Terasa kerdil diri ini..


[Auto Post]

Dua hari lepas, saya sempat blogwalking kebeberapa buah blog. Kali ini, saya memilih blog2 yang bertemakan Islam. 

Apa yang boleh saya simpulkan, kebanyakannya cukup berhemah. Baik dari segi penulisan entry dan menjaga sisi seorang Muslim, Muslimah. Pada satu ketika, saya menjengah kesebuah blog ini, apa yang pastinya, penulisnya seorang perempuan. 

Yang begitu mengagumkan, usianya jauh lebih muda dari saya, tapi gaya penulisannya sungguh matang. Agak matang pada pandangan saya yang tak matang2 pun lagi ni. 

Tercetus satu rasa dihati saya. Saya tak pasti apakah ia.. Apa yang saya tahu dan pasti, mereka berusaha menyiarkan syiar agama.

Saya pula? Tak tahu siar dan sebarkan apa..Hurmm..dan masih berusaha dan terus berusaha..itu sudah semestinya.

Terasa kerdil sebenarnya..lebih2 lagi dengan adik yang matang tu.. Saya tahu, semua punya niat tersendiri dalam dunia tanpa sempadan ni. Mudah2an usaha saya dan kalian diberkati..


Comments

Muttallif said…
Lana, pilih "niche" yang lana nak pergi untuk blogging. Tidak Semestinya yang mengajar kepada agama.

Yang berkaitan dengan agama pun boleh juga. Contoh, keperibadian baik, motivasi hidup, cara untuk berjaya semua boleh.

Selagi orang menghargai penulisan kita dan menganggapnya sebagai satu bench mark dan kebaikkan, itupun sudah cukup baik. :)

Keep your motivation high!
Unknown said…
Eza pun seperti kak lana :) masih berusaha membaiki penulisan blog. ^^
Unknown said…
Asalam Tylana..
tersentuh hati membaca entry anda pagi ini. Ialah apa tidak..blog saya Pesona EWWK takut ada riak dan timbul fitnah.Sebab ada ja gambar saya letak ya. Bukan niat nak ego sebagai lelaki. tetapi, inilah rasa saya ikhlas berkongsi sesuatu yang baik dan indah kerana semua keindahan itu adalah anugerah Allah.
Pasal hal berblog apa tujuan. blog pesona bertemakan himpunan pristiwa yg kita alami dalam kehidupan kita..merangkumi kehidupan yg penuh suka dan duka..dalah pada mesti sertakan nilai2 berhikmah menegur dalam halus dan mengingati diri sebagai muhasabah. Kita bukan sempurna, DIalah3x yakni Allah yang maha sempurna.

tentang agama & syiarnya..kita bersyukur ada blogger lain yg lebih bertemahkan agama kita, mereka lebih layak dan istiqmahnya kuat ya.Mereka lah yg lebih sesuai buat, saya tak ada kekukuhan hal agama, amalan biasa2 sahaja sebagai muslim. Namun jiwa terpaut yg sesungguhnya Allah itu benar, nabi muhammad rasulnya. insyaallah.

Salam perkongsian ikhlas..klik2 lah entry saya yg ini ya..
http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/2012/03/apakah-makna-sebenar-tema-atau-tajuk.html
Anonymous said…
Kak Lana, saya pun selalu rasa macam tu. Banyak yang kurang. Kadang-kadang bila baca blog budak darjah 6 pun, saya terfikir kenapa lah dia boleh hebat macam ni. Hm. Nak dibandingkan saya yg 14 tahun. Banyak lagi yg kena baiki! Fighting!!!!!! :D Eh? hm.
1 said…
Assalamualaikum lana. Tak semestinya setiap entri yang kita tulis perlu berbekalkan hadis dan ayat quran barulah dipanggil entri islamik. Tulislah apa sahaja perkara baik, sama ada motivasi, renungan, kata-kata hikmah, dan macam-macam lagi. Dah ada unsur 'agama' di situ :)
APAN said…
itulah...satu kelebihan kpd mereka yg pandai mengarang utk mengajak orang ke arah kebaikan....baru nampak seimbanga sket.xde la bnyak hiburan je :)

aku sendiri pun jarang masuk blog2 gini :)
caliph shuriken said…
sy pun pnah bW ke blog2 cmtu.. sy benar2 perlu blajar bganda2 lebih lagi utk capai ilmu seperti itu ^^
Azhafizah MN said…
kita usaha menjadi yang terbaik.^_^
Fiza sehat je..dah berwajah baru blog Lana hampir tak kenal ^_^
Cik Kay Jue said…
uuuhhuuu kak lana CKJ datang ni.. haha..(wah terover ceria la pula... maaf kak.. >_<)

CKJ pun ada juga muncul perasaan macam tu kak.. terasa Ya Allah.. kerdilnya aku dengan ilmu.. banyak rupanya yang kita tak tau. sedangkan orang la lebih muda daripada kita lebih banyak ilmunya.. kan? timbul pula rasa malu macam tu...

tapi tak pe kak kita kena usahakan kalau kita nak kan? insya Allah dengan izin yang Maha Esa blog kak lana ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca suatu hari nanti...

tapi CKJ rasa blog akak ok what.. sedap mata memandang.. biru kehijauan gitu.. simple.. entry pun ok CKJ suke.. hehe.. maaf kak CKJ tak dapat nak ulas panjang fasal entry blog akak sebab CKJ baru je bersahabat dengan akak.. tapi rasa macam da lame da kenal akak..


insya Allah akak boleh hasilkan entry yang akak harapkan.. CKJ doakan akak... ea.. dah tak mau down2.. noh.. :) hehe..

oppss! terover lagi.. sorry kak lana.. komen terpanjang pula.. huhu..
Apai said…
ahaha...ko xde rase nk jd dwarf lam citer snow white tu ke?haha..

yup thats r8 kak lana, i'm surprised bile terbace entry2 yg sgt kreatif dan menunjukkan ketinggian daya penulisan mereka..its too ohsem to me to read it !!!
insyaAllah...sama-sama usaha bergerak ke arah kebaikan..
kerisperak said…
Kelebihan yg Allah bg pada seseorang Lana. Dia ada kelebihan untuk menyampaikan dakwah dengan cara penulisan yang baik. Itulah gunanya ada blog seperti tu. Boleh dijadikan sebagai kayu pengukur or timbal balik. Kalau dah semuanya peel penulisan setiap blogger sama, rasa macam makan biskut tawar je.

Penulisannya mungkin mengikut cara kita membaca buku.Cara penyampaiannya menampakkan berunsur ilmiah. Tetapi terfikir tak kita sesetengah pembaca ingin membaca secara santai tapi berilmu?

Samalah macam percakapan harian kita. Intonasi suara, susunan kata-kata, formal or informal. Sesetengah orang memang diberi kelebihan dengan pandai bercakap dan selebihnya tidak, namun kedua-duanya mahu menyampaikan sesuatu yang baik dengan baik. So back to keupayaan masing-masing.

Dia lebih mampu dan sesuai menyampaikan dengan lebih bagus dan jitu. Tapi tidak bermakna mereka yang kurang matang dalam penulisannya tidak mampu menyampaikan apa2. Bercerita pengalaman pun ada ilmu disamping yang tersurat dan tersirat.

Popular Posts