RSS Feed

2 jenis manusia

23

August 21, 2011 by

Dalam bumi yang berbentuk sfera,
Ada dua kategori manusia,
Ia tetap ada dimana2, juga pada bila2 masa,
Tanpa mengira adat, budaya mahupun agama.

Yang pertama, golongan yang baik hati baik budi,
Akalnya juga terdidik sempurna sekali,
Penuh berhemah, auranya saja cukup terkesan dihati.

Yang kedua, golongan busuk hati dan iri,
Menurut nafsu dan penuh hasad dengki,
Sehingga sekali pandang, sudah terasa tempiasnya disisi.

Sekadar mengambil peluang dan ruang,
Mengingatkan diri sendiri dan teman sepejuang,
Usahlah kita sibuk mencanang baik buruk orang,
Diri sendiri pun penuh 'berlubang-lubang', 

Berusahalah jadi golongan pertama,
walau hakikatnya, kita dan ramai lagi tersangkut di golongan kedua,
Usah gusar jika setiap usaha tiada hasilnya,
Setiap niat yang mulia Allah sentiasa ada bersama.

Sekian, Majulah diri untuk diri sendiri!!
"hehehehe, selamat menyambut Bulan Ramadhan di 10 hari yang terakhir"


23 comments »

delarocha said...

macam pantun nasihat pulak yea..

Bro ahmad said...

seronok ke di kedai roti
hari hari sibuk selalu
ohh lana yang baik hati
Bro ahmad rindu kt you

hahaaaaa,

sape busuk hati tu lana?

NorHalizah said...

sy rs sy golongan ptama hehehe..

penaberkala said...

nice entri lana
macam seloka pulak, sarat dengan nasihat
apepun, moh le kita berusaha menjadi golongan yg pertama

SoLy SoLicious said...

semoga tergolong dlm kump 1 insyAAllah :)

Mohd Zakwan said...

selamat menyambut bulan ramadhan di 10 hari yang terakhir juga . hehe :)
wow , pandai buat sajak . kenapa ye hari ni ramai je orang buat puisi ? hari puisi sedunia eh ? hehe


Jom Singgah Blog Zakwan :D

Jahidih Saili said...

wa...best entri ni..thanx lana..selamat menjalani sisa 10 hari ramadhan..:)

beLLa said...

nice one dear ^^

kerisperak said...

Wah berpantun.. menarik. Nway, selamat menjalani ibadah puasa yang hanya berbaki 9 hari.. Erm masih terlalu awal tak kalau nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA?

Erm.. erm.. belasahla.. SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA LANA.. hehehe, mana la tau tak sempat or xde masa nanti..

NA said...

Semoga kita memperbaiki diri sendiri dan muhasabah selalu.

Moga kita tingkatkan amalan terutama pada 10 malam terakhir Ramadan :)

-wina1979-

abghani said...

rugi klu jadi watak jahat kt dunia nie

Fathiah Hamim said...

bermeaning-meaning pantun neh =)

feza said...

Puisi yang sangat bagus

sama2 la berusaha menjadi golongan yang pertama. yang penting niat.

ArulchelseA said...

jgn jd gologan yg malas keja ok.. kih kih kih

syaz@rozelt said...

golongan pertengahan x de ke lana..yg x baik n x jahat sangat??hehe

slm 22 ramadan!

caliph shuriken said...

jadilah seseorg yg sentiasa bawa kebaikan kpd org sekelilingnya ^^

aizamia3 said...

perbaiki dulu diri baru tegur orang lain.. kalau diri sendiri tak betul macam mana nak uruskan orang lain..

Khairil said...

menarik le bila baca... like!

Zul Fattah said...

nice entry..sama2lah kita muhasabah diri kita kembali..

slamat hari raya..
http://zulfattah.blogspot.com/

alif haris said...

alif nk jd golongan pertama :)
lana ..slmat hari raya ye .. :)

Yutaka Mushimura said...

pantun nasihat yang berguna....:)

heh..tq..tq

Bro ahmad said...

selamat hari raya maaf zahir batin..lana kt mana? rindu ni

bLog Juga said...

Ada dua arah yang bertentangan, satu ke kiri dan satu lagi ke kanan. Kedua-duanya seperti tiada penghujung. Kitalah yang berlegar-legar dijalan itu kerana ia seolah-olah satu jalan yang sama.

Suatu ketika kita bergerak ke kiri dan pada waktu lain kita menuju ke kanan. Rupa-upanya dua manusia itu, mungkin orang yang sama.

Kita bukannya orang yang pegung berada kekal pada satu titik samada titik sebelah kiri atau titik sebelah kanan.

Jika hanya ada dua manusia lain bersama-sama kita, seorang akan berada di sebelah kiri kita dan seorang lagi berada sebelah kanan kita. Jika ketiga-tiganya baik, yang sebelah kana tentu lebih baik dari yang sebelah kiri. Jika salah seorang dari keduanya tidak baik, sudah tentu yang sebelah kiri lebih tidak baik dari kita.

Kita tidak memiliki semuanya dan tidak juga tiada semuanya. Ada juga yang akalnya cerdas, tetapi kelakuannya kotor. Ada juga yang akalnya lemah, tetapi tidak menyusahkan sesiapa.

Benarlah ada dua jenis manusia, dan mungkin juga benar ada berbagai jenis manusia.

Powered by Blogger.