Cinel? Chenal? Sinel?


Suatu hari tu, pergi kebengkel kereta di Dengkil, berdua dengan ayahanda. Setibanya disana, saya stay dalam kereta, ayahanda keluar bertemu pomennya. Lampu belakang mengalami masalah, tak mahu menyala.

Selepas diperiksa, pomen tu kata, mentol lampu terbakar dan dia segera menukarkannya. Kemudian, sambil memandang kearah saya, dia menyebut, "Cinel, cinel".

Saya memasang telinga, cuba memahami butirannya. Sekali lagi terdengar dia berkata, "Chenal, chenall!". Pomen tu bersuara dengan lebih lantang dan clear.

Saya semakin bingung, dengan dahi dah berkerut dua, cuba meminta ayahanda yang berada disebelahnya, mengulang kembali perkataan yg disebut pomen tadi. Ayahanda bilang, "akak, enjin, enjin! hidupkan enjin".

Dengan gelabah, saya hidupkan enjin. Hati berkata2, "Chenal? Enjin? Lagi jauh bunyinya,tak sama pun?". Saya turutkan juga. Takut juga pomen tu bising, hari semakin terik, bukannya hening. Sekali lagi kedengaran suaranya, "Alloo, cinel,sinel!!".

Kebetulan, seorang kenalan keluarga yang baru saja tiba dibengkel sama, segera mendapatkan ayahanda dan saya. Melihatkan kami yang mati kutu agaknya, En. Joshua bertanyakan pada kami dan pomen tadi, kenapa?

Pomen tadi masih meminta saya buat benda yg sama. Lantas, En. Joshua memandang saya,

"Yana, SIGNAL! Signal! Pasang signal"

Whatttt??? Dalam hati punyalah ketawa. Hahahahaah, ingatkan pe la Cinel, Chenal n Sinel tadi. Allah..sabar sajalah. Cinel = Signal, hehehe.

Saya tidak berniat memperlekehkan sesiapa, yang saya cuba sampaikan, pentingnya penguasaan bahasa. Tidak mengapa kalau kita tidak tahu banyak bahasa, itu normal, boleh dipelajari. Tapi alangkah rugi, kalau bahasa asas sendiri tidak boleh dikuasai. Terpulang pada anda bagaimana menafsirkan 'bahasa asas' disini.


Comments

caliph shuriken said…
bunyi mcm channel, hukk.. rasa mcm nk pasang jaa tV.. haa nk channel brapa ;p
Unknown said…
sabar ja Tylana. Ok pun dah kereta tu.hehe.
baca tadi awal2 saya tahu ni mesti "signa"..kadang2 lidah kita yg mempengarui sebutan..tu yang sengau tu..
ada murid saya sengau yg terlalu, murid perempuan..tapi cantik sangat budak tu, putih dan saya agak dah tinggi dia bial dewasa..pandai pula tu cantik tulisan. Cuma dia ditakdirkan macam tu, mybe ada sebab tu Allah beri dia takdir macam tu.
Apai said…
lau boleh pomen yg betul2 sengau br ko th...haha


# weh, aku sendiri pun xleh pakai, inikan kamus yg aku tulis tu..2x5 je xleh pakai..haha
P#eoniX said…
k-pop=karipap...hehehehh....same x?ahakz....
ary_lee said…
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHASH!
SIGNAL???
Jauh betul sebutannya..
HahahaXD
1 said…
Salam..aik..pomen tu org m'sia ke?

Popular Posts