RSS Feed

Sebarkan kebaikan

18

March 28, 2012 by


Bukan semua dilahirkan untuk menjadi alim ulama' yang hebat dalam bab-bab agama.
Bukan semua ditakdirkan untuk menjadi pensyarah yang berwibawa mendidik anak bangsa.
Bukan semua dikurniakan untuk menjadi doktor yang arif merawat pesakitnya.

Tapi, sebagai manusia, kita memang dijadikan khalifah didunia.
Tiada yang sempurna antara kita.
Maka, menjadi tanggungjawab untuk menjaga sesama kita.

Mulakanlah dengan sekecil-kecil kebaikan.
Sedekahkan senyuman, ungkapkan ucapan yang sedap dipendengaran.
Tak susah bukan? 
Senang je sebenarnya menjadi manusia yang memberi kesenangan.

"Kita mungkin tak tahu dalil-dalil agama,tak paham ayat-ayat Al-Quran, tapi kita masih punya sekeping hati yang menjurus kearah kebaikan. Sebarkan sesuatu yang bersifat positif pada orang-orang disekeliling anda. Gunakan hati, semoga beroleh manfaat di alam satu lagi yang sedang menanti"
- Lana -



18 comments »

shiema sufian said...

nice entry. Thanks for sharing (:

~ Cik Azz ~ said...

Betul..

Tapi bagi orang yang kurang ilmu atau mempunyai tahap pendidikan yang rendah selalunya dipandang sepi jika mereka memberi sebarang teguran ataupun nasihat seolah-olah hanya yang bijak pandai je yang boleh memberi tunjuk ajar atau pandangan...

Apapun, teruskan tersenyum dan menyebarkan kebaikan... :)

jomsantaisekejap said...

Teringat kata-kata ustaz masa mula2 nak mengajar macam mana nak atasi rasa malas sembahyang masa sekolah dulu... ahaksss. Anyway, nice entry dan banyak memberi kesedaran pada sy khasnya...Salam santai

Blogcomment ke 35
http://jomsantaisekejap.blogspot.com/2012/03/blogcomment-3.html

mrs.PROandKONTRA said...

yup..
kdang2 sebab sekeping hati nie kite try kongsi kebaikan,ajak orang buat kebaikan tapi ditempelak sbb ilmu tak cukup di dade..
kite bkan nak blagak pandai just nak berkongsi..skarang bru tau kalau ilmu x cukup didade lbh baik mulakan dgan mengajak kebaikn yang lain..
nice entry..like!! like.. like!!!

eyryn said...

suke entry cmnie..
mengingatkan antara 1 same lain..

yana halim said...

yg penting nasihat yg baik kita ambik. tak payah tunggu dari mulut ustazah/ustaz je. Nice entri. tapi itula. bila kita tulis yg baik2 nih org meluat. kengkonon kita nie tunjuk baik. sabo je la..

sop said...

bila berkongsi perkara baik, pahala akan berterusan :)

Nyue said...

nice entry. Thanks for sharing ;)

ok x header baru nyue?

amir aizat said...

i like it, lana

caliph shuriken said...

sharing is caring.. selamat beramal ^^

*erkk, sori x bole tinggal jejak kt fibox sini...

Miss Chocolate said...

btul2..klu ada ilmu positif yg thu kngsi sma2 :)

etuza said...

Entry yg terbaik...untuk semua. Sesungguhnya senyuman itu satu sedekah. Dan dikatakan kita perlu saling bertegur sapa demi menuju kebaikan di dunia dan diakhirat.
Moga blog kita memberitahu sesuatu tanpa disedari..pihak pembaca mendapat kesan yg positif..tahniah

Zamani said...

Suka baca ayat kat perenggan terakhir tu.. btw, Zam bw kat sini :)

P#eoniX said...

anda ditag...

P#eoniX said...

http://pheonixcharlotte.blogspot.com/2012/03/jawab-jawab-dan-anda-ditag.html

Koding said...

Ilmu yang bermanfaat...
Pahalanya berkekalan....

APAN said...

mmg x banyak ilmu berguna yg mampu dikongsi apa lagi diajar dari aku...

tpi aku cuba kongsi gak ilmu dari orang lain.sama2 baca pun jadi lah :)

Jahidih Saili said...

Salam..klu nak tahu prkara yg kita lakukan tu benda baik, hati kt senang hati nk buat, klu prkara tu xbaik, kt malu org lain tahu atau nampak.. :)

Powered by Blogger.