RSS Feed

Encik polis, lana minta maaf!

7

March 27, 2012 by


Semasa sambutan Hari Polis ke-205 pada hari sabtu yang lalu, tiba2 teringat 'kejahatan' yang telah lana dan beberapa rakan lakukan. Berlaku di Muzium Polis yang terletak di Kuala Lumpur (berdekatan Tugu Negara, Taman Bunga Raya dan macam2 taman lagi disitu).

Ia sempena lawatan sekolah disekitar Kuala Lumpur. Lawatan sambil belajar yang melibatkan pelajar2 Tingkatan 1 hingga 3.

Waktu tu, dalam Muzium tu, banyak patung2 yang dipakaikan dengan pakaian seragam polis dari zaman Hulubalang Melaka ke zaman Inspektor dan Pegawai Diraja.

Tengah seronok kami berlima, apabila melalui satu selekoh didalam muzium tu, nampak patung hensem, hensem giler, giler pun tak hensem mcm patung tu,hi3. Patung yang dipakaikan pakaian seragam berwarna biru muda tu memang benar2 menarik perhatian kami. Dan, salah seorang dari kami, cuba memegang lengan baju si hensem tu. Belum sempat pun pegang...

PRAANNNGGGGGGG!!!

Kami pun terus lariiii, lariiii sekuat hati! Tak toleh2 lagi.

WOII!!! HAAAA! APA PLAK TU!

Lagi la kami kuat berlari, peserta Olimpik pun boleh kalah kalau join sekaki, bila dengar suara seorang polis memekik sekuat hati.

Sumpah, kami tak tahu apa salah kami sampai patung tu jatuh dan kuat berbunyi. Dalam kami berlari, instinct kami menyatakan, abg polis kami yang hensem tdi, terus jadi patung yang tak laku sama sekali.

Ya, kami terselamat. Lari sehingga jumpa pintu keluar-pintu rahmat,hehe. Kamilah kumpulan pertama yang berjaya menghabiskan sesi lawatan ke muzium itu dengan pantas, cepat.

Dalam bas, menuju kedestinasi seterusnya, terdengar rakan taulan dan cikgu2 bercerita kejadian patung terlentang berderai, tanpa mengetahui siapa puncanya, kami berlima yang mendengar hanya sekadar... 
http://www.emocutez.com
"gelak 'jahat' sesama kami, heh3.."

Kesimpulannya, berdepanlah, tidak kira kita dipihak yang benar atau salah. Hanya pengecut yang berpaling tadah. Erhh, maknanya..kami pengecut..alahhh..



7 comments »

Cute Hero said...

sy pegawai polis..sbb tu sy nk siasat liana ni haha

Jahidih Saili said...

Salam..ehem..o...jadi lana dgn kwn2lah yg pecahkan patung tu ye..hehe

P#eoniX said...

kantoi sudah...heheheh....lame x nampak????

APAN said...

kena rush la rumah ko mlm ni sis...hayok...tido dlm penjara la nanti.x boleh bygkan pe tajuk muka depan metro nanti.haha...

caliph shuriken said...

en3 ni kira mcm statement jgak ni, hukk...

~ Cik Azz ~ said...

Hamboii...

Ganas jugak Lana ni ehh... haha..

sop said...

ooo.. baru tahu sapa yg pecahkan patung tu.. hehehe

Powered by Blogger.