Manusia bodoh + sombong

Since 2003, lana pindah putrajaya. Macam2 jenis manusia lana temui. Paling disukai, bila orang kaya..sangat merendah diri. Paling dibenci? Yang papa kedana, berlagak bodoh + sombong (BOSOM) bukan main lagi..

Kenapa lana cakap camtu? Sebabnya:
1. Dah jadi tabiat kot..ke buang tebiat... Bila lana menyusuri laluan ke arah lif..maka ter bau lah lana haruman yang sungguh......kelat! &*%#@! Tak tau kenapa sesetengah manusia BOSOM ni, hobinya suka buang/letak sampah kat tangga kecemasan tu. Kadang2, dah teruja sangat nak tayang hobi, dihiasnya sebelah lif tu dengan "kraftangannya" yang mengalir bak laut yang membiru.
http://www.emocutez.com
"sia2 pakai minyak masak segantang kat baju, hilang sudah bau wangiku, bangla sebelah pun tak lalu nak hidu"

2. Yang kedua, robot. Hah, yang ni, bertimbun kat tempat lana duduk sekarang. Bila berselisih, senyum tidak, pandang tarak, nak menegur?jauh macam nak gi lebuhraya karak. Agaknya, diorang robot kot, dah diprogram supaya bila jalan tunduk, jalan straight je, kepala tak boleh pusing, senyum pun tak boleh. Kalau buat jugak, takut wayar2 dalaman berselirat, nanti meletup, kena orang sebelah jadi melarat.

myspace layouts

3. Oh ya, kat sini, banyak sangat pesakit yang menderitai sejenis penyakit ni.. Setakat ni, saintis/doktor2 pakar pun tak dapat kenalpasti punca penyakit ni, apatah lagi cara rawatannya. Nama penyakit ni - "Wall Parkinson". Tahu kan parkinson tu antara simptomnya macamana? Ala, yang tangan menggigil tu, sama la macam penyakit ni. Yang membezakannya, pesakit Wall Parkinson ni, bila dia nampak je dinding..asal dinding nampak dia, maka..menggeletor tangannya secara automatik. Dinding yang suci murni tadi, jadi sadis bila dah jumpa pesakit2 ni.

http://www.emocutez.com

"cam kat atas la tangan diorang menggeletor, lembut je, tapi hasilnya, memang kesian dinding2, jadi mangsa kekejaman T___T"

Sekian.

Copp!: Seronok tengok gelagat manusia BOSOM, sekurang2nya, secara tak langsung, mereka mengajar kita untuk jadi lebih baik.

Comments

ewanthology said…
mentaliti yg sukar nak ubah.

nnt dikatanya cleaner takde keje pulak.

aduhh
syuxer said…
BOSOM ni stress sebenarnya..jadi muka dorang jadi cepat tua..heheh..yela asyik ketat je muka dorang..yang robot plak tuh bekas komando kot hahaah...
Suhaimi@Pakmi said…
tersurat & tersirat :)
Jangan Kalot said…
masalah sosial. maklum ler, putrajaya tu bukan tempat bermastautin tetap. masing-masing mlas nak kenal ramai orang. hoho

www.jangankalot.co.cc
PenDekAr LauT said…
waHHH.. Perkataan baru ekk Bosom.. Singkatan yg menarik utk org yg takde sivik ni...
APAN said…
BOSOM tu bodoh ngan sombong kan?sory la, lambat tangkap sket.haha...

yg no 2 tu, robot.kalau kaum sejenis boleh lagi kot.tpi kalau dah lain jantina nak bertegur sapa di zmn yg serba moden ni payah kot.kalau slh tempat blh jadi mende lain.kdg2 tu better pandang bawah dari senyum...
aku rasa ar...
ditambah lak, kalau jadi pape bukan ramai yg nak tolong, biasa tengok je dulu.haha...
Wanie said…
bosom eh?huhu
kat area sy xde lak yg nak buang sampah mcm tu..huhu

yg robot tu macam normal je..
kalau sy jumpe org tak kenal pun sy tak bape nak senyum..hehe
ozzy said…
Ada satu lagi penyakit yang saya tak suka, penyakit PHD (perasaan hasad dengki)..sedihnya PHD banyak melekat pada sesama Melayu je.
Unknown said…
kalo kt tmpt ayie..memang sellu jumpa orng buang sampah mcm gitu..aishh, xsuka btol..kalo robot tu xpyh ckap..ad jer..haha
Unknown said…
BOSOM kan dalam bahasa inggeris...dada?
Alif Haris said…
hahahaha .. pedas !
tp b4 pindah putrajaya takde jumpe manusia cmni ? hehe
Muttallif said…
Benar tu, dulu masa talif tinggal di shah alam menyewa, rumah jiran sebelah-sebelah aje, bagi senyuman...apa yang kita dapat? huh...nak senyum balik pun macam taik jew....adehhh~~~
Niena Muhammad said…
kt sini ada yg penyakit BOSOM tu./.. kbanyakaan org atasan.. bla ditegur xmo mengalah,nk menang je
~~kimz~~ said…
BOSOM...perkataan baru yang ku baru kenal.. hehehe. tahnks lana..
Pia said…
"wow...nasib baik akak faham apa yg kamu nak sampaikn..dia punya ayat byk yg tersirat ni...oh ya..akak pun tak suka spesis robot tu,patutnya diorang ni kena wujudkn satu penempatan khas utk spesis diorang saja.."
Unknown said…
wah mmg tersirat.yes mmg bosom baru tahu ni,hehe
1 said…
hehe..mujurlah bukan bosou kan..
mm..mmg org mcm ni ada kt mana-mana..si Dia xsuka dgn prg yg miskin tambah bosom..btl kata lana tu..:)
Student uniSZA said…
Ya Allah , muge2 diriku tak termasok golongan 'BOSOM ' nie .. ^_^

humble lebeh baik kan ... hee :0

Popular Posts