RSS Feed

Sayu

3

March 21, 2012 by


Lana tak tahu kenapa, apabila lewat petang, matahari semakin tenggelam.. saat melihat orang awam bergegas pulang kerumah masing2, ada yang mengambil anak dari tadika dan sekolah. Yang lelaki bujang pula biasanya bermain bola sepak dipadang, takpun sepak takraw.. perempuan bujang pula, biasanya sesudah kereta diparking, mereka singgah kekedai bawah untuk membeli barang2 keperluan memasak, mungkin untuk memasak makanan dimalam hari. Kanak2 pula ada yang berlari-lari mengusik kawan, ada yang bermain ditaman berhampiran. 

Dari atas sini (rumah lana tingkat 6), semuanya kelihatan normal sekali. Aman, tenteram.. walaupun masing2 sudah menunjukkan tanda2 keletihan setelah roh dan tubuh badan mengharungi sehari lagi perjalanan dibumi Allah ini.

Lana akan rasa sayu..macam2 difikirkan..berapa pantas masa berlalu. Bermulanya hari esok untuk dihadapi, dan hari ini tinggal sejarah untuk diingati...



3 comments »

~ Cik Azz ~ said...

Untung duduk atas, boleh jenguk ke bawah...

Orang duk bawah tak dapat nak skodeng orang kat atas... hehe..

Akak ni lagi la sayu Lana sebab dah terpisah dari kawan2.. Sejak berhenti kerja dan duduk kat rumah ni, tv dgn lappy yg jadi teman setia..

Tapi untungnya hati takde la risau sangat sebab mak ada kat depan mata walaupun selalu selisih pendapat... :)

Sekurang-kurangnya Lana masih dapat melihat fenomena spt yg Lana tulis ni..

Hanif Idrus said...

Melihat gelagat manusia kadang2 boleh mengisi kekosongan waktu yang menjelma..

delarocha said...

hargai setiap detik dan saat yang dilalui

Powered by Blogger.