RSS Feed

TRANSFORMERS 3: DARK OF THE MOON

9

June 30, 2011 by

- bukan entry review yea :p -

Petang tadi..masa aku kat Alamanda.. ramai pulak pakwe hensem yang aku jumpa.. Antaranya:

1. Optimus Prime
Masuk kali ni, dah 3x aku jumpa dia.. Oh tidak, dia sangat sangat sangat handsome. Kacak ya amat ku rasakan dihati.. walaupun tak pernah tukar baju sampai kini. Macamana nak tukar? Memang tak berbaju, hak3. Dia lah yang terkacak, berani dan berhati besi..yang pernah ku jumpa sepanjang hidupku setakat ini, ahahahaah. Tapi kesian la, nanti dia jadi RKU (robot kurang upaya T_T)



2. Bumblebee
Oh no, pakwe handsome yang ni pun..dah 3x aku jumpa. Takdala handsome mana, cuma muka jenis babyface gitu, cute giler. Awesome ler! Jenis mesra alam sikit dia ni. Kalau boleh, paling2 pun, aku nak dia jadi best friend aku sama macam dia jadi best friend Sam Witwicky tu T_T.



3. Ironhide
Aiseh, nama dia pun aku da cukup suka. Ironhide! Yearghh! Kedengaran hebat gitu. Tapi sayang.. ini kali ke3 dan kali terakhir aku jumpanya..

4. Sentinel Prime
First time aku jumpa, kalau ikutkan, memang dia dah berusia..tapi masih smart la! Cuma aku tak berapa suka jenis berjambang. Nyaris jatuh cinta dengan dia, rupa2nya berhati busuk @#$%!

5. Shockwave
Fuhh.. Aku seronok tengok 'aksesori' dia. Kemain lagi ko pusing sana, pusing sini, gerudi sana gerudi sini. Memang hebat! Tapi, hati dia sama busuk dengan Si Sentinel. Baguslah, ini kali pertama, juga kali terakhir aku jumpa dia. Huh.

Kesimpulannya, tengoklah TRANSFORMERS 3: DARK OF THE MOON!!. Tak rugi, best woooo! Ada ahli Autobots yang pergi, Ahli Decepticon yang digeruni, ada yang saling mengkhianati!


9 comments »

delarocha said...

best kan?

FREEDOWN said...

Hi saya dari Brazil Marcone, pemilik blog ... FREEDOWN
Saya melihat komen anda, saya ingin membuat satu cadangan ...
Saya menghantar iklan untuk blog saya dan saya menerima iklan untuk blog / laman web anda.
Saya akan pos iklan anda di blog saya, dan anda meletakkan saya pada anda ...
Saya menunggu jawapan ...

syaz@rozelt said...

dh agak muvi nie mesti best..

thanks ingatkn watak2 utama muvi tu..senang nak recall balek..hehe

APAN said...

amboi...nak bermadah ngan robot lak.haha...
menunggu gak saat nak tengok citer ni ma...

nuyu said...

meh baca review "sekali lagi" kat sini:

http://randombynurul.blogspot.com/2011/06/review-sekali-lagi.html

best!

nuyu said...

Shaheizy Sam lagi handsome dari Optimus Prime! haha

nuyu said...

biarla saya tua bersama-sama dengan shaheizy sam saya.

ahahahaha...

tgk kat mid. orang sume ramai2 tgk transformers. sian kat sam saya. huuuu~

amir aizat said...

tak tgk lg,huarghh

アヌム ちゃん said...

aa dekat jepon keluar lambat sebulan..sob2..

Powered by Blogger.