RSS Feed

Buat anak je tahu!

5

March 5, 2012 by


"Orang zaman sekarang, buat anak je tau"
"Yang lain2 hapah tak kesah, tak diherannya"
- Alias -

Itulah frasa yang ayahanda lana bagitahu baru2 ni. Bila difikirkan dengan mendalam, banyak kebenarannya. Mungkin ia boleh dibahagi pada dua keadaan: pasangan yang belum berkahwin dan pasangan yang sah ikatannya disisi agama. Pasangan yang 'HARAM' tu, usah ceritalah..paham2 sajalah dengan melihat apa yang berlaku disekeliling. Pasangan yang HALAL ni, betul2 mendatangkan kebengangan kepada kepala otak dan seluruh badan bila..

Lewat petang, pukul 6.30,
Dirumah pengasuh, datanglah si ibu bapa menjengah,
Melihat si anak berlari kearahnya dengan keletah,
Hilang segala penat dan lelah.

Esok harinya pula,
Rutin yang sama, tiada berbeza,
Si ibu dan bapa, menghantar anak kesayangan mereka,
Kerumah pengasuh yang sudah dikenal lama.

Setiap hari si pengasuh teringin nak tanya,
Apa..sibuk sangatkah si ibu dan bapa,
Baju yang dipakai si anak hari ini,
Tak ditukar sejak semalam lagi. 

Baju tak bertukar masih boleh diterima,
Tapi bila pampers si anak bertakung 'sisa',
Itu yang membuat si pengasuh naik gila,
Kalau sehari dua terjadi tak mengapa,
Yang peliknya, hampir setiap hari terjadi perkara sama.

Nampak sangatlah si ibu dan bapa tadi,
Hanya tahu hantar anak diawal pagi,
Dibawa balik bila malam memunculkan diri,
Kesian si anak, diabai ibu bapa sendiri.

Ibu bapa diluar sana, yang menghantar anak2 kerumah pengasuh/taska/seangkatan dengannya, janganlah bersikap sambil lewa, menyerahkan segala2nya pada pengasuh anak2 anda. Jangan tahu buat anak je! Jaga tak pandai, huh.





5 comments »

Jahidih Saili said...

sy pun bengang dgn ibu bapa mcm ni..ish.ishh...kesibukan selalu jadi alasan..tp xingat, kesan buruk yg akan dialami oleh anok2..

Jasman said...

kalau sebok keje xpe...jgn sebok benda tak patot...kn

~ Cik Azz ~ said...

Macam tu la yang kakak ipar saya hadapi sebab dua orang kakak ipar saya mengambil upah menjaga anak orang..

Dulu dorang rajin jugak basuhkan baju budak2 tu.. Tapi sekarang, takde dah nak basuh.. Macam tak berbaloi je dengan bayaran yang sedikit..

Takde maknanya sibok... Busybody je yang lebihnya mak bapak dorang tu.. :)

BCJ said...

susah zaman skrg ni..
ehmm..:(

legacyeqmal said...

nanti anak akan buat kat mak ayah mcm tu pulak kan..ermm didikan awal itu sgt penting.

Powered by Blogger.