9 tahun tak pakai mesin basuh, inilah jadinya


Lana punya keluarga yang kecil, 4 org ahli - ibunda,ayahanda,adik dan lana sendiri. Jadi, kami lebih senang membasuh kain secara manual - menggunakan tangan dan berhempas pulas dalam bilik air. Walaupun ayahanda ada membeli mesin basuh sejak kami berpindah ke Putrajaya, sekali pun ia tidak berusik. 

Tahun ini, genap 9 tahun mesin basuh tu tak disentuh. Dan, bermula semalam, lana dan ayahanda cuba menggodek2 dan menggunakannya, Alhamdulillah, ternyata ia masih berfungsi dengan baik walaupun hampir sedekad tidak menggunakannya.

Semalam, masa guna dengan ayahanda, elok saja. Enjoy je basuh kain. 

Harini bila melakukannya dengan ibunda, asyik rasa nak marah je. Al-maklum, ibunda memang tak pernah guna mana2 mesin basuh kain pun sebelum ni, jadi bila digunakan pertama kalinya tadi, beliau rasa gelabah. Kerana kegelabahannya, bila mesin tu bergegar diwaktu2 tertentu, beliau mula menyatakan, "ko silap ni kak long"  "apa yang gegar tu,apa lama sangat??!"  "tepon acik X ko la, tanya balik betul ke ni"

Kepantangan lana - orang cepat gelabah. Jadi, mulalah kami anak beranak "berperang mulut" mempertahankan cara masing2. Tapi bukan bergaduh ya,hehehe.

Bila difikirkan balik, kelakar betul. Kalaulah mesin basuh tu boleh berkata2, mungkin ini yang diucapkannya:
"9 thn tak pakai aku, inilah jadinya, memekak je dua beranak ni, yg buat kerjanya aku" hehehe


Comments

Sharina Fadzil said…
fuyooo rajinnya 9 tahun basuh baju guna tangan! kalau sha memang tak sanggup le :P
1 said…
Salam..haha..
lucu terbaca gelagat lana dgn mak lana...
biasalah tu..mak mmg mcm tu..
mak sy pun mcm tu jg..

sy msh ingat, dulu saya xpernah guna mesin basuh w'pun ada kt umah..sy lbh suka basuh sendiri secara manual..kononnya xnak menyusahkan org lain..
suatu hari, sy coba2 guna mesin basuh tu, terasa gelabah sikit jg..xpandai guna..haha
adik juga yg dtg menolong..
Hasif said…
wah...rajin nyer basuh guna tgn... mesti tgn kuat nie..haha
APAN said…
mcm x caya lak...dok kat putrajaya, tpi basuk kain guna tangan lagi...bagus2... :)
kerisperak said…
kalau baju harini pakai harini basuh memang xreleven la nk guna mesin basuh, brape helai sgt.. lainla pakaian yg dh btimbun seminggu, memang wajarla gne mesin.. lana pun family 4 org je ahli, xramai.. sy pun jrg gne mesin bsuh coz dok sorg, rasa membazir air dan elektrik je bsuh bju yg xsbberape.. betul tak lana? hehe..
Cik Azz said…
Akak dah tak daya dah nak basuh guna tangan.. Zaman sekolah dulu itu la kerja akak.. Naik krem tangan... Maklum la adik-beradik ramai lelaki.. Kerja dorang asyik tukar baju je..

Sekarang ni kalau mesin basuh meragam je, kalau tak boleh repair, beli baru je.. Salah satu barang penting yg mesti ada kat rumah ni.. Dah terpaksa, nak buat cmner..
caliph shuriken said…
kelakar laa dialog last skali tu, hikk...
Anonymous said…
Kte time sekolah mmg rajin gila bsuh baju...
Ble dh besar jd mlas plak nk bsuh bju guna tgn....

Popular Posts