RSS Feed

Sayangi anak yatim..

20

August 17, 2011 by

Ikutkan dalam umur lana yang pendek ni, ramai juga kenalan dan rakan taulan yang bergelar anak yatim. Diawal perkenalan, tak tahu pun kisah hidup mereka. 

Ingat lagi, pernah satu roomate dengan 3 sahabat, kesemuanya anak yatim. Dua orang daripadanya kehilangan ibu sejak kecil lagi. Seorang lagi kehilangan bapa diusia awal remaja, 12 tahun. Bayangkan, saat dapat tahu mereka bertiga anak yatim..Allahuakhbar.. tersentuh sangat hati ini, sampai berlinang air mata mendengar kisah mereka bertiga serentak..

Sehinggakan, akibat terlalu melayan emosi yang sayu, kami berempat menangis agak lama..berpelukan seketika..dalam menenangkan emosi kami semua..kemudian, disusuli dengan solat jemaah bersama.. Dalam hati, tak henti2 berkata, Ya Allah..panjangkan usia kedua org tuaku.. aku teramat bersyukur padamu..

Sayangi..hormati..kasihi..dan cintailah golongan yang satu ini.. percayalah cakap saya, betapa seksanya, susahnya membawa gelaran yatim itu..tapi betapa indahnya, kerana Allah menguji mereka sedemikian rupa.. Moga sahabatku bertiga tetap terus berjuang dalam hidup mereka.. Amin...



20 comments »

Chempaka Sari said...

Alhamdulillah.... kita masih dikurniakan ibu bapa yang panjang umur..

amir aizat said...

yes sayangi mereka jugak! cuba utk bersyukur ap yg kita ad.

abghani said...

kita semua bersaudara

Bro ahmad said...

beri pertolongan kepada anak yatim besar pahalanya lana..

HAZWAN17 said...

bulan puasa ni banyak majlis meraikan anak-anak yatim...baguslah...dapat pahala...jangan berat nak tolong dorang kan..

ArulchelseA said...

sama la..aku pun anak yatim ni lana..

p/s:mna de aku kuat majuk la.. kih kih kih.. lana u yg kedekut roti..kih kih kih

Khairil said...

sedih betul bila mengenangkan nasib anak2 yatim...

apik pehe said...

betol tu lana

Syuxer said...

syuk pun kehilangan mak tercinta..dia sudah berada di dunia lain..

syuk faham perasaan anak2 yatim neh..:)..apapun anak2 yatim adalah sahabat yang paling best kerna mereka tidak sombong dan setia..bahkan kalau nak dikatakan sahabat sejati..memang mereka mampu memenuhi kriteria itu..

NA said...

Berat mata memandang berat lagi mata memikul.

Ujian yang berat untuk kawan-kawan Lana. Moga kita menghargai ibu bapa kita selagi ada.

-wina1979-

penaberkala said...

saya diduga seminggu sebelum trial spm
huh, sungguh besar sekali dugaan sewaktu tu
hanya tuhan saja yg tau

merindui org yg tiada di sisi, tak terungkap dengan kata-kata

hargailah mereka sementara masih ada
ibu ayah kita adalah segalanya
tiada yg ke-dua, merekalah yg utama

alif haris said...

sbb tu rasulullah salu usap kepala anak yatim :)
untuk tunjukkan kasih sygnya ^^
agar dpt menggembirakan hati ank yatim :)

Jasman said...

AMIN...

Yutaka Mushimura said...

pi la wat suami ka..isteri ka..senang...

takyah gaduh2 pi balik raya..hehheeheh

Eza Boom Boom :) said...

Sedih la mengenang nasib anak yatim..huhu..roomate eza pun dua-dua anak yatim..Eza pun sedaya upaya akn jaga hati dorang...huhu..tak sanggup la nak buat dorang sedih or marah..nasib dorang tak sebaik Eza.. :'(

A retarded kitty said...

Amin. Doakan ibu bapa saya juga.

SoutulMujahid said...

kesiannya mereka (T.T)

Khairull-Dean said...

anak yatim perlu diberi keutamaan...

Jahidih Saili said...

sy ada sorang kawan...ayahnya telah lama meninggal dunia..maknya pula meninggal dunia sewaktu pertengahan final exam semester lalu..nampak sgt kesedihan pd wajah kawan tu..

berbuata baik kpd anak yatim suatu perkara yg dianjurkan kpd kt..
mg ayh dan ibu kt pjg umur..amiiin..:)

aizamia3 said...

alhamdulillah masih punyai mak dan ayah.. moga orang tuaku sihat dan ceria selalu.. insyaAllah..

Powered by Blogger.