Kisah Trauma dan Gadis Diekori Harimau Meninggal Dunia



Berita diatas sudah berlalu, tapi ia sangat menarik perhatian saya. Pertamanya, pemergiannya dikaitkan dengan TRAUMA, dan yang kedua, gangguan makhluk halus, atau, saya rasa lebih tepatnya, GANGGUAN DARI JIN. Dan ketiga, JANGKITAN KUMAN dilukanya. 

Saya ada kesimpulan sendiri terhadap kejadian ini. Trauma bagi setiap kita, berbeza. Ada orang, kena gigitan nyamuk pun boleh trauma. Ada yang berpunca dari koma dan sedar semula, akibat kecelakaan misalannya.

Sesetengah dari kita, mengambil ringan dengan kejadian2 yang menimpa diri, keluarga dan rakan2. Tanpa kita sedar, ia 'memakan' bahagian 'dalaman'. Apabila ada musibah melanda, dekati mereka yang mengalaminya secara keseluruhan - jasmani, emosi, dan mentaliti. Dalam banyak keadaan, mereka yang ditimpa tragedi, totally sembuh dari segi jasmani, tetapi dari sudut rohani, sudah banyak yang 'longgar'.Waktu2 beginilah, mereka perlukan sokongan, dorongan. Dan, jika anda memandang sepi, ringan, ketahuilah, ada yang akan datang, menemankan..iaitu jin dan syaitan. 


Comments

Munn Jaafar said…
kesiannya dia Lana.. =(

yg paling ketara rasanya sbb kuman yg merebak dlm darah dia kot..

Al Fatihah
nasir hamzah said…
nasir ada terbaca berita kat atas tu.kesian dia, akhirnya meninggal dunia disebabkan trauma dan kesan luka yg dh d jangkiti kuman.. takziah d ucapkan pd keluarga mangsa..
Muttallif said…
Ada terbaca berita tentang perkara ini. Memang kesian tapi, itulah kita sebagai orang sekeliling patut menguatkan antara satu dengan lain.

Walau dari segi apapun, jasmani dan rohani. Kesian.

Innalillahiwainnalillahi rajiun.
Minah Bunga said…
n3 yang ringkas dan menarik...
Anonymous said…
Sebagai ibubapa terutamanya, cuba dekati anak-anak terutama anak remaja, cuba dengar keluh kesahnya dan cuba berikan pandangan kita mengikut peringkat usianya.

Memarahi 'dia' pada apa yang telah berlaku bukan jalan penyelesaian.
Cik Azz said…
Kadang2 kita tak cukup kuat untuk mendengar secara terus kisah mereka yang malang atau ditimpa musibah ni..

Kadang2 tujuan kita datang bertemu mereka adalah untuk berikan semangat tapi akhirnya kita sendiri yang lemah semangat... Itu tak bagus untuk mereka yang trauma ni kerana mereka akan lebih takut dan teringat2 akan kejadian yang menimpa mereka..

Doa dari kejauhan semoga kita semua kuat, tabah dan sabar.. Dan sentiasa ingat bahawa Allah ada bersama kita walaupun waktu itu kita keseorangan dan kesunyian.. :)
Abang Karu said…
Mari lh kita sama2 menyedekahkan al-fatihah buat mereka yg telah pergi.
Cik Kay Jue said…
kena kuat semangat dan perlukan dorong... emosi kena selalu positive... itu je jalan nya utk sembuh.. :)
caliph shuriken said…
klau semangat x kuat.. apa2 saja bole berlaku...
Kancil 8349 said…
menarik...memang betul
ary_lee said…
Trauma yang melanda
menikam-nikam jiwa..
Selemah ku lemah daku berserah

Bercakap tentang trauma, adik ary trauma nak naik motor lagi since dia accident dan patah tangan after dat incident..
APAN said…
ada jugak baca kisah ni dlm paper baru2 ni...

Popular Posts