Pentingnya Logout/Signout



Kealpaan membawa padah. Satu hari, saya terlupa untuk Logout akaun FB disebuah CC. Gara2 nak cepat, saya hanya pangkah pada window utama. 

Esoknya, rakan saya menghantar message berbunyi, "Weii, ko ada online tak harini?". Saya jawab, "takda, tak sempat lagi pergi CC".

"Baik ko pergi sekarang, aku rasa ada orang hack ko punya FB. Siap tukar gambar tak elok lagi", beritahu kawan saya tadi.

Dengan berderau darah, saya segera menelefonnya dan meminta dia bercerita dengan lebih lanjut. Ibunda orang pertama saya beritahu mengenainya. Jam menghampiri 7 petang, ikutkan hati saya mahu terus berlari ke CC, tapi saya gagahkan diri menunaikan fardhu Maghrib terlebih dahulu, tapi sungguh, hati saya tidak tenteram. 

Sampai saja dikaunter CC, saya mengadu pada pekerjanya. Mereka juga terperanjat mendengarnya, selama mereka beroperasi, inilah kes pertama. Selepas diselidik, ternyata, ada dua orang lelaki yang duduk ditempat sama yang saya duduk pada hari sebelumnya.

Dengan tangan terketar2, saya segera buka akaun FB saya. Astaghfirullahalazim.. Hamba Allah yang mengaibkan saya itu menukar gambar profile saya dengan gambar seorang perempuan lain dalam keadaan berahi. Selepas itu, dia mengeluarkan post yang berbaur tidak senonoh di wall saya, sehinggakan ada dikalangan rakan2 saya yang turut membalas komen dengannya.

Allahuakhbar..menangis saya seorang diri disitu. Rasa sangat beremosi ketika itu. Apa yang saya mampu buat ialah mengeluarkan kenyataan duduk perkara sebenar yang berlaku. Apabila saya rasa lebih tenang.. saya mengeluarkan kenyataan terakhir di FB saya.. "semoga Allah memaafkan hambanya yang melakukan aib ini pada saya..".

Saya tidak menyalahkan hamba tadi, kerana saya sendiri akur dengan kesilapan saya membuka laluan mudah untuknya melakukan hal ini. Dan, tujuan saya bercerita, bukan untuk membuka pekung didada, saya hanya ingin memberi peringatan, perkara seperti ini, kelihatannya mudah. Tapi impactnya, kita tidak tahu apa, bila dan bagaimana. 

Dengan kejadian tadi, saya banyak merenung diri..terlalu banyak hikmahnya walaupun saya akui, saya rasa malu sangat diri ini.

Dan..tidak lama selepas itu, saya dapat satu komen. Seingat saya, saya tidak pernah add nya sebagai friend. Dia menulis, "beruntung awak, dengan apa yang terjadi, masih ramai lagi kawan2 awak menyokong dan berada disisi". 

Tahulah saya.. itulah Hamba Allah tadi..selepas itu, saya tidak ketemunya lagi dalam FB..


Comments

ewanthology said…
nasib baik rakan2 mengenali lana, klu tidak pasti ramai yg buruk sangka kan.
bahaya bahaya.
nasib baik dia tak tukar password ke apa.
bahaya bahaya.
kena hati hati.

dajal betul manusia macam tu.
senang senang nak jatuhkan maruah orang,

wan selalu hack facebook member laki.
kadang tu letak status berak la, macam macam.
Nour Adieb said…
kalo dulu sy jarang log out..
Abang Karu said…
Kena selalu ingat....pastikan logout. Kalau tak logout....kita pangkah je,kita masih lagi on9 tu. Org lain bukak...tggl sambung je lagi huhuu bahaya tau.
# said…
semoga semuanya akan baik-baik saja..sabar yea lana....dugaan..len kali semua ni jadikan pengajaran untuk kita besama....
caliph shuriken said…
seboleh2nya sy x on9 di cc kecuali urgent case.. risau terlupa log out...
coklat susu said…
Ya Allah..''rajin'' sungguh org tu bt mcm tu..sabar la ek sis :)
ary_lee said…
Tak apalah lana..
Jadikan ia sebagai satu pengajaran..
APAN said…
malang betul gitu....itulah, kalau kat cc x logout mmg bahya...kab dah kena.sebagai peringatan la tu.beringat la kita pasni :)
Unknown said…
kawan2 saya pun pernah kena jugak.. ramai..
Eein Azryn said…
benda kecik je tapi impact nya besar. huhu.
ieyra said…
bahaya nye lw tak log out fb neyh .
lbh2 lgi lw kat cc .
Cik Azz said…
Mujur kawan2 Lana mengenali Lana jenis yang macam mana..

Macam adik akak, dia jarang log out.. Pastu anak2 dia dok tulis yg bukan2 kat wall dia.. Pastu kawan2 dia komen la, ko ni kenapa..? Pastu puas la adik akak cakap, ni semua kerja anak aku daaaa... hehehe...
Anonymous said…
mmg orang yang guna pc yang sama dgn pc yg kita guna boleh tau password kita..semoga jadi iktibar pada semua :)
Unknown said…
Turut simpati, Allah tahu Tylana tak buat. Inilah realiti..terus terang saya suka sangat kongsi gambar2. Saya sedang mendidik jiwea saya agar x cuba sembarangan nak letak gambar2. Kekadang rasa bersalah..hati tak sedap. So lebih baik tak letak gambar banyak sangat. Tylana blog ok ja tu..bersih dengan gambar. Pesona ..ada ja gambar penghias konon tu, tetapi please10x..tiada riak. Cuma nak kongsi keindahan ciptaan Allah. Berhati2 ya di lain kali.
Cik Kay Jue said…
bahayanyer.. takut saya.. thnaks kak lana... peringat buat saya..

ada hikmah setiap apa yang berlaku.
Unknown said…
sabar ye kak lana. manusia ni mmg suka buat khianat. sabar la. nnt dia akan dapat balasannya
P#eoniX said…
akuh pon penah kene mende yang sama...tapi,x derlah sampai tukar gambar...cume dye godek-godek dalam akuh nye blog...berangin haku satu badan nak susun balik...kene kat cc yang bagitau masa nak tamat tuh kire ok...neh tetibe mase tamat tampe sebarang tanda...mulelah mulut haku nak mengeluarkan kata-kate yang x sedap nak dengo....oleh itu,penting sangat untuk kite logout...huhuhh...pengajaran kite bersama....
..cik hana.. said…
hati2 taw lain kali dear...jangan sampai perkara macam tu berlaku lagi..:)
Unknown said…
bagus cerita macam ni .. kasi pengajaran dekat orang lain . ish , bahaya lak kan ..
1 said…
kawan sy sorang pernah kena dgn kes serupa lana..kesian sgt..
byk gambar lucah org xbertanggungjawab tu upload dlm fb kawan sy tu, siap post mcm2 status lucah lg..
M@W@R Q@SeH said…
Allah mengetahui di mana kebenarannya...mmg kita malu tetapi kita perlu igt kita di pihak yg benar...
Apai said…
ouch..that's hurt...bagus la tu, jadikan ia satu pengajaran yg bermanfaat di masa akan datang supaya tidak jadi careless whisper lagi..keke..ade lak ke situ lak
mujagirl92 said…
rasa mcam pernah je tak sign out tpi alhamdulillah tak de pape.. hati2 k len kali :D
Unknown said…
Kalau x logout kat hp x pa kot

Popular Posts