Lelaki sekarang..slowwwwww

Lana da lama kenal dia..since 2005 lagi.. we are classmate.. tapi secara officialnya, kami rapat since tiga tahun lepas.. baik orangnya.. sihat walafiat.. tapiiii...

S L O W
tak pasti nak cakap slow ke apa..

Macam ni.. lana ni boleh kata tergolong dalam jenis yang tak boleh duduk diam.. lana tak suka buat benda yang sama banyak kali, sebab lana jenis cepat bosan..lana suka jalan2, travel, suka bercampur gaul n berkawan dengan orang, i enjoy outdoor activities..paling2 jungle trekking. Lana sukakan sesuatu yang mencabar, sebab cabaran2 ni mampu buat lana rasa macam wooowww, fulamak, fuhhhh, huiyooooo..dan sewaktu dengannya.

Masalah dengan dia..dia seorang yang suka duduk rumah..tak suka bercampur gaul, kawan2nya pun balik2 muka yang itu..then, everytime we go out, balik2 pergi satu tempat ni (tak payahla sebut), selepas tu tengok wayang, makan dan balik.. selama 3 tahun..begitu.. T_T huuuuu... lana da mula rasa stress sekarang.. don't know what to say guys.. lana pernah ajak dia join camping, berbasikal, berkayak.. tapi alasan yang dia bagi tu.. aduhhhh.. "nanti basikal tu patah" "nanti tenggelam, dah la tak reti berenang" boleh pulakkk?? ya..dia memang berisi.. tapi takdala sampai tahap patah dan tenggelam akibat keberisiannya tu..

Help me.. macam mana nak bagitahu dia supaya ubah sedikit pemikirannya..lana tak pernah paksa dia..cuma bagi lana, tak salahkan kalau dia bertolak ansur dengan minat lana? lana pun kadang2 berusaha juga ikut style hidup dia..sungguh, aku tak puas hati..

Comments

ewanthology said…
kadang kala kamu harus memulakan langkah, ajak si dia ketempat lain, buat aktiviti yang lain. jangan biarkan dia sahaja yang membuat keputusan mahu pergi mana dan mahu buat apa.
Tinta Lana said…
dah pernah dah..tpi macam yg lana cakap tadi, alasan2 nya kadang2 cam pe tah..sabo je la, hehe
missina said…
dia tak nak wat kesukaan kita,,susah jugk tu kan,,tkde keserasian sgtla cmtu,,,tp mungkin yg len serasi kut yer,,sabar2,,, neway i follow here,,nice entry,,;-)
beloghakimy said…
susah apa lana.. suruh die baca entri blog lana yang ni.. mesti die berubah.. ehhehe
1 said…
hehe.xpa lana..lana byk2 bersabar k..harap suatu masa nanti dia akan berubah:)
Unknown said…
just go for it.show him how you actually feel.tak payah menunggu.
nadiyahashim said…
hmm..lelaki mmg tak suka klu kita komen dia terus..apalagi kondem dia..
lelaki mcm pompuan gak..suka dipuji dulu.. apa kata..puji dia melambung-lambung(sebolehnya jujur)pastu br tegur part 'slow' dia ni.. i pernah try dah kat seseorang..alhamdulillah berkesan
Tinta Lana said…
hurmmm..terima kasih semua ^__^ hehe.. tadi da bengang sgt..kena luah..baru rasa lega sikit..
Muttallif said…
Entri lama nak komen jUgak : Errrr....lana cuba paksa sekali....Percayalah....paksa jer!!! emo nih ngn lelaki camtu...wakakakakak!!!!

Popular Posts