Sosiopat


Criminal Minds, satu rancangan televisyen yang disiarkan di CBS sejak tahun 2005. Di Malaysia, TV8 menyiarkannya pada hari Isnin, 10.30 malam.

Menariknya tentang drama ini, anda boleh belajar beberapa perkara, antaranya:
1. Mengenal dan memahami bagaimana penjenayah berfikir.
2. Istilah2 dalam bidang psikologi.
3. Hikmah dalam setiap kejadian jenayah.

Kita semua tahu, jenayah tidak mengenal sesiapapun sebagai mangsanya. Dan, kita juga boleh menjadi salah seorang dari mangsa tersebut jika kita tidak berhati-hati.

Akhir2 ini, rakyat Malaysia sering dikejutkan dengan tingkahlaku penjenayah yang tidak berperikemanusiaan. Bermula dengan kes Mona Fandey , mangsa letupan Altantuya, kisah sadis adik Nurin Jazlin dan terkini, mangsa bakar, adik Dirang. Pasti kita, yang membaca kisah2 diatas, melahirkan rasa geram, benci, amarah dan mengutuk perbuatan mereka yang langsung tidak menggambarkan ciri2 manusia.

Tapi, tahukah anda, memang ada dikalangan kita yang sedari kecil begitu sifatnya? Ia tiada sifat manusia, malah haiwan juga lebih baik darinya?? Golongan ini digelar sebagai SOSIOPAT.

SOSIOPAT tidak mengikut norma2 kehidupan sesebuah masyarakat. Mereka seolah2 berada didunia mereka sendiri. Tidak mempedulikan perasaan dan hak orang lain. Juga, tiada rasa kesal atau bersalah diatas setiap tanduk mereka. Tiada aturan tertentu dalam tingkahlaku mereka, mereka juga mudah gelisah. Sering bertindak spontan tanpa memikirkan akibat daripada tindakan mereka. Sangat berbahaya kepada orang lain, juga diri mereka sendiri. Golongan ini sangat memerlukan rawatan. Banyak faktor yang menyebabkan mereka jadi seperti itu, dan kebiasaannya, ia ada kaitan rapat dengan pengalaman2 masa lalu, terutamanya dizaman kanak2. Contoh, melihat pembunuhan orang yang disayangi didepan mata.

Apa yang lana paham, SOSIOPAT, nak kata gila, bukan. Sakit mental? Sakit Jiwa? Itupun lana kurang jelas, perlukan pembacaan dan pemahaman yang lebih. Lana cuma nak bagitahu, SOSIOPAT adalah orang yang berpenyakit. Ia bukanlah sesuatu yang kita selalu sebut2kan, "jahat gila, dia takda perasaan ke bunuh orang macam tu??".

Sekali lagi, SOSIOPAT adalah orang yang berpenyakit mental. Ia perlu dirawat. Dan jika anda mengenali mana2 individu yang mempunyai ciri2 seperti yang disebut diatas, segeralah ambil tindakan sebelum terlambat. 

"Kadangkala, tempat tinggal manusia menghasilkan raksasa yang bersifat kebinatangan"
- Stephen King -


Comments

Munn Jaafar said…
fuh..adakah sy salah sorag sosiopat? =.=*
Unknown said…
word baru..tq lana for sharing..memang kalau ada kes2 jenayah kejam macam nie mesti kita fikir kan diorang nie x de sifat kemanusiaan ke buat org macam tu? ..sekarang dh ada penjelasan..hihi
LydSunshine said…
oo... baru saya tau apa makna sosiopat. Rasanya mmg dah ramai sosiopat dlm dunia ni. Kat Mesia pun dah ramai. Sbb tu la ada jenayah2 yg lana senaraikan tu.
Cik Azz said…
Adoii...

Jangan la jadi sosiopat ataupun terjumpa dgn sosiopat ni.. huhu...
1 said…
Salam.thanx lana..pengetahuan baru..
O..sgt menarik...pengetahuan ni sgt pntg, spy kt lbh berhati-hati ketika mahu melemparkan tuduhan kpd penjenayah..
Takut nanti kt dalam kalangan org yg dikatakan "mengaji xhabis"..

mesti mempertimbangkan pelbagai perkara sblm mengenakan hukuman kpd ssorg penjenayah trmasuklah faktor ni kan..barulah xtersalah denda atau hukum.. :)
P#eoniX said…
wah!!!mengkaji pemikiran...sungguh menarik..psikology???
M@W@R Q@SeH said…
pengetahuan baru...thanks yana...
org yg mcm ni mmg x blh nk di gmbrkan dgn kata2...kdg2 kerana skt diorang ni, diorang blh trlepas wlupn melakukan jenayah kejam...nk kata cmne kan...
THE AUTHOR said…
Aku bukan sosiopat
APAN said…
aku minat sebenarnya ngan drama2 mcm ni...tpi xde peluang nak tengok...tmbh lak tv kat umah ni da rosak...mmg x menonton langsung la... :)
MIDONZ said…
ye mmg tak dinafikan dalam ramai2 manusia dalam dunia ni ada org mcm tu.. mungkin tekanan dlm hidup menjadi masalah utama..
caliph shuriken said…
jenis ni ada masalah jiwa.. kdg2 bole wujud 2 watak dlm 1 jiwa...
Apai said…
xpenah dgr term sosiopat ni..thanks kerana sudi berkongsi ilmu tentang sosiopat ni.

pucuk pangkal kepada segala permasalahan sosial yg ko sebut tu semuanya berpunca drpd kelemahan iman dan pelaku pelaku ni x ittakullah (x bertaqwa pd Allah).

d pendekkan, pegangan agama dlm diri jd salah satu faktor penyumbang kearah keruntuhan moral dan pertimbangan manusia.


# ape yg dok pening tu..baik ko registe nama jadi PANDA..kan sonang..panda mane ade masalah sosial sume ni..haha
# said…
wah!~nice entry..Love iT!~...jauhilah sosiopat!~rajinxlah beriadah and jauhi dendam !~ :D

Popular Posts