RSS Feed

Berkongsi petua bersama ibunda

13

May 3, 2012 by


Sewaktu makan petang baru2 ni, ibunda sempat berkongsi 3 petua..

1. Bangun saja dari tidur, bergegaslah minum air suam segelas.
Rasanya umum dah tahu kebaikannya, ia lebih kepada untuk 'Clean & Clear' perut dipagi hari dari sisa2 makanan hari sebelumnya. 

2. Sewaktu mencuci/membasuh muka, mulai nya dengan berselawat keatas Baginda sebanyak 3 kali, dan basuh muka anda dengan arah pergerakan dari dagu ke dahi.
Tujuannya, lana rasa mungkin untuk mengurangkan kendur, kedutan, kerutan, errh, hihihi? Sebab arah pergerakannya berlawanan dengan graviti.

3. Apabila mandi, sama lah juga dengan mencuci muka tadi. Bermula dari bawah, dari hujung kaki, dan bergerak keatas, hingga hujung kepala.
Tak pasti apa rasionalnya, tapi pernah terbaca, orang yang demam elok juga melakukannya. Mungkin ada kaitan dengan pengeluaran haba, suhu badan. Lana tak tahu bagaimana nak mengaitkannya, ia mungkin ada kaitan dengan pelepasan ion2, cas2 tenaga badan, macam saintifik semacam je? hek3.

Anda ada petua yang dikongsi dengan ibunda tercinta?? Boleh kongsi bersama.



13 comments »

Nurmujahidah Ismail said...

yang ada pak cik tu bagitau ari tu,,, kita mndi dari bawah ke atas ikut haluan roh ditarik saat kematian,, Allahu A'lam

PariPariPutih said...

Thanks for the tips... suami ku suke buat yg no satu tu.. tapi bila aku cuba (sebelum gosok gigi erhh... rasa tak leh nak telan ha ha ha)

Sis AI said...

Arwah atuk slalu buat ptua nombor 1 tu.. InsyaAllah, trima ksih ats prkongsian smua ni sis!

Apapun, ibu sy.. Err, dia byk sgt brpesan, smpai nk spesifikkan, sy pun tak terkata kat sini, hahaha!

Norzie hany said...

Salam kenal.
Bagus petua ni...sama2lah kita amalkan.

Ym.Bundle said...

aku buat semua benda ni setiap hari..cuma tak ingt la nak selawat tu..takpe..boleh cuba amalkan pasni..hehe

sis92 said...

wah yg no 3 macam mana nak praktikkan ni..biasa mandi jirus bdn, lepastu kepala ,,takpelah lepasni boleh cuba dari kaki pulak :)

nasir hamzah said...

petua no1 dan no3 tu nasir selalu amalkan.. jerusan air dari bawah ke atas tu bagus untuk tubuh.. kebaikkannya dapat meredakan panas dalam dan melegakan sakit2 badan..

thanks lana petua yg sangat bagus. nnt boleh la nasir cuba petua yg no 2 tu.. bleh awet muda.haha

caliph shuriken said...

petua #3 tu sy ada amalkan.. klau x silap utk kuar haba panas dari badan.. klau trus jirus kepala, haba tu mcm terperangkap dlm badan & klau mmg suhu badan tgh panas, silap2 bole demam tau ;p

Karukord Jagau's said...

1 & 2 perkara rutin saya setiap hari :)

Karukord Jagau's said...

Silap2...
1 & 3 laaa hahaa
Silap taip tu....muehehee

aiyang said...

ada orang cakap...kalau tido lepas tghari...bangun jgn terus basuh muka...nnt kendur...hehe betul ke.... dan org tu cakap lagi basuh muka baca selawat mcm lana cakap....pastu tepuk 3 kali kat ubun2 pelan2....motifnya supaya susah nak dapat sakit kepala...

ary_lee said...

yang ketiga tu, even kaunselor sekolah ary dulu pun suh mandi dari bawah ke atas..
Errr... dah lewat tapi ary tak mandi lagi ni..
Nak mandi lah:P

Ibu selalu pesan supaya bangun tidur pagi..
Moga murah rezeki..
Rasional? Anak dia salu bangun bila matahari ada atas kepala:P

Cik Kay Jue said...

owh... begitu ea kak? thanks.. :D

Powered by Blogger.