Antara graffiti paling mega didunia!
Tajuk Asal - Man etches name in sand, visible from space: Big Pic
Imej diatas menunjukkan nama seseorang, iaitu Hamad, yang di "pahat" pada sebuah pulau bernama Al-Futaisi yang terletak tidak jauh dari Abu Dhabi, UAE. Setiap huruf digali dengan dalam supaya air dari laut berdekatan dapat memenuhi setiap huruf lalu membentuk perkataan Hamad ini. Landmark Hamad ini jelas kelihatan dari ketinggian 1000 meter dari permukaan asalnya, dan mencapai 3.2 kilometer lebar, bermula dari huruf 'H' hingga ke huruf 'D'.
Jadi,siapa sebenarnya Hamad? Nama penuhnya ialah Hamad bin Hamdan Al Nahyan. Beliau merupakan salah seorang billionaire yang sudah pun menjangkau usia 63 tahun. Sebagai salah seorang ahli yang lahir dalam sebuah keluarga pemerintah dinegara yang kaya dengan minyak, beliau sudah pun terbiasa dengan segala kemewahan dan kebesaran. Dengan harta yang ada, antara kegilaannya ialah membina piramid bagi menyimpan stok 200 biji keretanya dan diikuti dengan membina trak terbesar didunia yang mampu memuatkan sehingga 4 bilik tidur didalam kabin traknya (of course bilik besar, tak main lah kecik2).
Apa yang pasti, kegilaannya menghabiskan duit juga jelas kelihatan dengan pemahatan namanya seperti yang disebut diatas. Dengan bantuan sebuah pasukan, impiannya tercapai apabila pemahatan namanya berjaya dilaksanakan dalam tempoh beberapa minggu. Tidak pula disebutkan jumlah kos bagi menjayakan impiannya itu.
Jadi, korang pun leh check guna Google Earth or Google Map, better Google Earth, best sikit. Just taip koordinat ni "24.3442, 54.3255" untuk tengok nama Tok Hamad ni,hahaahahaha.
Sumber entry dan gambar: Discovery News
Copp!: Lana tak tahu nak translate macamana...kalau kurang paham, boleh tanya ^__^
Comments
entry pling mnarik! ;)
pepe pon.. info yang sangat menarik ok..!! tahniah..!!
http://www.iefwatsahaja.com
nice info