Disebalik tabir..siapa Lana?
Baru ni, ada seorang hamba Allah mengutarakan sesuatu di shoutbox:
"hi lana..tringin la nk tgk cmne la lana ni orgnye yek hehe"
Sebelum ini pun ada yang pernah bertanya seperti apa nama sebenar, serta umur lana. Asal mana dsbg.
Asalnya, niat lana menjebakkan diri dalam dunia blog ni adalah untuk memenuhi keperluan subjek Project Management yang pernah diambil semasa belajar di U. Pensyarah mengarahkan kami menge'post' setiap task(tugasan) diblog supaya dia boleh memberi penilaian kepada pelajar2nya.
Dan, secara perlahan2, blog ini bertukar kepada blog peribadi, yang mana isinya lebih kepada pengalaman, catatan peribadi lana sendiri tentang perkara2 yang berlaku disekeliling lana.
Pernah juga terfikir nak letak gambar2 sendiri diblog ini.. tapi, bila difikirkan semula risiko2nya, lana lebih senang memilih cara ini. Apa risiko2nya? Paling ditakuti, berlegar fitnah tanpa kita sedari.
Lana juga tahu, lana tak boleh pentingkan diri sendiri. Tak boleh lari dari pertanyaan2 seperti diatas, sebab sesetengah dikalangan kita, sifat curiositynya terlalu tinggi.
Jadi, sedikit perihal tentang diri sendiri..
- Nama asal, cukuplah Liana saja. Dan dari nama Liana lah dtgnya Lana, sekadar gugurkan huruf 'i', jadi tiada kena mengena dengan watak Lana Lang dalam siri Smallville,hehehe.
- Umur, jika dipanjangkan usia, akan mencecah 25 tahun pada November 2012 ini. InsyaAllah.
- Lana dilahirkan di Kuala Lumpur, dibesarkan di Setapak, Kuala Lumpur. Anda pernah dengar Wangsa Maju? dah dekatlah tu. Sekarang menetap di Putrajaya.
- Selepas SPM, lana menyambung pelajaran di UiTM Arau, Perlis selama setahun dalam bidang Diploma Sains Geomatik (Sistem Maklumat Geografi), dan baki dua tahun di UiTM Shah Alam. Seterusnya, mengambil Ijazah Sarjana Muda Sains Ukur dan Geomatik di Shah Alam juga.
Apa lagi. Itu je kot. Cukuplah..bukan penting pun, seperti kata Abgjahi, jika tiada perkara baik untuk dikongsi, maka berdiam diri adalah lebih baik.
Comments
masukkan la sekali email ngan password fb.baru style :)
Lain la kalau nak kawen.. Memang kena tau la semua benda tu.. Itupun masih ramai yang kena tipu.. :D
apapun t.kasih byk d ucapkan
rajin2 ke blog sy k? hehe.. :)
Adooiiii......tak penah pulak sape2 tanya hal peribadi. Mungkin sbb letak gambar Qisya kat header kot. Dah konpem la tuan blog nie mak budak. Wakaka....
Nevermind.....yg penting minat menulis. Update blog selalu, mmg ramai le rajin menyinggah. Tak gitu?
hope teguh ngn pendirian tu sampai bila2...:)
http://mujadafewa.blogspot.com/2012/03/first-giveaway-by-nurmujahidah-lady.html
Wa'alaikumusalam.
Kak Rozie, waktu saya study dulu, memang begitu sistemnya.
Saya sambung pengajian diploma thun 2005, hampir 10thun lalu. Waktu itu, mana2 yang dapat diploma sains geomatik, dalam pengkhususan Sistem Maklumat Geografi dan satu lgi, Sumber Alam, perlu melalui sistem ini..iaitu setahun diarau dan baki 2 tahun di s.alam.
Saya difahamkan bhwa, ia jadi begitu disebabkan jumlah alat untuk pembelajaran tak setanding dengan peningkatan jumlah pelajar. Di Shah Alam, peralatannya lebih banyak.
Dan seingat saya, kami ketika itu, kira batch second last yg melalui keadaan tu. Sekarang dah takda dah macamtu..
Harap penjelasan ini dapat membantu :)