Review Buku - Aspirasi Angkasawan

Tajuk: 
ASPIRASI ANGKASAWAN
Catatan Pengalaman Calon Angkasawan Negara



Buku ini menceritakan kisah suka duka dan pengalaman yang ditempuhi oleh calon2 angkasawan dalam menempuhi setiap ujian dalam program Angkasawan. Ada 12 bab kesemuanya termasuk bahagian Permulaan.

Dalam Bab 1: Permulaan, anda akan didedahkan dengan faktor2 utama dalam pemilihan angkasawan. Faktor paling utama yang dilihat ialah kebolehan setiap calon dalam menguruskan stress. Selain itu, faktor2 seperti emosi yang dinamik, kebolehan berinteraksi yang baik dan bermotivasi tinggi antara ciri2 utama dalam pemilihan angkasawan sejak lebih dua dekad yang lalu.

Bab 2 pula menerangkan kepada anda tentang saringan-saringan yang perlu dilalui setiap calon. Ada enam kesemuanya. Calon2 perlu melepasi semua saringan sebelum mereka melayakkan diri menjalani ujian perubatan aeroangkasa di Moscow, Rusia.

Saringan 1 memerlukan calon berlari sejauh 3.5km dalam masa kurang 20 minit. Hanya 435 peserta sahaja yang telah mengambil bahagian berbanding 853 calon yang memberi maklumbalas (Untuk makluman, sebanyak 11,275 permohonan telah diterima dari seluruh negara). Dan, dari 435 peserta, hanya 199 sahaja yang layak ke peringkat seterusnya.

 Mereka yang layak ini, kemudiannya dikehendaki menjalani saringan 2 iaitu Ujian Perubatan Umum. Dalam saringan ini, hanya 59 peserta sahaja layak ke Saringan 3. Ujian yang dilakukan ialah pemeriksaan asas (seperti tekanan darah,nadi, suhu badan, mata, telinga dan sebagainya) dan ujian air kencing.


59 orang yang berjaya, meneruskan perjuangan mereka di saringan ke-3 yang mana mereka perlu melalui Ujian Perubatan Aero I. Bagi Lana sendiri, disini sudah bermula kesukarannya dimana anda perlu menjalani 14 ujian berbeza. Bayangkan, anda lepas 13 ujian, apabila tiba di ujian terakhir, anda gagal? Lana pasti kekecewaan sudah tentu tidak dapat dielakkan. Dan disebabkan itulah, awal2 lagi telah ditekankan, faktor psikologi dan emosi sangat diperlukan. Sebagai seorang bakal angkasawan, jikalau hal seperti ini pun anda tidak dapat menguruskannya dengan baik, bagaimana pula jika menjadi angkasawan kelak? Jadi, antara yang perlu dilalui ialah ujian air kencing bagi dadah, ujian biokimia darah, ukuran tubuh badan, X-ray dada, ekokardiografi (ECHO) dan sebagainya.

Logo Angkasawan Negara

Saringan ke-4 yang dikenali sebagai Ujian Perubatan Aero II mengandungi 14 ujian juga. Calon2 akan dinilai melalui ujian2 seperti Densitometri tulang dan imbangan badan, Ujian empar manusia (Human Centrifuge Test), penilaian psikiatri soal selidik kesihatan umum, penilaian psikologi, psikologi kerja berpasukan, kelas dan ujian bahasa Rusia dan sebagainya. Dan, apa yang lana perhati, perbezaan utama Ujian Perubatan Aero I dan II ialah,  Aero I lebih kepada keadaan fizikal manakala Aero II lebih kepada emosi dan mental para calon. Dalam peringkat ini, hanya 18 peserta sahaja yang layak ke peringkat seterusnya.

18 peserta yang mara dalam saringan ke-5 pula dikehendaki menjalani Latihan Ikhtiar Hidup Darat dan Laut. Antara objektif latihan ini ialah untuk menilai kebolehan para calon dalam menangani stress, mengawal rasa takut dan keseorangan, menilai sifat kepimpinan, keberanian dan semangat bekerjasama dalam satu kumpulan. Dalam saringan ini, 8 orang tersingkir, 10 lagi berjaya ke peringkat saringan ke-6.

Saringan ke 6 memerlukan 10 peserta tadi menjalani ujian perubatan. Ada enam kesemuanya iaitu Pengimbasan otak, Mamogram, Ulangan Densitometri Tulang, Endoskop Gastrousus Atas, Ujian Darah (bagi menganalisis hemoglobin) dan akhir sekali Ujian Darah untuk Biokimia serum, Ujian fungsi hati, Profil buah pinggang dan Kolestrol dalam serum. Dari 10 peserta, hanya 8 yang berjaya. 8 peserta ini seterusnya dinilai oleh panel2 temduga yang bertauliah dan pakar dalam bidang masing2. Dan akhirnya, hanya 4 sahaja yang dipilih dikalangan mereka untuk meneruskan ujian seterusnya, iaitu Ujian Perubatan Aeroangkasa di Moscow, Rusia.

Manakala, Bab 3 hingga Bab 10 menceritakan kepada anda tentang pengalaman2 yang dilalui oleh calon2 angkasawan dalam setiap peringkat/ proses saringan yang perlu mereka lalui. Disini, anda sedikit sebanyak dapat menyelami suka duka mereka sepanjang tempoh tersebut.

Bab 11 pula melakarkan detik2 penting dimana, pemilihan dua calon angkasawan dibuat. Seperti yang sudah kita maklum, dua calon tersebut, Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Faiz Khaleed berjaya mengatasi Kapten Mohammed Faiz Kamaludin dan S. Vanajah dalam dalam ujian perubatan aeroangkasa di Moscow, Rusia.

4 calon akhir, dari kiri: Kapten Mohammed Faiz Kamaludin, Dr. Sheikh Muszaphar, Dr. Faiz Khaleed dan S. Vanajah

Bagaimana dengan Bab 12? I really love this chapter. Bab paling ringkas, tapi penuh dengan kata2 berunsur positif, bermotivasi tinggi dan menaikkan semangat daripada calon2 angkasawan kita. Apabila membaca kata2 mereka, terdetik dihati, memang wajar lah mereka sampai ketahap yang mereka lalui kini, kerana sungguh, setiap dari mereka ada aura, ada ciri2 orang berjaya terpancar dari setiap perkataan mereka.

Jadi, apa tunggu lagi? Beli, tak rugi. Program ini akan dikenang bukan sahaja kerana sejarah dimana akhirnya kita berjaya juga menghantar seorang rakyat kita ke luar angkasa, bahkan ia sebagai titik tolak, dalam mencetus semangat perjuangan dalam diri kita semua. Tiada yang mustahil selagi kita berusaha sedaya upaya dan mendapat izinNya.

Buku yang berharga RM 25.90 ini adalah hasil kerjasama antara 
Mohammed Faiz bin Kamaludin dan Buku Prima Sdn. Bhd.


Comments

Unknown said…
bukan senang nak jadi angkasawan..banyak betul saringan hmm
arituarini said…
nanti aku berenti jd tukang sapu kt kedai roti tu..aku nak jd angkasawan..aku beli buku ni..kih kih kih
Fathiah Hamim said…
mesti penat asyik ujian je
arituarini said…
nnt aku beli ni...


*berenti la..gaji tk naik2 pun..gaji lana je naik..tu nk jg angkasawan u..kih kih
perh...ujian sepanjang jalan...tough meh...:)
Wahhhh banyaknya saringan ... kecian para2 angkasawan .. bukan para2 sakura ye :)
Unknown said…
lana cam dah bagi sinopsis buku nie..x payah ler nak beli lagi..haha..

uihh x sangka banyak saringannya..n dato sheikh muzafar shah tu memang sangat bertuah la kan..tumpang berbangga..hehe
syuxer said…
banyak ujian dia..kan failed kan ada yang nak letupkan kapal angkasa heheh..

syuk boleh je nak jadi angkasawan..dalam mimpi je kot..xperlu ujian2 dah ahahahha
Luqeem™ said…
pkcik saya ada masuk tp dia x lepas naik bukit..dia kata mmg ssah..bnyk gna stamina
tak nak jadi angkasawan.....kalau dermawan o.k juga......tapi saya bukan jutawan.....habis saya nak jadi apa?....
saya jadi orang-orang kat bendang...boleh....
Alif Haris said…
tgk r ujian fizikal dia je dah berat .. fuuh .. memang kene fit betul la
iPai said…
mantap gila review .. heheh

n tak sangka sebegitu banyak punya test .. boleh give up wooo
NA said…
Bukan senang rupanya jadi angkasawan.
Sekurang-kurangnya kita tahu mengapa hanya Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Faiz Khaleed berjaya.

Popular Posts