RSS Feed

Review Buku: JIN - Hakikat dan Pengubatan

7

March 27, 2012 by

Tajuk: 
JIN - Hakikat & Pengubatan





Hasil tulisan Dato' Hj Ismail Kamus ini mengandungi 11 bab kesemuanya.

Bab 1 menghuraikan asal usul Jin yang diketahui umum, iaitu ia dicipta dari api.
Diikuti dengan penerangan berkenaan perbezaan antara Qarin, Syaitan dan Jin. Turut diperkenalkan kepada anda juga ialah, jenis2 dan tugasan jin, yang terkandung dalam Bab 2 yang bertajuk Jin, Iblis dan Syaitan.

Bab 3, bab yang paling mengujakan lana untuk terus membacanya, Sifat dan Tabiat Jin. Bab ini dimulakan dengan teori2 berkaitan Segi Tiga Bermuda. Apa kaitannya Segi Tiga Bermuda dengan jin? Berbalik pada mitos2 serta cerita2 mistik, ada pihak yang mendakwa kawasan ini didiami oleh kerajaan jin yang sangat maju teknologinya. Jin2 ini dikatakan mampu melenyapkan kewujudan manusia yang melalui kawasan mereka tanpa meninggalkan sebarang bukti. Dari sini, tercetus beberapa persoalan, antaranya, sejauh mana penyamaran jin, apakah jenis tempat kediaman mereka dan adakah jin mati?

Selain itu, anda turut didedahkan dengan kisah2 seperti Keris dan Kepercayaan Khurafat, permainan Kuda Kepang dan pekerjaan seorang Tukang Tilik. Apa kaitan ketiga2nya dengan jin? Anda boleh mengetahuinya dengan mendapatkan buku ini.

Bab 4 dan 5, masing2 menceritakan berkenaan dengan hubungan jin dengan Allah, dan juga hubungannya dengan manusia. Seterusnya, pembaca akan dibawa menelusuri sejauh mana Kekuatan Jin didalam Bab 6. Bolehkah jin ditundukkan? Kepercayaan mayat akan bangun apa dilangkahi kucing hitam, adakah ia benar? Menggunakan khidmat jin dan hukum berkhadam dengan jin, apa hujah disebaliknya? Segala persoalan ini akan dijawab dalam bab 6 ini.

Bab 7 berkisarkan Permusuhan Syaitan Terhadap Manusia. Bab 8 dan 9 pula, topik yang tidak asing lagi dalam pendengaran masyarakat kita, iaitu Rasuk dan Sihir. Antara sub-sub topik yang didedahkan dalam kedua-dua bab ini adalah, tanda-tanda rasukan, sebab2 jin merasuk manusia, pembahagian sihir, sihir khayalan dan silap mata, hukum bertemu dengan tukang ramal, hukum mengubat orang yang disihir dan banyak lagi. Kaedah pengubatan bagi rasuk dan sihir pula dijelaskan dalam Bab 10.

Bab terakhir, Bab 11, pembaca diberi sedikit bimbingan bagaimana hendak menghindarkan diri dari jin, syaitan dan sihir. Satu persoalan menarik yang ditinggalkan di bab ini, adakah virus dan bakteria juga boleh dikategori sebagai jin? Anda carilah jawapannya.

Buku setebal 198 muka surat ini, berharga RM34.90, ia diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn Bhd. Selain dibekalkan dengan fakta, ilmu serta doa2 pendinding diri, pembaca juga pasti tertarik dengan ilustrasi kartun yang terdapat disetiap permulaan bab2nya. Selamat membaca.




7 comments »

Jahidih Saili said...

Salam..wah..terujalah baca review lana ni..mcm nak g beli cpt2..mujur msh ada voucher 1 malaysia..haha

nasir hamzah said...

menari buku ni.. harga pun kira ok ler kan..

-SUPERGIRL- said...

macam menarik jeeeeee.. harga erpatutan . nak beli dekat abohh

abghani said...

patut di beli dan di baca

etuza said...

Asalam...
Tertarik nak membaca. Alam manusia dan alam Jin berbeza. Antara yg diketahui..ialah mereka nampak kita. Selalulah berzikir dan ingat Allah, Dialah yang maha hebat. Allah itu maha besar.

caliph shuriken said...

customer sy suka order buku cmni kt e-store sy.. asal saja ada tajuk kaitan jin & cara rawatan, mmg dia order...

~ Cik Azz ~ said...

Dulu suka dengar ceramah Ustaz Ismail Kamus ni.. Skang ni dah jarang dah dia keluar tv, kan..

Powered by Blogger.