Pelajar, Buku dan Peperiksaan


"Cane nak jawab pastyear ni, byk yg takde dlm buku"

Itu antara status seorang pelajar, yang saya baca di FB baru-baru ni. Sebaik saja membacanya, macam2 perkara terlintas difikiran saya. 

Sampai situ sahaja ke kaitan antara pelajar, buku dan peperiksaan?

Pada adik2 yang masih belajar, tidak kiralah diperingkat mana, nasihat saya, kembangkan tahap kreativiti dan intelektual diri.

Kurangkan kebergantungan terhadap buku dan panduan yang diberi oleh pensyarah dan cikgu.
Lepaskan diri anda dari terikat dengan apa yang ada dalam buku2, notes, slideshow powerpoint, contoh jawapan dan sewaktu dengannya.

Cuba lah untuk menjawab dengan cara berbeza, asal jawapannya membawa maksud yang sama.

Percayalah cakap saya, diakhirnya, anda sendiri yang rasa seronok sebenarnya.
Tak da feel la tiru bulat2...senang sangat. 


"Kejayaan itu satu perjalanan, bukan satu destinasi. Separuh daripada keseronokkannya ialah untuk sampai ke sana."
Gita Bellin



Comments

Reena Sidek said…
suka ayat paling last tu... Gita Berlin tu...

"Kejayaan itu satu perjalanan, bukan satu destinasi. Separuh daripada keseronokkannya ialah untuk sampai ke sana."
Unknown said…
Ya lor "think out of the box" (bukan out of REDBOX yg karoke jambat tu ye) he he he... aku dulu klw exam suka buat nota sendiri, (sediri baca, sendiri yg tau le...) sebab lebih mudah ingat dan tak membosankan hu hu hu... nak lagi best ko siap lukis gambau kat nota tu... haa... kan?? ko hader?? :P
Unknown said…
tengah nak wat ayat tuk asement neh
Muttallif said…
Hahaha...betul tu Lana. Dulu taliff pernah di tanya soalan yang sama ketika menjadi panel dialog bersama pelajar tingkatan 5.

Soalannya hampir2 berbunyi sama seperti status yang Lana katakan.

Jadi, jika hanya dengan meniru, kejayaan yang kita tempuhi hanyalah dengan meniru.

Dan jika kita berusaha untuk mencapainya, kita akan feel seperti satu keseronokan bila mencapai kejayaan.

Sama seperti mendaki gunung dan sampai ke puncaknya.

Jika kita menaiki helikopter terus ke puncak kita hanya tahu itu puncaknya.

Tapi jika kita mendaki untuk sampai di atas, kita akan faham dan hargai setiap pejuang untuk dihadapai untuk sampai menyentuh puncaknya!

p/s : Nice Punch! :P
ary_lee said…
susah nak berhenti dari bergantung pada buku..
dats y ary tak suka subjek yg examnya teori macam yang ada sekarang..
ary lebih suka kalau peperiksaan itu sedikit praktikal..
at least, bila dah buat, baru terasa,..
oooo.. macam ni rupanya..
tapi macam kos ary, banyak plak kena baca @_@
Lan Bingka said…
pelajar kembang hidung
Chic Na said…
kan? kalau kita betul2 faham, boleh je buat ayat sendiri. takdela mcm ayat copy paste je. :)
mujagirl92 said…
betul2,, tambah untuk students bahasa,,, lagi best,, banyak karangn bagi opinions je,, lagi banyk bleh belit,, tak perlu gantung pada buku pun,, tapi kena banyak baca buku,, :D
Buatbest said…
teringin pulak nk g skolah..hoho
Arpiiz said…
betul jugak tu, nak kena apply cara ni nanti..^_^
Pecinta pink^^ said…
saya masih lagi belajar..kekadang mang malas nk baca buku tebal2..slide tu pun slalu tengok..hehe..tapi kebiasaannya selalu bila exam idea kembang sendiri je..ambil pengetahuan yang ada sendiri..hehe
APAN said…
semakin hari semakin manja...gitu la kot...sampai kan boleh bawak hp kat sekolah ek nanti? masih dibincangkan atau dah diputuskan tah...mcm2...
nasir hamzah said…
Salam Lana, Sori lama tak bg komen kat sini..

Bila baca entri Lana ni rasa cm nak g belajar semula.. hehe tapi apakan daya.. dah tua ler.. hehe.

Terima kasih Lana sebab selalu bg komen membina di blog nasir..
wikipedia kan ada. hahahaha
Athirah said…
naik semangat bila baca entry ni, thanks for d'advise n___n
caliph shuriken said…
yup, dulu pnah baca citer mendaki ke puncak gunung.. ibarat klau trus mendaki akan cepat smpai, tapi klau mendaki secara santai sambil tgk2 alam sekeliling itu lebih seronok wlaupun smpai lambat sikit ^^
Cik Azz said…
Bukan meniru.. Tapi daya ingatan yang kuat.. Bila pusing sikit ayat tu, terus jadi gelabah padahal benda tu sama je.. Cikgu akak kata itu menghafal namanya... huhuhu..

Akak jenis yang macam entry Lana ni.. Dulu masa sekolah boleh jawab bulat2 seperti jawapan yg ada dalam buku seolah-olah seperti meniru.. Tapi bukan semua subjek la.. Ada satu dua soalan je.. Mungkin kelemahan akak di situ.. Tapi ianya bukan meniru ataupun menipu.. Itu yang penting.. :)

Mungkin sebab tu jugak akak tak merasa masuk U kott... hehh...
MalizaMah said…
yup... belajar, usaha... segalanya akan dinikmati diri sndiri.
NasQ said…
kalau nak jawapan macam tu kena ada critical thinking yang tak semua orang ada tapi boleh develope...
hazwan hairy said…
dgn usha kjyaan pasti akan dtg :-)
Unknown said…
Betul2 :) Yang penting rajin berusaha.
gnesop said…
masa belajar, peperiksaan satu penyeksaan. harap sgt tiada peperiksaan
tp peperiksaan yg beri pengalaman manis, tanpa peperiksaan, cam ne nak tahu berjaya? hehehe
Yu. Syamz said…
macam sistem di Univ. Al-Azhar...pensyarah di sini lebih mementingkan kaedah yang betul dan kefahaman terhadap sesuatu ilmu...kalau xnak hafal ayat kitab pun xde masalah..yang penting.Faham dan olah guna ayat sendiri..^_^

wallahua'lam
Amir Rusyaidi said…
Sangat bermanfaat nasihat yg diberikan dan setuju sangat dengan ayat yg bwh gambar tuh;"Kejayaan itu satu perjalanan, bukan satu destinasi. Separuh daripada keseronokkannya ialah untuk sampai ke sana."
putryteya said…
setuju sangat dengan Lana . belajar bukan sekadar utk peperiksaan

tp teya pun cam tu gak je dulu . hahah
Anonymous said…
betul lana! belajar ni kalau kita tak rasa seronok die mmg la susah sgt nk msukk. cuba pupuk minat n ikhlaskan hti msa belajar insyaAllah ilmu akn melekat :)
Jajas said…
ko dh belajar masak ke?hehe
Nong Andy said…
dah lama tak bergelar pelajar... tapi hidup di bumi tuhan ni kita belajar tentang kehidupan sepanjang hajat.. :D
kamal lee said…
aku setuju seratus peratus dengan hang. buku tu pon bukan nye betul sangat pon. hehe.
jumpe la lecturer ke, google ke. kan teknologi da berkembang pesat sekarang ni. hehe. :))
MalizaMah said…
setiap kali leeza study.. leeza mesti ingat ayat ni..
'Jangan direnung pahitnya usaha, TAPI RENUNGLAH MANISNYA KEJAYAAN.'
Apai said…
ni poblemya bila overdependent on text books or study materials sangat...so jawapan pun ala ala skema manyat gitu..haha..paham konsep sudeh..pastu goreng la..tp carefull jgn goreng terlampau garing pulak...kan xpasai kelaut cina selatan pulak jawapan ko...last2 answer sheet ko tu ke tong sampah..hehehe
aizamia3 said…
kalau takde jawapan dalam buku, takkan adanya exam..
# said…
ya...betul tu....setuju sangat.....adik Lana mmg ada keistimewaan tersendiri dr dlm diri....
shuhadaothman said…
use your cretivity. ^^
aah. bulan depan nak exam dah. tetibe beta lak cuak. beta ni jangankan nota kertas, selak buku pun idak ha.hahahaha

Popular Posts