RSS Feed

10 Scariest Sea Creatures

18

July 30, 2011 by

Di darat, kita sebagai manusia adalah makhluk paling hebat dan berupaya dalam melakukan pelbagai perkara. Daripada mencipta kenderaan pelbagai guna, hingga mereka robot bagi menyenangkan kerja, hakikatnya pencapaian manusia tidak perlu disangkal lagi. 

Itu di daratan, bagaimana pula dengan lautan?? Sungguh, masih banyak yang kita tidak tahu tentang dunia yang satu ini. Bagaimana rupa "darat" di lautan sana, apa jenis makhluk, haiwan yang mendiaminya..banyak lagi yang perlu dikaji dan dirungkaikan..terlalu misteri dan banyak yang kekal misteri sehingga kini.

Berikut, lana kongsikan, antara makhluk lautan paling digeruni, kerana keupayaannya dalam mengundang rasa sakit berpanjangan dan ada diantaranya sehingga ketahap "merampas" nyawa manusia sekelip mata.

1. BOX JELLYFISH
Seekor Box Jellyfish Australia yang memiliki berpuluh-puluh sesungut dimana setiap satunya berukuran 15 kaki (4.6 meter) dan "berisi" bisa, dengan mudah membunuh 60 orang. Manakala sengatan dari Chironex fleckeri box jellyfish pula boleh menyebabkan kematian seseorang dalam masa kurang dari 3 minit. Spesies dari Hawaii, Florida dan beberapa tempat di US pula dikenalpasti boleh mendorong kegagalan jantung untuk berfungsi. 


2. STONEFISH
Ikan ini berada dalam kelasnya tersendiri dimana ia bukan sahaja dikenali sebagai ikan paling berbisa didunia, tetapi juga kerana kepakarannya dalam bab penyamaran. Dalam proses menyamar, ikan ini, suka menempelkan dirinya didasar laut..sekali pandang, ia menyerupai batu2/permukaan dasar laut itu sendiri.

Ikan jenis ini bukan jenis menyerang. Cuma, apabila anda terpijaknya, duri2 dibadannya boleh menyebarkan bisa/racun yang mampu menyebabkan kelumpuhan sementara serta membawa pada kematian jika tidak dirawat dengan segera.


3. STINGRAY
Ingat lagi tragedi kematian Mendiang Steve Irwin, pengacara rancangan terkenal Crocodile Hunter? Inilah haiwan yang menjadi penyebab kematiannya. Ikan pari-pari dalam bahasa kita, kebiasaannya tidak menyerang manusia.

Dibahagian pangkal ekornya, terdapat taji (bayangkan lembing/tombak tajam tu) yang berukuran 8inci. Taji inilah yang berfungsi melindungi pari2 dari sebarang ancaman. Apabila ia rasa terancam, taji yang mengandungi bisa ini segera mengeras dan bila ditusukkan ketubuh, ia boleh menyebabkan kesakitan serta mengubah rentak degupan jantung dan pernafasan. 


7 lagi mana??? Nah, bacalah sendiri! hahahaha.
Ini sumbernya: LIVE SCIENCE.COM



18 comments »

APAN said...

oh...masuk la semua...kalau gi kat web tu kompem dah bahasa omputeh.huhu...

stingray tu dah macam kala jengking la kalau kat darat...minggu binatang ke ni?haha...

suriani azwan said...

wah....info bagus...nasib dorang xreti wat kapal perang....kalo x..abes l kita...

ekmal said...

ske stingray tu, sbb bentuk dia cantik..lg2 manta ray..hehe
btw kalau kene jellyfish tu, ready la urine sendiri..tu la ubat yg paling mujarab

syaz@rozelt said...

scarynyer sume binatang tuu..tapi semua pon dekat laut kan..setakat main tepi pantai selamat la kan..hihi

syerz eyryn said...

binatang 2 scary n m'gelikan !eiiyuu :(

ArulchelseA said...

dlm laut mcm2 ada..roti je tk de kih kih kih..

Fathiah Hamim said...

stingray, scary. huh

wan_cikgumuzik said...

wow..!! nice info.. tak tahan tang nak baca lagi tuuhh. dah malas nk translate lah tuu... kikikikikii... :D

misyamissyou said...

tempat kite ade x binantang2 ni? uhuk!

kotak bulat said...

stonefish tu mcm batu karg je.. ish..bahaya je kalau kene kan..

Khairol Ikhwan said...

tengok 3 je pun dah takut... tapi lagi dalam ke dasar lautan tu lagi mcm2 ada... ciptaan ALLAH. Subhannallah ...

kalau ada jual ikan yg keluar lampu2 tu nak beli lah,,, ganti pelita minyak tanah .. eco-green la katekan =))

Bro ahmad said...

semua binatang berbisa lana..paling bahaya no 1 sebab tak sedar akan kehadiranya..nasib kt malaysia tercinta ni tak ada,

Liyana Aziz said...

bila cakap tentang laut, yana quit awal2... apatah lagi apa yg ada dalam tu... nak kata fobia bukan tapi memang scary la... ehehehehhe

stonefish tu, erk...

Mohd Izzar said...

stingray..awesome!

alif haris said...

huhu .. boxjellyfish tu bkn ke jellyfish yg ditagkap oleh spongebob ? haha

Wanie said...

hehe..ingatkan nak senarai sume..
tau yang no 3 tu je la..
dulu ingat ikan pari ni jinak je, rupanye seklai sengat leh mati..huhu

iPai said...

saya penah ada pengalaman mandi laut n jumpa dengan jelly fish ..

n ada sorg kawan memang kena sengat ..

kalau kena, cara paling tercepat, guna air kencing dan curahkan kat tempat yg kene sengat tuh ..

kalau yg bersiap sedia, memang ada bawa cuka .. nasib baik kat situ ada pondok pengawal yang simpan cuka ..

SoLy SoLicious said...

jelly fish comel..tp syg berbisa.... huhuhu~

Powered by Blogger.