RSS Feed

Bahana bila ter'over excited'

10

July 1, 2011 by

Semalam, memang tak dinafikan, lana sangat2 excited, happy, really enjoy semalam. Mana taknya, da dua bulan tak jumpa kawan seorang. So, semalam dia ajak keluar, jumpa kat Alamanda.

Sebab2 over excited ni ialah:

1. Member ni rupa2nya dah siap2 reserve and beli tiket Transformers 3: Dark of The Moon (3D) seminggu lebih awal. Sebelum2 tu, ingatkan tak jadi jumpa, lana tak kisah mana. Sekali, dia SMS bgitau, suruh lana cek fb, coz dia ada tag something. Bila cek je, fuu..da beli siap2 dah tiket rupanya.
http://www.emocutez.com
"sukanya aku!"

2. Masa tengah tunggu kat alamanda tu, lana lepak kat seketul kerusi. Tengah termenung tu, tiba2.... Kamal Adli lalu depan lana lagi! Tak tipu lah. Orang rasa orang ada jodoh dengan dia..da 2x jumpa.. sangat smart la..cair mata bila tengok..... T___T
http://www.emocutez.com
"Ya Allah, indah betul perasaan ini..heh heh heh heh heh"



3.Pastu, kitaorang gi makan pulak.. makan KFC...ala..ada apa dengan KFC kan? Korang pun selalu makan. Actually nak cakap, makan Mini Bucket, ala..yang sempena promosi filem Transformers tu, dapat laptop sleeve (ada gambar Shockwave!). Ouhhhhhhhh, berbunga fantasi riang hatiku, almaklum, awok memang peminat taksub transformers. Ko tau, bekas isi ayam tu pun aku sanggup bawok balik..sebab ada gambar abg2 robot..hehehe
http://www.emocutez.com
"Ohh abang2 robot.."




Bahananya berlaku bila lana dah sampai rumah... apabila.....

Mak lana merajuk.....sebab lana lupa sangat2 beli barang yang mak pesan... Sampai petang ini, mak lana masih dalam mood merajuknya... Oh ibu..maafkan anakmu..dugaan semalam terlalu hebat buatku...
http://www.emocutez.com
"sedihnya.."

hehehe, sekian.


10 comments »

syaz@rozelt said...

huhuhu..kecian mak lana..p pujuk kasik sarung transformer tu dekat mak..hehe

p/s: mini bucket bape ayam eh..nak jugak sarung tuh!!! tp sape nak makan ayam banyak2..hehe

Jahidih Saili said...

hehe..ciannye dgn mak lana..sok lana jgn lupa g beli k..hehe:)

Syuxer said...

aaa kalau orang tua merajuk memang susah huhu..pujukla cepat2 ye..semoga rajuk mak lana cepat pulih..

Freaky said...

masih x de masa nak tgk transformers 3 =_=

delarocha said...

seronok sampai lupa pesan mak.. hehe
jgn lupa pujuk yea

Nur_Farah said...

abg-abg robot...heheh

APAN said...

lelaki berkod tu pelakon kan.cam penah tengok je.haha...

anak derhaka!haha...

Adzriel AB said...

macam2 berlaku patut le berbunga hatinya. sekali-sekala terjadi mmg jadi kenangan manis.

soooooour said...

Kamal Aidil??serius x kenal....

soooooour said...

mmg x kenal ar...=,=

Powered by Blogger.