RSS Feed

Alahai anon..

21

August 15, 2011 by

[Firstly, tahniah kepada Abgmad, yang berjaya melahirkan rasa gembira kerana mendapat seorang anon baru2 ini]

Sebelum tu, awat hangpa panggil anon eh? shortform dari Anonymous eh? Maaf le tanya soalan senget camni, aye memang senget sikit orangnya.
http://www.emocutez.com

Kalau ditanya pengalaman hamba berdepan anasir2 luar yang jahat ni..hamba cuma mampu menjawab.. "Biarkanlah..". Apa?? "Ya..biarkanlah saja mereka dengan dunia mereka.."

Bagi hamba, anasir2 spesies ini, kedatangan mereka bukannya kerana mereka cemburu, dengki dengan kejayaan dan kehebatan tuan hamba sekalian..Tapi, mereka sekadar ingin menumpang ditepian...banyak pula diantara mereka yang sebenarnya hanya mendambakan perhatian..

Paham ke ni apa lana bermadah?? Hahahaaha. Ginilah, bagi lana, anon2 sekalian ni, depa cuma nak perhatian.. Al-maklum, orang yang kurang kasih sayang, memang sokmo buat memacam cara supaya orang lain memandang mereka. Jadi, berilah perhatian pada mereka..nak buat entry khusus buat mereka macam Abgmad buat pun terpulanglah.. Layan saja..yang penting, nawaitu kita.

Tapi, kalau lana..takda kot nak buat entry untuk mereka..Bazir masa saja..
http://www.emocutez.com
"weekkkk! hehehehe"

Oklah sayang2 semua..Separuh bulan lagi kita menuju ke Raya, hehe. Minta maaf pada blogger2 yg dalam bloglist terutamanya, tak dapat melawat anda setiap ketika, kerana blog ni bukan lagi menjadi sesuatu yang utama. Maaf andaikata anda yang mempersoalkannya, lana hanya manusia biasa..



21 comments »

NA said...

Lana, Wina pun minta maaf kalau ada salah silap Wina pada Lana.

Takpelah kerja lagi penting. Lawat apabila ada kelapangan.

Eh Lana ada anon baik ada tak. Mereka ni takmo dikenali. Apapun terpulang pada kita. Penting kita buat baik pada orang. Takpun kalau tak mampu buat baik pada yang buat buruk kat kita, kita buat bodo jer.
Ini pendapat Wina :)

-wina1979-

faridah nazurah said...

haha kalau ckp pasal anon memang ada mcm2 cite. dlu masa baru berblog ada gak 2 orang anon dtg mencarut2 di blog sy, tapi malas nak layan. haha nasib dorang lah. tapi kan kalau lana nak tau yg sebarnarnya anon yg dok mencrut2 kat shoutbox sy tu kwn baik sy sendiri.

sedih kan bila ada kawan buat mcm tu kt kita?

cik najihah said...

anon ni x payah layan lagi bagus..buat x tau je kan

penaberkala said...

seb baik la tak de virus anon sepanjang berblog ni
klu ada pun, apa nak buat
biarkanlah mereka
betul la tuh kata, kurang kasih sayang kot,haha
kalau letak identiti sendiri kan bagus, boleh pergi buat kunjungan balas, berkenalan ke apa kan? lol

syaz@rozelt said...

naseb baek anon yg dtg blog syaz baek2 belako..hehe

p/s: lame jugak x singgah sini..sori~

kotak bulat said...

anon blog kb rasanya kwn kb kot..hehehe

harrazdani said...

saya kenal arwah mak enon jer...al fatihah untuk arwah...

ArulchelseA said...

HD sama la..aku kenal yg tu je..Al-fatihah..

Wanie said...

lana, wanie baru terpike nak buat entry anon tu..tapi tak jadi la..keke..

selamat hari raya lana :)

~ Cik Azz ~ said...

Dulu masa mula2 jadi blogger, pnh gak guna anon sbb tak tau fungsi anon tu.. Lepas tu baru la tau.. huhu..

Anon yang jahat ni sebenarnya dayus or pengecut.. sbb tu asek menyorok di sebalik nama anon je..

Anon yg baikpun ramai jugak.. :)

alif haris said...

anon tu cik enon ye sebenarnya ? haha

Syuxer said...

anom tuh xyah kita pedulikan..buah fikiran mereka selalu di luar kotak pemikiran..asyik mengutuk tak profesional je keje dorang..kalau dorang kutuk secara berhemah x pela gak kan heheh...

Fathiah Hamim said...

setakat neh anonymous yang datang singgah beri pendapat dengan ganas kat fa. heh layannn

Mohd Izzar said...

aku pun manusia biasa jgk.. =)

Bro ahmad said...

baling batu sembunyi tangan..tu la anon..bro layan je anon..kalau tak nak layan baik letak comment moderation..betul tak lana hehee..setakat nak kutuk2 tak bagi kesan kt bro ahmad ni..lagi suka adalah,,sebab blog bro bebas kalau nak bagi pandangan...mana lah tau ada anon yang baik hati...:)

HAZWAN17 said...

malas nak layan anon-anon ni..biarlah dorang nak kutuk ke nak ape hehe

Cik Azizah said...

ahhh pedulik je anon tu..malas nak amik tahu sgt! buang masa..kahkahkah

Khairil said...

anon tu memang jenis yg tak berani nak sound direct....pengecut...

wan_cikgumuzik said...

kah kah kah kah... anon?? aarrghhh... muak dan nak termuntah..

bacul ok..penakot..

jangan hairan dengan anon tuu.. dia bukan boleh membunuh pon...

APAN said...

ni pasal pe ni?ada unsur keparatan ke kat anon tu?haha...kes pe la tu bulan2 pose ni nak cari pasal ngan orang.huhu...

iPai said...

nak majuk dgn lana !! hehe

ayok, ni kalau persatuan anon sedunia ni dpat tahu, memang habis lana kene serang tau ..

heheh .. ala, kasi je satu entry khas untuk mereka .. ok wat .. mane tau tibe2 buat satu akaun .. hehe

Powered by Blogger.