Hormati orang tua, orang muda bagaimana?


"Hormati orang tua..dan sayangilah orang muda". 80% daripada anda menjawab begitu agaknya.

Orang muda juga layak dihormati. Saya ambil contoh mudah, antara ibubapa dan anak-anak. Apabila si ibu, "Yana..tolong ibu jap, kemaskan rumah". Dah siap kemas tu, tak salah si ibu mengaplikasikan Tragedi Oktober pada anak tadi, cium dan peluk anak tu sambil ucap dengan nada syahdu,"tima kasih banyok deh tolong ibu..ibu sayang sangat kamu..". Hakikatnya si Yana tadi cuma lap seketul cawan je. 

Bapa juga, "Akmal, ambilkan kunci keta abah atas meja tu sat". Bila Akmal dah bagi, ringan2kan mulut, bagitahu padanya, "tima kasih nak". Ni tidak, jangan lah merempit terus dengan motor tu. 

Dalam hal ni, saya hormati ayahanda saya..sebenarnya, dah tahap malu dah dengan dia. Cara ayahanda saya, dia memang tak pernah ucap terima kasih. Malu, saya tahu. 

Kebiasaannya, saya yang akan memandu, walau kemana halu tuju. misalnya ke Perak untuk pulang kekampung, atau ke Johor menjemput adik saya yang belajar disana. Apabila selesai urusan2 disana, minggu hadapannya, apabila saya sedang menjamu selera, mesti secara tiba-tiba ayahanda menghampiri saya.

"Nah, duit ...... puluh ringgit. amik adik kat Johor hari tu". Lembut, perlahan je ayahanda ucapkan.

Saya tak pernah harapkan ayahanda hargai dan hormati saya sampai tahap sebegitu rupa. Bagi saya, sebagai anak sulung, biasalah, suka atau tidak, tanggungjawab pada keluarga, suatu masa nanti saya yang perlu memegangnya.

Tapi, siapalah tak seronok dapat ..... puluh ringgit? Macam biasa, sengih jahat saya terserlah bila dapat 'upah'. Terima kasih abah. Hahahahah. Tengok tu, gelak jahat pulak dah.

"Apapun cabaran yang melanda dalam proses mendidik anak2, ingatlah.. anda sebagai ibubapa pernah menjadi seorang anak. Tapi seorang anak, belum pernah menjadi ibubapa melainkan apabila masanya tiba. Jadi, bantulah mereka hadapi tipu daya dunia."
- Lana@Liana - 


Comments

caliph shuriken said…
amat bahagia dapat membesar dlm satu family yg harmoni ^^
Cik Azz said…
Itu tanggungjawab mereka untuk memberi kita duit dsbnya walaupun kadang2 mereka bukannya berpelajaran dan berkedudukan tinggi..

Tapi anak2..? Kadang2 kedekut dengan ibubapa.. Meletakkan gf/bf mendahului ibubapa sendiri, bukan setakat wang ringgit, malahan merangkumi dengan masa, tenaga dsbnya...

Jadi, dimanakah rasa hormat dan tanggungjawab anak itu terhadap ibubapanya...?
Abang Karu said…
untung ada abah lagi....saya dh x de abah dh...dh lama meninggal...al-fatihah.
1 said…
Salam lana..satu cara memuji ajaran Rasulullah...puji + impak. cthnya, "wah, bacaan adik bagus dan jelas, abang faham sgt apa yg adik baca tadi"..

Tak salah utk rajin memuji..byk kebaikan. org yg dipuji trs dihargai, lbh bermotivasi utk terus berbuat baik :)
Siti Hajar Noh said…
yup...amat benar itu..
M@W@R Q@SeH said…
yg tua dihormati...yg muda disayangi...didikan dr rumah amatlah penting untuk menjadikan seseorang itu tahu akan tggjwbnya...

Popular Posts