RSS Feed

Kushairi dan cita-citanya

8

April 3, 2012 by


[Auto Post]

Teringat seorang rakan baik bernama Kushairi. Dikenali semasa mengambil kursus Diploma yang sama. Dia pernah berkata pada lana,

"Kalau boleh, jika diizinkanNYA, Kucai (nama panggilannya) bercita2 nak kahwin.."

Belum habis dia bercakap, lana menyampuk,

"Siapalah yang taknak berkahwin kucai.."

Dia membalas,

"Kucai bercita2 nak kahwin dengan seorang Mualaf, Kucai tahu Kucai tak lah bagus mana, tapi kalau lah dapat, Kucai nak didik dia.. tentu besar pahala."

Terkedu juga mendengarnya, dia kelihatan serius mengucapkannya.
Mudah2an, apa yang dicita2kannya itu dimakbulkan.. Amin..



8 comments »

Warna Warni Kehidupan said...

jika baik niatnya, baiklah yang akan dapat.. yang sudah sejak azali Islam pun masih memerlukan bimbingan...

Muttallif said...

Jika Niat adalah kepada yang baik, lambat laun akan tiba juga.

HArap kawan Lana jumpa apa yang beliau cita-citakan.

Jahidih Saili said...

Salam..mg dia dipermudahkan ke arah itu :)

Ahmad Saufe said...

bosa pahalanya tu

~ Cik Azz ~ said...

Alhamdulillah... Moga Allah makbulkan doa Kucai tu..

Kadang2 mendidik orang baru ni lagi mudah daripada mendidik orang lama.. Sebab orang lama ni punya perasaan bahawa dia serba tau.. huhuhu...

Mungkin Kucai dah penat nak mendidik bangsa seagama... :)

caliph shuriken said...

insyaAllah, smoga tcapai cita2 murni kwn lana tu ^^

shiema sufian said...

Amin, kahwin dengan mualaf selalunya kaan membuatkan kita lebih dekat dengan agama (:

kerisperak said...

Ada juga seorang kawan yang cita-cita dia nak kawin. Masa di kem BTN, ada seorang facilitator tu tanya, kenapa cita2 awak nak kawin? Awak dah tiada cita-cita lain?

Dia jawab senang je. "Saya tak mahu menghampiri zina. Jadi kawin adalah sesuatu yg suci. Salah ke sesuatu yang suci lagi baik kita jadikan sebagai cita-cita?

Ternganga facilitator tu, "Err, awak tahu cita-cita tu ape?"

"Kenapa, tuan nak kecilkan scope makna cita-cita untuk saya ke?"

Serius, dia memang agak lantang dan idea2nya sentiasa dikuatkan dengan contoh dan bernas.

Sekarang dah kawin anak 2..

Buat kawan Lana, Kucai, jika niatnya baik, tidak memilih warna kulit dan asal usul, insyaallah Allah akan pertemukan. Doa.

Powered by Blogger.