10 Scariest Sea Creatures
Di darat, kita sebagai manusia adalah makhluk paling hebat dan berupaya dalam melakukan pelbagai perkara. Daripada mencipta kenderaan pelbagai guna, hingga mereka robot bagi menyenangkan kerja, hakikatnya pencapaian manusia tidak perlu disangkal lagi.
Itu di daratan, bagaimana pula dengan lautan?? Sungguh, masih banyak yang kita tidak tahu tentang dunia yang satu ini. Bagaimana rupa "darat" di lautan sana, apa jenis makhluk, haiwan yang mendiaminya..banyak lagi yang perlu dikaji dan dirungkaikan..terlalu misteri dan banyak yang kekal misteri sehingga kini.
Berikut, lana kongsikan, antara makhluk lautan paling digeruni, kerana keupayaannya dalam mengundang rasa sakit berpanjangan dan ada diantaranya sehingga ketahap "merampas" nyawa manusia sekelip mata.
1. BOX JELLYFISH
Seekor Box Jellyfish Australia yang memiliki berpuluh-puluh sesungut dimana setiap satunya berukuran 15 kaki (4.6 meter) dan "berisi" bisa, dengan mudah membunuh 60 orang. Manakala sengatan dari Chironex fleckeri box jellyfish pula boleh menyebabkan kematian seseorang dalam masa kurang dari 3 minit. Spesies dari Hawaii, Florida dan beberapa tempat di US pula dikenalpasti boleh mendorong kegagalan jantung untuk berfungsi.
2. STONEFISH
Ikan ini berada dalam kelasnya tersendiri dimana ia bukan sahaja dikenali sebagai ikan paling berbisa didunia, tetapi juga kerana kepakarannya dalam bab penyamaran. Dalam proses menyamar, ikan ini, suka menempelkan dirinya didasar laut..sekali pandang, ia menyerupai batu2/permukaan dasar laut itu sendiri.
Ikan jenis ini bukan jenis menyerang. Cuma, apabila anda terpijaknya, duri2 dibadannya boleh menyebarkan bisa/racun yang mampu menyebabkan kelumpuhan sementara serta membawa pada kematian jika tidak dirawat dengan segera.
3. STINGRAY
Ingat lagi tragedi kematian Mendiang Steve Irwin, pengacara rancangan terkenal Crocodile Hunter? Inilah haiwan yang menjadi penyebab kematiannya. Ikan pari-pari dalam bahasa kita, kebiasaannya tidak menyerang manusia.
Dibahagian pangkal ekornya, terdapat taji (bayangkan lembing/tombak tajam tu) yang berukuran 8inci. Taji inilah yang berfungsi melindungi pari2 dari sebarang ancaman. Apabila ia rasa terancam, taji yang mengandungi bisa ini segera mengeras dan bila ditusukkan ketubuh, ia boleh menyebabkan kesakitan serta mengubah rentak degupan jantung dan pernafasan.
7 lagi mana??? Nah, bacalah sendiri! hahahaha.
Ini sumbernya: LIVE SCIENCE.COM
Comments
stingray tu dah macam kala jengking la kalau kat darat...minggu binatang ke ni?haha...
btw kalau kene jellyfish tu, ready la urine sendiri..tu la ubat yg paling mujarab
kalau ada jual ikan yg keluar lampu2 tu nak beli lah,,, ganti pelita minyak tanah .. eco-green la katekan =))
stonefish tu, erk...
tau yang no 3 tu je la..
dulu ingat ikan pari ni jinak je, rupanye seklai sengat leh mati..huhu
n ada sorg kawan memang kena sengat ..
kalau kena, cara paling tercepat, guna air kencing dan curahkan kat tempat yg kene sengat tuh ..
kalau yg bersiap sedia, memang ada bawa cuka .. nasib baik kat situ ada pondok pengawal yang simpan cuka ..