Menjadi Dewasa
Pernah satu ketika, hujung minggu di sebuah mall, saya berkata pada seorang rakan saya, "Ramainya orang dewasa!". Lalu, dia menjeling kpd saya dan berkata..,"ko kenapa, ko tu bukan orang dewasa gak ke?".
Eheh, huwik, lupa pulak. Hehe, kalau ikut umur, saya sudah boleh dikategorikan dewasa..ya la, betul la kan, bakal 25, takkan kanak2 plak? bayi? lagi la salah.
Ya, saya akui, saya suka ketawa, mungkin bagi sesetengah orang, boleh terima..tapi saya pasti, ada yang beranggapan, ia over. Mungkin jealous kot, sebab mereka tak seceria saya! bhahahaha. Tahu kenapa saya suka bergelak ketawa dan ceria?
Sebab saya ingin menjadi dan melalui alam dewasa saya tanpa perlu meninggalkan zaman kanak-kanak saya yang penuh ceria, dan supaya apapun yang berlaku disetiap peringkat usia, saya mampu berhadapan dengannya.
Dan sudah terbukti, dengan kudrat yang halus semasa bayi, saya mampu membesar menjadi kanak-kanak yang periang, jadi..dengan kudrat yang kecil semasa kanak-kanak, saya juga tahu saya mampu menghadapi alam dewasa yang penuh cabaran.. dan..saya tetap mahu menjadi seorang yang periang! >_<
Comments
Apapun pandangan Lana, taliff setuju. Lihat kebelakang untuk melangkah kedepan membuatkan kita tidak ketinggalan perkara yang pernah kita lalui sebagai pengalaman dalam menempuh perkara dihadapan.
Jangan lupakan masa silap untuk menempuh masa sekarang dan jangan lupakan masa sekarang untuk menghadapi masa mendatang
ttp Hidup yg sentiasa ceria itu satu kemestian yang perlu di cari..
tapi jgn over da la.. mati hati...
tp bg deqja . buat pe nak kejar dewasa . biar je dewasa tu datang sendiri . ta puas lg jd budak2 . :)
peace akak :)
sop selalu panggil org abg atau kakak sedang mereka lebih muda.. lupa yg diri dah tua.. hahahah
Dewasa ek? is that a prob?hahahaa
aku pon....hehe
Moga mampu bertahan untuk tersenyum dan ketawa walau dalam apa cabaran yang melanda.. :-)
* setuju lana. dewasa memang akan berganjak selaras usia, tapi kematangan belum tentu. ada dewasa yg hanya kerana usia tapi tak bijak mengawal emosi dan mengawal akal. jadi, same2 lah kita berdoa moga kita menjadi insan yang dewasa dengan kematangan. :)