RSS Feed

Tak boleh ke lelaki dan perempuan berkawan mesra?

15

March 22, 2012 by


Jawapannya barangkali mudah, tapi orang sekeliling menjadikannya susah.

Sekadar ingin berkongsi pengalaman sendiri..

Lana suka berkawan, tapi tak suka berkumpulan. Kan ada sesetengah orang, dia ada kawan2 yang satu kepala dengannya. Bila salah seorang ahli kumpulan ni tak suka A, semua dalam group tu pun ikut sekali, tanpa sebab munasabah. Itulah maksud lana tentang berkumpulan.

Jadi, dalam kelas, ada seorang budak laki, bernama XX. Most of the classmates, tak suka dengannya, ya, cara dia bercakap kasar, ramai tak tahan. Yang lelaki sampai menggelarkan dia NATES, hasil terbalikkan SETAN. Anda mungkin boleh bayangkan kenapa sampai begitu sekali diberi gelaran?

Tapi, lana berpegang pada - jangan mudah memberi penilaian pada manusia lain. Jadi, lana berusaha berkawan, melayannya seperti mana lana berkawan dengan orang lain. (baik jugak aku nih,kah3)

Mungkin kerana itu, XX lebih selesa dengan lana, sehinggakan setiap kali habis kuliah, dia akan tunggu lana depan pintu dewan kuliah. Macam2 lah kami bualkan; XX nak pinjam nota, nak study group dsbg, sebelum kami masing2 pulang ke kolej. 

Sampailah satu hari, seorang roomate, yang juga rakan sekelas, menegur, " Lana, XX ngan lana ada apa2 ke? Si O, P, Q sibuk suruh tanya, entah2 XX suka lana tak?hehe".

Lana pun, "Hehehehehehehee". Tapi dalam hati? 

Kasihan. Sesetengah orang, bergebang2 dalam berkata2, tapi pemikirannya, jauh terkebelakang. Bila kita benci sesuatu, wajar ke kita terus menerus membenci, tanpa memberi ruang sewajarnya pada yang dibenci?? Sebenarnya, lebih pada memberi ruang pada diri sendiri. Come on. Life is too short untuk kita bergelumang dengan rasa yang tidak enak. Always be positive, then something good will come to you. InsyaALLAH.



15 comments »

Youhazreenda said...

Hehe memang macam tu lah kat mana2 pun kan? Sampaikan nak berkawan pun jadi isu kat orang lain.

Teruskan apa yang lana buat, biar lah diaorang dengan buah mulut diaorang tu. betul lana cakap, be positive :D

Ety said...

Lana, Ety setuju dengan tindakan Lana. kita berkawan dengan bukan sbb orang lain, sbb diri kita sendiri.

memberi penilaian dengan mata kasar, mmg tak wajar.

Ety pun ada bestfriend lelaki, and Ety selesa kawan dgn dia. kitorang selalu study sama2, ajar antara satu samal lain. tak timbul soal suka ke, isu pasal nak gosip2 apa semua nih.

nice entry :)

jayne said...

kadang2 berkawan dgn lelaki lebih selesa dari berkawan dgn sesama perempuan sbb pemikiran mereka x sama hehehe...

i like ur blog lana hehehe

❤ cik ieYra ❤ said...

lana uat je la mne yg Lana rse betul.
sesetengah org tu mmg cepat cemburu dgn owg lain .
nak berkawan pun susah kan ? tp kalau ad perasaan kat kawan tu , . . nO kOmen lha kan .
hehehe

Jahidih Saili said...

bgs lana..cara berkawan mcmtulah yg bgs..tak perlu mencari kawan segeng, sekepala.....layan semua org sama rata.

jadi, xdelah timpbul isu merajuk, ikut kawan tanpa bfkr dll lg kan.

satu lag, jgn terlalu menonjolkan diri ketika bkwn..cthnya terlalu bergurau terlalu byk bercakap..nanti pkara tu hanya akan mendedahkan byk kelemahan kt kpd org lain :)

cendol said...

Agree with u lana!! Btw, i visit here and follow u !!!

My Life's Journey said...

Ummm jahat jugak budak2 yang mengata xx tu lana ..umm tak pe lana ..yang penting sekali lana tahu siapa xx tu .. diorang mengata ..diorang yang berdosa kan?

Ahmad Saufe said...

"mesra" tu sering kali d salah erti..cer redefined balik terma "mesra" dlm pergaulan & perhubungan. yg d langgor batasan syarak..ammabak, wallahualam. :)

Ahmad Saufe said...

ak xla hebat mane pn sampai kene share pendapatan aku tu..haha..pendapat aku sbgai budak suku abad ni..mesra ni ade byk jenis..mesra alam, mesra pelanggn, kedai mesra petronas dan sebgainya.

like i said la, mesra biar kene pada tempat, orang dan sewaktu dengannya..kita xbleh nk rigit sgt sampai org tegur pn kite buat xendah...tu mesra penampar namanya..haha

nk mesra xpe ngan bukan muhrim tp kene tau stakat mane limit yg dh d bgtau syarak..

nobody perfect lana, semua org buat mistake gak..same goes to me...but takan la kita selama lamanya nk bergelumbang dgn maksiat segala...


wallahualam

M@W@R Q@SeH said...

lain org lain ragamnya..apa yg penting niat kita berkawan tu...

caliph shuriken said...

mcm citer sy zaman kolej, hukk...

~ Cik Azz ~ said...

Betul..

Macam kes akak jugak.. Lebih selesa kawan dengan lelaki sbb dorang kurang suka bergosip.. setakat gurau2 tu biasa.. lain sikit kawan dgn pompuan ni, asyik2 nak bergosip je sampaikan benda yg tak perlu tau pun dorang nak amek tau jugak..

Kadang2 akak rasa apsal la dorang nak sibukkan hal aku sedangkan aku tak pernahpun nak sibuk hal dorang..

APAN said...

itulah bahaya kalau bergelumang dengan organisasi x bermotivasi mcm tu...sorang buat kapla nak boikot, yg lain tiba2 terikut.padahal, dia mungkin ada buat salah ngan kapla tu tp bukan dengan semua dlm organisasi sempit tuh.haha...

bukan apa, kdg2 aku sendiri mudah terpengaruh ngan apa yg orang lain ckp.tpi, seb baik aku boleh pikir, orang bagi bunga, kita pun kena la bagi bunga...x boleh la tiba2 nak wat taik...

midonz said...

ibarat "jangan menilai sesebuah buku hanya pada kulitnya,baca dulu kemudian komen"

Encik H said...

Secara jujur, kalau kamu mampu perhatikan kitar kehidupan saya, hampir 90% kawan-kawan yang rapat dengan saya ialah wanita..bestfren2 saya pun semua wanita..

jadi bila saja orang anggap lelaki dan wanita tak boleh jadi kawan yang baik tanpa ada perasaan apa-apa, setuju saya boleh dikatakan tiada..

apa yang penting (selain daripada kerjasama) ialah kita masing-masing tahu siapa "kita" pada kita..dan kita masing-masing tahu nilai "kita" pada kita..:)

Powered by Blogger.