Pengalaman menunaikan umrah dan kaset


Baru2 ni, ada seorang hamba Allah yang dikenali, pergi mengerjakan umrah. Alhamdulillah, dia selamat sampai semula, sempat juga membekalkan kami sekeluarga buah tangan dari Mekah dan Madinah. Tentu sekali yang dinanti2, bukanlah cenderahati2 yg dibawanya pulang, tapi teringin sangat nak mendengar dia bercerita tentang pengalamannya disana. 

Tapi..apabila dia mula bercerita... ia ibarat kaset yg bleh didengar berulang2:
"kat sana, mulut tak leh celupar, nanti tak jumpa jalan keluar"
"nak kena bnyk sbar, kalau jemaah len lambat trun dri hotel, kita tunggu jelah, tak payah caci maki, nanti mulut kita berkudis"
"jangan nak curi2 apapun kat sna, sana bayar cash, kita buat jahat, kejap tu jugak dpt balasannya"
"kalau tak biasa hidup susah,jgn mudah mengeluh..nanti badan terus sakit sampai tak dpt berjalan"
-dialog sekadar contoh-

Come on lah..asal orang yg balik dri mengerjakan umrah dan haji, itulah cerita yg sering disampaikan. Memang tak dinafikan kebenarannya, cuma..cukup2lah tu. Ayahanda pun cakap, balik2 cerita yang sama diulang2.

Cubalah cerita tentang ketenangan yang menggamit2 hati sewaktu beribadat disana. Tentang keseronokan, keindahan berada dirumah Allah. Perkara2 yang positif. Menggalakkan orang lain berusaha lebih kuat untuk menjejak kaki kesana. Ini tidak..balik2 cerita yang lama.




Comments

Anonymous said…
Ibu dengan ayah kita cakap, diaorang pergi umrah rasa macam tak nak balik Malaysia je
Cik Azz said…
Ye la... Mungkin niat dorang tu utk mengingatkan kita je..

Entah bila la dapat ke sana agaknya.. Mudah2an Allah makbulkan doa ini untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci suatu hari nanti.. Insyaallah..
1 said…
betul tu lana...cerita mcm tu hanya membantutkan hasrat org lain utk ke sana..
"saya ni belum boleh pegi sanalah, saya ni belum cukup baik, takut nanti ada perkara tak baik berlaku dgn saya bila sampai sana nanti.."
ha..nilah realiti..
akibat bila selalu disogok dgn cerita mcm ni..
bukan tak setuju dgn cerita tu..cuma bak kata lana, lg baik kalau cerita benda2 baik...barulah org berlumba-lumba dtg ke sana..kan ni lg baik..

haha..maaf klu lana xfaham..
ewanthology said…
klu niat baik.. elok pegi. jgn dipikirkan sgt dgn apa yg org cakap.
caliph shuriken said…
semua based on niat kn ^^
gnesop said…
best dapat boleh gi umrah
harap boleh gi gak
cikajid said…
assalamualaikum ...

saya baru sahaja selesai kembali ke tanahair minggu lepas ..ini adalah yang pertama kalinya saya ke Makkah untuk tunaikan umrah.

apa yang dikatakan tu semua betul . yang saya nak tambah... kehadiran kita di sana adalah untuk menambahkan keyakinan kita kepada Allah. kalau setakat ni kita selalu berkata " kita yakin dan berserah kepadaNya", di sana kita diuji keimanan itu,, berapa yakin tahap keyakinan kita... berapa berserah nya tahap berserah kita...

terlalu banyak nikmat yang di beri dan diuji, nikmat sejuk, nikmat panas, nikmat sabar, nikmat lapar, nikmat penat, nikmat syukur, nikmat harta, nikmat hidup dan nikmat mati...

yang pasti... apa apa pun perlu di mulakan dengan niat dan memohon kepada Allah...kemudian usaha..dan terus berusaha...

Yakin kepada Allah... pergi lah ke sana...insyaAllah ..anda akan mendapat jawapan kepada kekosongan dalam diri...

Popular Posts