RSS Feed

Mimpi..

8

March 29, 2012 by


Semenjak setahun dua kebelakangan ini, kerapkali lana didatangi mimpi. Mimpi yang berbeza, tapi temanya sama. Semuanya berkaitan AIR.

Lebih kurang 5,6 kali bermimpikan situasi yang berkaitan air. Antaranya, lana menyelam kedasar laut, kemudian cuba berenang dan naik semula ke permukaan. Tapi, ibaratnya, lana statik je kat kedudukan sama. Seolah2 tiada penghujungnya. 

Ada juga situasi, melibatkan sejumlah manusia yg rmai. Berusaha selamatkan diri dari air yang mencurah2. Sekali tu, semua berlari menyelamatkan diri ke arah bukit. Dan mimpi yang satu lagi, sayup2 lana dan orang ramai melihat air meranapkan apa yg ada dihadapan kami, mcm tsunami.

Kemudian, mimpi lana selamatkan orang dari lemas. Situasinya macam di taman tema, tapi tak tahulah. Rasa gembira bila dapat melakukannya, walaupun cuma dalam mimpi sahaja.

Pastu, jumpa gua misteri berdekatan dengan sungai, jeram air. Yang ni, memang kelakar. Dalam gua tu, siap ada kedai makan, tapi dah ditutup. Yang bestnya, dalam mimpi tu, Lana dan ayahanda sama2 boleh terbang, dengan perlahannya dalam gua tu,hehehe.

Dan, yang terbaru.. mimpi melihat sukan ekstrem atas air. Lana cuma lihat je.. sukan tu..ala2, climbing wall dari atas puncak tebing, kebawah..bawahnya ada tali air yang lebar..hijau mendamaikan..hurmm..



8 comments »

farhanamasdo said...

kalau banjir , rezeki . kalau yg macam mimpi lana li , tatao lee ite .

harrazdani said...

mimpi ni macam2...ok laaa mimpi air jangan mimpi api sudahhh..;)

Jahidih Saili said...

Salam..wah..bestnya..teringin nk berenang bila baca entri ni..haha
lana xboleh pg main air kot..

abghani said...

air adalah unsur alam...jika pandai menguruskan ia akan menjadi baik dan berguna.

APAN said...

untung ko sis boleh ingat mimpi :)

etuza said...

Mimpi..usah layan sangat ya..yg penting doa banyak2..hindarkan perkara yg tak baik..

caliph shuriken said...

semangat tuan umah unsur air ek? ^^

kerisperak said...

Owh ni la mimpi airnye tu? hehehe. kebanyakkan mimpi jarang yang kita boleh ingat 'scene' by 'scene' tak lama lagi percaya la, kalau lana tak tulis cerita mimpi tu kat sini, lana akan terfikir kalau ada org tanya mimpi yg pernah lana ceritakan "Eh pernah ke aku mimpi macam tu?" hehehe. Mimpi akan di savekan dalam short term memory.. datang mimpi baru yg lama dah kena tendang keluar dah.. pling, terus lupa mimpi pasal air ni..hehehe

Powered by Blogger.