Makanan2 "kotor"
Lana yakin,at least salah satu dari makanan2 ni memang korang pernah, sedang dan bakal makan bukan? Jangan nak tipu, babab kang.
Kita tengok apa dan kenapa makanan2 ini kotor.
1. Chicken
Terbukti 40% sampel ayam yang diuji, mengandungi bakteria yang boleh membawa penyakit, antaranya, bakteria glamor, E.coli.
2. Ground Beef
Punca utama ke"kotor"an daging kisar - Cara pemprosesannya yang rumit. Dalam tempoh nak menjadikannya macam dalam gambar kat bawah, korang boleh bayangkan, betapa banyak mendapan bakteria terkumpul dalam mesin pemproses tu. Bluwekkk.
3. Ground Turkey
Aku tau, yang ni jarang la yang makan. Tapi, 1 daripada 4 paket ground turkey mengandungi sejumlah ulat2 gedik. Yang menjadi kerisauan sekarang, konon orang (omputih la ni) pilih cik turkey sebagai alternatif yang lebih baik, sihat berbanding daging kisar. Sedangkan, dua2 lebih kurang je kotornya.
4. Oysters
Aku suka sos tiram je. Tiram mentah? Tak pernah. Cam lendir apa tah T__T. Hati2 dengan tiram mentah. Sangat2 dicemari oleh kuman2 dan virus bernama Norovirus.
5. Eggs
Telur apa? Apa juga jenis telur, kecuali telor kau! Paham? Tettttt..haishh, tak senonoh. hahahahaha. 600 ribu kes keracunan makanan sepanjang tahun dan melibatkan 300++ kematian. Gara2 telur. So? Masak molek2, elakkan makan mentah.
6. Scallions
Daun bawang ni, jangan dibiar makan mentah/tak masak
ya. Boleh berpotensi jadi tempat bakteria hidup berkeluarga penuh bahagia. Scallions ni juga dikaitkan dengan Hepatitis-A.
7. Cantaloupe
Kuman dan kulit tembikai susu..ibarat irama dan lagu. Susah dipisah, sentiasa bersatu. Korang basuh dengan pili bomba pun, susah nak hilangkan ya kuman ni. So, bila potong buah ni, cuba bayangkan ulat2 halus tu melompat2 dari kulit ke pisau..dan pisau ke isinya..korang pun..telan saje dengan muka gembira tak terkata.
Selain diatas, menurut sumber, buah peach, salad dan makanan sejuk beku juga antara 10 jenis makanan paling tercemar.
Sumber: Men's Health
Comments
daging babi xde la plak info die?
lg tercemar giler kot....
salam..jenguk jengah di sni...=)
mkan ap yang sehat? selain sayuran...
dah kurang dah mkn ayam sbb mahal ..haha
aku nak p berak ayam yg aku mkan tadi lah..
jadi masak lah makanan betul2, jgn masak separuh2 macam telur mata kerbau tu..kan3 dear ;)
Kayaknya Hoax tu sumbernya... tidak terpercaya.
try youtube Ascaris lambricoides..ce tengok bntuk dy mcm ape,kmpem lpas 2 korg xde hati dah nak mkn..hahahhaha*gelak jahat*