Apa sebenarnya yang terjadi..

[ Lana tak tahu..dalam benak hati, mesti ada kenapa, kenapa dan kenapa ]
http://www.emocutez.com

Apa sebenarnya yang terjadi..pada manusia zaman kini? Bukan nak kata diri hebat serba serbi..cuma, seringkali hati kecil tertanya mengapa begini...

Bila lana makan kat foodcourt..
"kesian bila tgk si buta, bila dipimpin oleh si celik yang berdaya. Minta sedekah sini sana. Melihat si buta yang kadangkala berwajah terpaksa, kenapa ya, si celik tak membantu dengan cara lebih bijaksana?"

Bila lana naik bas RapidKL..
"KL jem bukan saja kerana banyak kereta, bukan kerana penuh warga..tapi kerana ragam dan kejakunan penduduknya..bila tiap kali kemalangan/insiden melanda.."

Bila lana jogging di taman awam..
"Ramai rupanya sebangsa seagama, sikit pula yang baik pekertinya..bila bertembung tersenyum mesra. Ada pula, wajah lawa, kacak buatku tergoda..
Tapi...yang perempuannya pakai seluar nampak garis spender dan bra, lelakinya pula berseluar pendek, bulu penuh dibetis bak gorila"


Comments

hehehe..
manusia-manusia.
mcam-macam ragamnya :)
wan_cikgumuzik said…
itulah kuala lumpur....
Muttallif said…
lana meh sinie dengar ayat yg last tu talif sambung k...baca ok...

....Biasalah, sumer nak tunjuk gaya,
Oittt!! Fewitt!!!...Hot mama and Hot Papa,
Peluh-peluh, Umpphh sumer orang suka,
Cara kita, cara mereka tak mungkin sama,
Apa boleh buat, kita geleng saja kepala..

hehehehehe...adios amigos penutup kata :)
harrazdani said…
nak tuju lagu ni kat lana

"tersesat di kuala lumpur,
dosa pahala bercampur,
tapi kita perlu hidup,
kita mesti terus hidup"

huhuhuh.....
NasQ said…
yang tang nampak garis spender dan bra tu yang aku suka ke taman tu.. hoho...
Unknown said…
teka teki ke lana?
takut tertipu
suka ambil tau
lana perasan je tu..:)
kita manusia mudah alpa.
sama-samalah kita saling ingat mengingati tapi bukan memaksa..
Fathiah Hamim said…
fa pun heran, nak je tanya diorang, tak sejuk ke kalo kat shopping mall.
Anonymous said…
tkejut tau ingat spam ke ape kt shoutmix ajak tgk spender. keh keh. biase la dah akhir zaman skrg ni.. kite sndiri malu tgk tapi dorang bangga kot kalo kite tgk dorang..
Wanie said…
selalu kat kedai makan nampak org mintak sedekah..kt shopping kompleks tak lagi la..
1 said…
mmm..macam2..menghairankan ramai sgt suka pakai legging skrg ni..tulah antara seluar yg menampakkan garis pakaian dalam tu..
ct kektus said…
nak cari duit dengan cara paling senang, padahal gyk je lagikerja yg boleh di buat. :p
Unknown said…
sebb tu manusia kena saling ingt menggati kearah kebaikan
Fara Lawi said…
Akhir zaman
NOktah
sebab..klaw xder org cm 2..lana x buat entry ni..hihih :D
suriani azwan said…
mereka buat untuk kepentingan diri sendiri...
Unknown said…
huhu..biase la org kite nie..selalu je cakap..'bia la apa orang nak kata"..tp bila dfikirkan balek..kite kne pk jugak ape yg orang kate..jadikan guideline utk brubah,,hihi
Jajas said…
manusia akhir zaman...yg berbaju pon nampak mcm telanjang...
Abiggaill said…
thats how people grow up nowdays
sobri yaacob said…
kenapa..dan kenapa...
paling kesian kalu org buta dipimpin.. org celik.jual tisu.. budak kcik mintak sdekah..tpi org lain yg dpat.. kesian :(..dunia..dunia..dunia..
myhatiku said…
mintak dijauhkan..:)
na'uzubillahi miin zalik..
najihahfara said…
manusia2..
duniawi..
Syazana Zainn said…
mereka manusia pelik.

i guess so..xP
Unknown said…
tabiat ke tebiat ni..? haha
Pia said…
"itu lah namanya manusia..
tak ada yg semuanya serupa
dari segi tabiat
perangai semuanya tak sama..
dunia oh dunia..
dah nama nya pon dunia,
sebuah pentas lakonan sementara..
setiap pelakon dgn watak berbeza..."
syuxer said…
manusia akhir zaman..

wat keje ikut kepala abah dia..so ada sikap pentingkan diri sendiri disitu..

maklumlah manusia neh sudah ilang sifat erti berkasih sayang sayang sesama manusia..kerna pe ini terjadi??kerna tiada pegangan agama yang kukuh ketika diajar kat sekolah,rumah dan sebagainya..

sibuk mengejar kekayaan sampai lupa yang rezeki itu patut dikongsi bersama melalui zakat,sedekah dan macam2 la..

dunia dah nak kiamat dah tuh..tunggu masa je..heheh
kerisperak said…
This comment has been removed by the author.
kerisperak said…
~Bila lana makan kat foodcourt
kalau yg jenis mcmtu kebanyakkannya sindikit. Tapi ada juga yang bagus, diorang jual tisu, minta pertolongan org celik. Yang sindikit ni yg menjadikan org yg buta ikhlas mencari rezeki org pandang serong.. sy pernah interview org2 mcm ni, dulu banyak kt seksyen 2 shah alam.
>>kenapa? untuk sesuap nasik, org akan buat apa saja.. skang ni halal ke haram ke, sume dh tolak tepi.. "kalau aku tak buat ni ko nk bagi aku makan ke? dah ni je jalan yg paling senang, kalau ko boleh bg aku makan, aku dh xplu lg buat kerja2 camni." erti kate lain keje nak senang, xplu modal.. tapi pulangannya nk banyak.

~Bila lana naik bas RapidKL
bukan jakun, tapi perihatin..hehehe. Kat federal highway bila xcident je mesti jem, yang xcidentnye sebelah sanun, tapi yg sblh sinin pun turut jem.. ish..ish..ish..
>>kenapa? dh tabiat rakyat kita nak buat mcmana.. cakap la mcmana pun, tarbiah la lama mana pun, depa cakap "ala kalau aku tak buat, org lain akan buat jugak, hah tu tgk tu, selamba je dia buat, pi la sound org tu jugak"

~Bila lana jogging di taman awam..
panas lor..hehehe.. ha'ah ek stail org jogging skang yang lelakinya pakai seluar pendek.. yang pompuan pakai ketat2.. kami lelaki sekali pandang rezeki.. dua kali pandang dh dosa..ish..ish..ish..(just kiddin..)
>>kenapa? hohoho.. sudah dalam agenda.. dan mereka berjaya..
ika said…
btul3~~

da mcm tabiat plak kn skang ni..

hgai la org buta..

tp klau yg buat2 buta plak cmne???

skang da rmai sgt yg wayang..huhuhu..
SoLy SoLicious said…
psai org buta 2, paling geram sekali.... dah sah2 depa ade sindiket,, mempergunakan oku..geram kdag 2
pakai tudung baju singkat... sedihnyalah kak liza tengok.
Student uniSZA said…
tu lah die ragam kenanyakan manusia sekarang ....

tapi yang part last skali tuh mmg mimie sokong 100%, sbb pernah alami jugak tuh ! ~~
Unknown said…
itulah dunia akhir zaman kan,huhu
~Sya~ said…
ada gak kt tpt sya sorg kakak ni bwk mak nye buta jual tisu mlm2 kt uptown...sian plak mak dia...
Alif Haris said…
yg tak tahan tu tiap kali kemalangan je mst sume jakun tgk .. tolongnye tidak ,,hampeh ..
best tu tayang2 line spender. hahaha
iPai said…
yang kat foodcourt tuh penah kena gak .. pertamanya bagi, lepas tuh, dah tak bgdah ..

pasal exsiden ni, org malaysia sangat prihatin sebenarnya .. hehehe


jog tuh - no komen .. nak tegur pon dah besar panjang

Popular Posts