RSS Feed

Jumaat Penghulu Hari - Edisi 6

7

March 30, 2012 by


Si Keras Kepala

Dalam satu kem perkhemahan sekolah, dua pelajar sedang berjalan ditanah lapang yang luas. Nun..di hadapan ternampak oleh mereka satu objek berwarna putih.

Pelajar A: "Nampaknya seperti seekor burung bangau di hadapan."
Pelajar B: "Bukan, itu seekor kambing tu."
Pelajar A: (Bila semakin dekat) "Nampaknya betullah itu seekor burung bangau."
Pelajar B: "Bukan, itu seekor kambing."

Apabila mereka semakin menghampiri objek berwarna putih itu, ternyata ia memang seekor burung bangau. Burung itu terus terbang apabila melihat manusia semakin mendekatinya. Si B berkata, "Hah, kan dah cakap tadi, betullah, itu seekor kambing terbang."

Nilai Murni: Jika jelas pendirian kita silap, semailah sifat keterbukaan untuk mengubah pendirian atau sikap. Kesediaan mengubah pendirian biasanya tidak memerlukan kos namun keangkuhan untuk mengubah pendirian yang salah bakal mengundang masalah dan musibah. Sama-samalah kita berubah.
[Sumber: Koleksi Kisah Ceria - Pengasuh Akhlak Mulia]



7 comments »

Aida Omar said...

tak mahu mengaku diri sendiri salah :)

syaz@rozelt said...

ringkas, padat tp bernas..hihi..slm jumaat lana~

Azlan Strider said...

kalau dah buat silap tapi ego dan tak nak mintak maaf..penyakit kronik namanya tu..hehehe

Regards,
-Strider-

Deru Ombak said...

Pathetic..

Jahidih Saili said...

btl3..jadilah seorang yg bersifat terbuka..x malu mengaku kelemahan sendiri kan.. :)

nasir hamzah said...

best...

caliph shuriken said...

yeahhh, 10 markah utk kambing terbang, hikk...

Powered by Blogger.