Perlu ke perempuan pandai memasak??
Sebagai seorang perempuan, kalau ditanya pada lana soalan ini, jawapan saya, mudah sahaja.
Perempuan tidak perlu pandai memasak. Yang sepatutnya, perempuan perlu memasak walaupun tak pandai.
Nampak bezanya?
Pandai memasak satu bonus. Hatta, bukan pada perempuan saja, kalau lelaki pandai memasak pun satu bonus.
Macamana yang tak pandai ni pula? Memasak lah, walaupun sekadar menggoreng telur. Semua perkara , asasnya bermula dari bawah. Tiada siapa pun, tetiba terus hebat, pandai buat Rendang Tok, Tempoyak, Gulai Lemak, Ketam Masak Tiga Rasa dan bla bla bla.
Jadi, jangan risaulah kalau tak pandai memasak, tak tahu memasak. Yang pentingnya, cuba. Ini bagi yang masih anak dara. Yang dah kahwin pula? Bagi lana, cuba dan perlu masak untuk keluarga. Takdapat sehari sekali, buatlah seminggu sekali. Tak dapat seminggu sekali, sebulan sekali pun jadi..parah dah tahap ni, hihihi.
Saya pandai memasak tak? Takkkkkkkk, muahahaha. Tapi saya akui, memasak memang best, lagi2 bila time sibuk menggoreng, mengukus, merebus tu, nampak macam sedap je masakan kita. Bila dah rasa? Puihhh, hahahaha. Telan saja!
Pembaca sekalian, anda ada pengalaman memasak??
Comments
Kena jug pandai memasak, kerana bahagia rasanya jika isteri pandai memasak ya, kalau dia pandai masak dia tak akan kekok berada di dapur masak memasak manalah tahu ada kenduri..ha di sini letaknya disebalik pandai memasak..
Bagus entry Tylana ni..
Nice one lana!
Lama kelamaan, InsyaAllah pandailah tu, janji ada kemahuan.
paling terer masak maggi:P
saya belom pro lagi, tapi still boleh belajar kan? :D