RSS Feed

Culture Shock! , Berpindah Sekolah

11

April 9, 2012 by


Saya pasti semua orang pernah, sedang dan akan mengalaminya - kejutan budaya. Perbedaannya mungkin pada faktor2 spt situasi, masa, tempat, jenis kejutan yang kita alami dsbgnya.

Kejutan paling terkejut, saya alami sudah tentunya semasa saya berpindah sekolah ke Putrajaya, tempat tinggal saya sekarang ini.

TEKANAN. Ya, itulah yang terjadi. Saya hadapi masalah untuk menyesuaikan diri. Saya rasa tertekan, sukar sekali untuk saya menyesuaikan diri dikawasan baru ini.

Antara sebabnya:
1. Sebelum ini, saya bersekolah di sekolah perempuan. Di Putrajaya, semua sekolah campur. Setahun pertama bersekolah disini, saya sangat kekok bercakap dengan pelajar lelaki. Sebelum ini, nak bergolek guling kat tempat berhimpun, tiada siapa pun nak pandang. Bila dah sekolah campur, kenalah cover2 skit. huh.

2. Disekolah lama, majoriti bangsanya Cina, diikuti India dan akhir sekali Melayu. Ia memang sekolah kebangsaan, cuma kawasannya, majoriti penduduk berbangsa Cina. Jadi, kawan rapat saya kebanyakkan berbangsa Cina dan India. Boleh dibilang berapa Melayunya. Jadi, bila bersekolah di sini, saya dikelilingi bangsa saya sendiri. Dan, ya, saya kekok juga.

3. Saya suka aktiviti berkawad. Sekolah saya disini adalah sekolah yang baru dibuka. Atas sebab itu, banyak juga kekurangan yang perlu ditampung kami semua. Sedikit sebanyak, kekurangan itu juga memberi impak pada akitiviti kegemaran saya. Sejak berpindah, peluang berkawad tu semakin berkurangan. huh. huh lagi?hehehe.

Ada pengalaman serupa? Kongsikan bersama.



11 comments »

Jahidih Saili said...

Salam..sy terasa sedikit perbezaan ketika melanjutkan pelajaran ke perinngkat asasi Um di kelate. Saya sgt tak selesa dengan perubahan cuaca. Dari sejuk ke tempat panas. 2 minggu pertama terasa sgt sengsara. Boleh dikatakan 24 jam asyik berpeluh. Muka pun jadi merah, terbakar.haha..Bila balik kg adik-adik kata, "eh, kenapa dengan ko ni? Sdh jadi hitam."

Lama jglah dpt menyesuaikan dr dgn cuaca masa tu.

Oh ya. lagi satu, sy terkejut dgn budaya tempat belajar masa tu. Wow..semua nampak warak, sentiasa pakai kopiah. Saya buat dek jelah. Dalam kelas tu sy sorang ja xpakai kopiah, berambut pacak.haha..org lain pakai baju melayu, saya pakai baju kameja. org lain pakai kasut hitam, saya pakai kasut putih.asyik melawan arus.

faridah nazurah said...

errr pernah gak rasa kekok.. tapi kang kalau cite sampai esok tak habis :P

Cik Kay Jue said...

awan terbang ckj ni nak lending kat sini jap.. ehehe


betul tu kak payah nak sesuaikan diri ni.. kadang2 makan tahun juga la.. ada juga memang tak boleh nak ngham langsung dengan tmpt, situasi atau lain2..

macam saya, kat poli, sampai sekrang tak boleh nak sesuaikan diri.. kawan baik saya kat sana 1 je.. saya suke sorang2.. lepak di kolej puteri..
lagi2 saya ni pendiam.. lagi la parah kan?
tapi saya tak kesorang.. saya ada Allah dan internet. itu yang menjadi penghibur saya ketika saya sorang2. itu yang bhagia kak.. :)

adeh.. sayu pula..

nak terbng la.. naik awan..

caliph shuriken said...

sy pun klau ke tempat baru amik masa nk sesuaikan diri, huh..

*CKJ dh ada awan ajaib laa ;p

ary_lee said...

terasa culture shock waktu dari sekolah rendah nak masuk sekolah menengah..
cz kena duduk asrama..
kebetulan, cuma ada asrama perempuan je..
salunya salu bergaul dgn kawan laki..
tapi terbalik pula= ='
dan jadi makin pelik bila tau ada istilah adik-akak angkat..
dalam hati..
'diorang ni tak cukup dengan adik masing-masing ke?'
HahahahaXD

Lan Bingka said...

meh berkawad depan saya..

Kunang-Kunang said...

Salam Lana,

Mudah2an cepat dalam sesuaikan diri dengan keadaan yang baru tu.

M@W@R Q@SeH said...

akak xde pengalaman bertukar skolah...dr drjh 1 hingga 6 di sekolah yg sama...mcm tu juga skolah menengan dr form 1 smp form 6 sekolah yg sama...culture shock bila msuk U je...

Ahmad Saufe said...

culture shock aku xprasan lak mase mn jadi kt aku..haha..xpenah kott..yg aku tau electric shock mmg sakit, dh byk kali kene..haha..(patut la weng smacam)..haha

APAN said...

yg 2 point atas tu lebih kurang sama...cuma bab kawad tuh...x sangka ko suka...

bukan minat aku nak hentak2 kaki atas bumi nih :)

P#eoniX said...

tukar tempat duduk penahlah....panas je bile punggung haku cecah kerusi orang lain...orang kate kalau panas kerusi maknenye anak ramai...betul ntah idak...erk...tuh pon kire tukar gak...hakhakhak......

Powered by Blogger.