Apa yang bermain dalam kotak fikiran lelaki ini?
Wahai sahabat blogger yang bijaksana,
Izinkan hamba bertanya.
Apa pendapat tuan hamba?
Apabila si teruna menghulur salam persahabatan pada si dara buat kali pertama?
Fuiyohhhh! Klasik tak? hahahaha.
Alkisahnya..Ada satu hari la kan, ada seorang teruna, terserempak kali pertama dengan seorang dara. Lalu, mereka pun bersembang..kebetulan mereka tinggal dikawasan kejiranan yang sama. Jadi, macam2 isu lah yang keluar..ditambah, si teruna rupa2nya, senior yang da agak senior di tempat si dara belajar. Tiba2, si teruna meminta no telefon si dara. Lalu ikatan persahabatan terjalin dengan segera. Memang segera...macam mee segera Maggi, dua minit je,hahaha. Masuk hari ke3, si teruna berterus terang, ingin menjadikan si dara teman hidupnya. Jadi...apakah? Apakah ini semua??? Apakah?? hahahaha
Apa sebenarnya eh bermain dalam kotak fikiran si teruna tadi? Sekadar nak menguji? Nak permainkan perasaan? Memang serius benar?
Iya, ini kisah benar, berlaku pada sahabat baik lana.. nak minta apa pandangan korang. Lana da la ngok ngek bab2 macam ni, tak reti nak cakap apa kat dia, hahahaahah. Leh plak gelak lagi..serius ni, dushhh!
Comments
kalau lelaki tuh jujur dan betul2 ikhlas, mesti dia sanggup nak kenal lebih mendalam
maka adalah lebih baik take a step back dan fikir baik2 ..
(ingatkan lana tadi .. dan2 je kawan dia)
kenal hati budi masing-masing
kalau serasi, then go on
soal pasangan hidup ni bukan benda main-main
ia seolah-olah satu perjudian
apepun, banyakkan doa dan solat istikarah
hanya itu yg mampu merungkai segalanya
-wina1979-
emm..rasenyer kene minum rase oren tuh berkali2..baru leh rase perbezaannyer....
paham tak maksud tersurat nih lana???hahahah
papepun..istikharah..jodoh dtgn tuhan..
dunia skrg ni mcm2 boleh jadi.
p/s:aku suh buang sbb komen tu tk de kena mngenan ngan entri la..
hahaha...
*apa aku merepek2 ni..
mungkin tak die dah lame suke si dara tu?
wanie ade sorg kwan yg jd ala2 camni..alhamdulillah diorg dah kawen & bahagia je skang..
so...dalam perhubungan...tak boleh terlalu extrem....kene slow n steady..tuh maksudnyer...
mungkin si laki tu dah lama stalk cik dara tu.
dah lama pendam rasa, apa salahnya berkhwin jika sudah suka.
bg pihak pmpuan, tgklah dlu mcm mana laki tu, kot dpt laki isap dadah, xke naya.
kalo elok je perwatakan,apa salahnya kn
tp sebaiknya, laki tu dh pnya kewangan yg ckup kuatlah. nk sara anak dara org ingt mcm bela ank kcing ke. nk bg mkn friskies.
tapi tak rasa mcm baru kenal ke? huhu
aku x tau.baru 22 tahun.xde pengalaman lagi.huhu...
Baik suruh kawan Lana tu istikharah... Perkara jodoh ni ketentuan Allah namun kita tak boleh amek mudah dengan pertemuan yng tidak disangka2 tu..
Mudah2an ada jalan penyelesaian dalam kemelut di muara kasih tu... ;)
sori ckp.. laki skng susah nk cye.. okeyh.. pmpn pon same.. hehehe..
nt kena tipu lak..haizzz..
sifat org ssh nk ramal..hehe
mgkin lbh baik jgn trlalu cpt terima kot..sekadar utk berhati-hati..
Walaubagaimanasekalipun, saya nak juga berkongsi ayat;
Pernikahan ialah suatu yang istimewa, tidak dilafazkan sesuka hati melainkan dengan niat yang benar ingin dijadikan isteri.
Orang lain tiada jawapan melainkan gadis itu sendiri, nak atau tidak.
Bagi pendapat saya, lelaki yang ajak nikah bukanah lelaki yang suka berfoya-foya walaupun ia tidak menjamin dia seorang lelaki yang baik. Gadis tersebut lebih mengenali siapa.
Sudah tentu ia berlawanan dengan lelaki yang kelihatan baik tetapi ingin mengenali bagai nak rak dulu baru nak fikir pasal nikah-kawin, lebih parah lagi terjumpa lelaki yang ajak kawin je macam kucing, atau ajak ringan-ringan, kata orang.
Benarkah masih ada manusia sempurna sehingga kita hanya menuunggu manusia itu hadir baru bersedia untuk bernikah? atau kita sendiri yang belum bersedia untuk nikah, lalu terpancar di hadapan berbagai-bagai hadangan untuk menolak.
Jika gadis itu bersedia untuk nikah, apa salahnya mengundang untuk bertamu bakal mertua, agar yang dewasa lebih biji mata, telinga dan mulut untuk berbahasa. Jika benar menjadi ya, jika tidak ada caranya untuk menolak.
Apa yang bermain di kotak fikiran lelaki ini jika mengajak nikah, kerana ia tidak mengajak nikah cowboy dan tidak mengajak kawin. Seumpama manusia yang bersetuju menjadi khalifah di mukabumi walaupun mungkin tidak mampu. Kerana sudah tentu dia tidak mampu jika belum menjadi khalifah.
Pendekkan kata, gadis belum sedia lalu mencari seribu alasan atau gadis telah sedia dan akan tetap mengharungi bagai kerana badai tetap akan berlaku.
Kepada Tuhan tempat kembali, semoga layak jumpa lagi di syurga.