RSS Feed

Teringat arwah atok..

9

April 4, 2012 by


Masa tengok citer Upin Ipin diTV9, tiba2 teringatkan arwah atok. Saya ada dua orang Atok. Tok lelaki sebelah ibu, dan sebelah ayah pula, yang perempuannya pun saya panggil tok juga.

Kedua2nya telah selamat kembali menemui Pencipta mereka. Semasa Tok belah ibu meninggalkan kami, saya masih ingat lagi, ketika itu saya sedang berada dirumah keluarga angkat saya di Ampang. Kebiasaannya, musim cuti sekolah, saya akan berada bersama mereka.

Dan pada malam tu, saya sedang bermain didalam bilik bersama2 anak keluarga angkat saya. Masih jelas lagi, Mama (ibu angkat saya) memberitahu, "Yana, jap lg kita balik kg yana ea, atok dah tiada". Saya rasa saya cuma membalasnya dengan anggukan saja, sebab waktu tu darjah 1..tak mengerti apa2..

Yang saya mampu ingat, dikampung, makcik saya (anak bongsu dalam keluarga) kemerah-merahan matanya. Dan saya juga masih ingat, tempat arwah dibaringkan didalam rumah..

Tapi yang paling sedih, sewaktu pemergian arwah tok perempuan saya. Maha Suci Allah, beliau dijemput pada hari Jumaat dalam bulan Ramadhan..seingat saya waktu itu, saya darjah 6.

Malam tu, pakcik saya yang berjiran dengan kami, datang mengetuk tingkap rumah. Kebetulan saya sedang menonton tv, manakala ayah sedang bekerja dan ibu sedang mengerjakan solat. Pakcik saya bagitahu, "Yana, atok dah meninggal dunia jam ... nanti bagitau mak ya. Pak Ngah bagitahu abah nanti".

Saya tak tahu kenapa, dengar saja perkataan meninggal dunia, saya terus menangis teresak2. Mak saya yang sudah selesai bersolat pun bertanya kenapa. Sambil menangis saya menyampaikan berita tadi. 

Tangisan saya tidak lama. Cuma apabila mahu melelapkan mata, saya menangis lagi.. tanpa henti sehingga saya tak sedar diri..tertido.. Apa yang pasti, selepas ni, kalau saya balik kg, saya dah tak boleh merasai masakan sardin yg dimasaknya. Walaupun sekadar sardin, arwah tok masak memg lain dari yg lain. Sampai skrg, masih terbayang2 menikmati sardin bersama arwah tok, abah dan adik didapur kayu..

Waktu tulah saya sedar, saya sudah paham apa makna kehilangan.. semoga mereka ditempatkan dikalangan orang beriman..



9 comments »

Cik Adieb said...

Innalillah,al-Fatihah..utus doa buat mereka di sana :D

Norzie hany said...

Al Fatihah untuk arwah...semoga rohnya dicucuri rahmat.

Syazwan Che Deraman said...

Wan masih ada lagi dua atok dan nenek.
semoga mereka mendapat kesenangan dan ketenangan disana.

Jahidih Saili said...

Innalillahi wainna ilaihi rajiun..
mg mereka tergolong dalam kalangan org beriman..amiiin..
saya sempat bertemu dgn seorang datuk je.sblh mak..datuk dan nenek sblh bapa dan nenek sblh mak sy xsmpat jumpa :)
datuk sblh mak tu meninggal dunia ms sy darjah 2..mmg terasa kehilangan sgt..

caliph shuriken said...

al-fatihah utk arwah...

~ Cik Azz ~ said...

Al-Fatihah.. Moga arwah tenang di sana...

Akak tak sempat nak tengok datok dan nenek sebelah mak.. Masa akak lahir, dorang dah takde dah..

Arwah atok sebelah abah akak pernah jumpa.. Arwahpun pernah gak datang sini.. Nenek sebelah abah akak tak pernah jumpa.. Yang ada cuma nenek tiri je.. Semua atok dan nenek dah meninggal dunia dah.. Begitu jugak dengan abah akak.. Al-Fatihah untuk mereka semua..

Moga Allah tempatkan mereka bersama golongan mereka yang beriman.. Amin..

Mohd Billy said...

al-fatihah..
salam ziarah dari jebat :)

Karukord Jagau's said...

al-fatihah....

etuza said...

Alfatiha..moga ditempatkan disisi org beriman.Selalulah sedekahkan alfatiha..

Powered by Blogger.