboleh2 nak lalu situ sebab tak sabar2.. hishh..aku yang stress dalam bas tu...

Tolonglah..sebelum keluar memandu, pasangkan niat, nak memandu dengan sabar dan baik..percayalah, hati dan minda akan bersatu untuk realisasikannya..InsyaAllah.


4 comments »

Freaky said...

haha rilek2... biasa la sikap pemandu macma tu.. mane2 ade

Noh Kodiang said...

meh noh bawak naik motor meh...mesti tak jem puyer...harharharhar

hana sudradjat said...

antara sebab knp sy x dibenarkan naik bas awam ... T.T

nadiyahashim said...

rindunye dgn bas rapid kl..huhu..
kat srawak ni xde bas rapid kl..rapid sarawak pun xde..huhuhu

Powered by Blogger.