Ayah saya tersepit!


[Auto Post]

Harga Sebuah Kesihatan nukilan saudara Muttallif serta merta membuatkan ingatan saya terarah pada ayahanda. Kami sekeluarga sedang dalam usaha meningkatkan kualiti kesihatan bersama. 

Ibunda dengan jamunya, 
Adik saya dengan senamannya,
Manakala saya pula dengan vitamin saya.

Ayahanda saya bagaimana pula? Hurmm..masih ditakuk lama, hehehe.

Saya tahu ayahanda saya tersepit antara makanan kegemarannya dan keinginan untuk menjadi lebih sihat seperti kami bertiga. Buat masa ini, antara usahanya yang menampakkan hasil ialah, tidak menjamah nasi dimalam hari, sebaliknya menggantikannya dengan pelbagai jenis roti.

Tapi, kadang2 terbabas juga kesana sini, hihihi. Saya yang melihatnya, geli hati. Jangan sangka, menjaga pemakanan tu mudah, macam pejam mata kanan mata kiri. 

Baru ini, doktor isytiharkan, "Kolestrol pakcik masih tinggi". Ayahanda pula membalasnya, "Dah tu macamana doktor, saya memang berselera makan". Hehehe.

Abah..abah.. :)


Comments

M@W@R Q@SeH said…
huhuu igtkn tersepit ape la td lana oii...semoga berbahagia bersama keluarga ye :)
Lan Bingka said…
kena jaga makan dari sekarang.. tapi memang susah..
Cik Azz said…
Akak tak pnh amek vitamin.. Makan semuanya sedap je.. Tapi bila tengah makan tu teringat macam2, selow la sikit.. tak jadi nak menambah nasi.. haha..
Muttallif said…
Hahaha...memang susah untuk mengubah kebiasaan. Melainkan kita sanggup untuk berkorban untuk berubah.

Thank untuk publish entri di atas :)
Unknown said…
haha.. nafsu makan kuaat :)
Anonymous said…
hukhuk ibu sis pun ada kolestrol tinggi
caliph shuriken said…
pandai pakcik menjawab, hikk...
nasir hamzah said…
memang susah nak jaga makan kan.. huhu asal malam lapar, asal lapar mesti malam.. kiki
Cik Kay Jue said…
hehehe.. biasa la tu... mane tahan tengok makan kegemaran depan mata.. huhu
# said…
HEHEHE....family bahagia...yea..kena tahan makan..memang susah...tp kena juga kuatkan hati :D
ary_lee said…
Biasalah.. Dah tua-tua ni...
Ajak lah abah lana makan set vege yang mahal-mahal nuh..
Baru selera sket^^
Unknown said…
Bab makan saya pun kekadang terlebih had. Nilah penangan bila isteri pandai masak.... lebih2 lagi bab isteri buat pecal..sekampung mencari pecal dia ...katanya ada cara tu nak bagi rasa lain. bukan nakp puji isteri ya..mak saya pun kata .pecal air tangan dia sedap. X apalah lambat laun abah Tylana akan disiplin dalam bab makan ya..
Unknown said…
Walaikumsalam Tylana. Moga sihat hari jumaat ya.
Yup Semua ada komen Tylana. Komen2 yg baik, x baikpun jika ada Uncle x apa2 bah.Komen membina. Kata org yang dah ada tu kalau kena tambah baik kena komen dulu kan.

Emm..entahlah SPAM tu menerusi komen di ulasan. Kalau ada SPAM dia akan bagi tau dulu biasa saya dapat SPAM saya terus buang komen tu. Ada virus tu ..blog saya selalu macam kena ganggu. Entahlah..saya serahkan pada Allah ja. Rasanya tak ada umpat2 orang di blog saya, yang ada adalah keikhlasan berkongsi. Entahlah macamana tu spam wujud. Memang saya akui ada gangguan blog saya. Uncle kekadang hampir keluar air mata bayangkan saya log in tak ada blog saya paparan kosong, lepas tu beberapa jam kemudian saya buka baru ada, hal ini berlaku ada virus ke uncle x gfaham, nak tuduh siapapun saya tak tahu. Inilah laman maya. Tuhan ja tahu semua.

OOoo..bahasa dusun kenapa? ada dah calon ke org dusun? hehe...tak2 main2 ja ya.

Ok...
1. Isai ngaran nu ?
ertinya : Siapa nama kamu?
ingat ya baca ulang kali, cakap kat mak ya..adik2 ke..mesti kelakar dengar. Tanya Jahidi saya cakap benar ke tak...)
Unknown said…
nak lagi ke bahasa dusun ok ni:
2. Okuro-kuro abar nu baino?
ertinya : Apa khabar kamu hari ini?
ok cukup 2 dulu ya Tylana.
Abang Karu said…
arwah abah saya pun mcm tu jugak dulu.... :)
Diari Maya said…
Arwah ayah akak selalu kata, berpantang mkn pon sakit jugak baik takyah berpantang. Ade ke cenggitu... hmm org tua2 memang gitu.
APAN said…
kalau family aku pyh kot nak unite x mkn malam...nak xnak, mesti kena ada nasik.xtau la camne status kesihatan kolestrol semua tuh... :)

Popular Posts