Duit
Satu ciri utama duit: Ia sentiasa tidak mencukupi.
Sebab itu selalu terdengar rungutan, duit tak cukup. Gaji sikit sangat.
Tapi, disebalik semua tu, ia melibatkan: Kecenderungan dan tabiat berbelanja.
Contoh je ni ok:
Yang bergaji 7,8 ribu. Mana mahu Myvi. Paling koman, Honda City.
Bila dah pakai kenderaan harga tinggi, servis kenderaan juga naik ikut sekali.
Kecenderungan memiliki sesuatu dgn alasan spt, gaji dah grand, beli lah yang 'grand2' juga.
Sedangkan, tiada salahnya memilih jalan kedua, iaitu bersederhana.
Itulah tabiat yang selalu dilakukan kita.
Duit raya aku sikit sangat tahun ni, kenape, kenape? sedih camni..
Sumber gambar: Google
Comments
ohh yg bab duit raya sikit tu, barangkali sebab faktor usia. meh Ety kasi tips babyface Ety, mana tahu kot2 dapat duit raya banyak sikit :D
bab duit... woo sensitip woo ini bulan... orang semua muka ketat woo gi keje... hahahaha
bab duit raya.. ni komen saya : ia sentiasa tidak mencukupi....
hahahah.. angkat kaki start langkah seribu... huhuhhuhu
nak duit raya... ? kalau nak bgtau sis .. hehe
#perubahan boleh berlaku dengan duit ni
tp ada gak yg tak sedar diri...
rela guna istilah "BIAR PAPA ASAL BERGAYA"
huhuhu... lana sy langsung tak de duit raya thn ni... ;'(
lantak pi la asal hidup selesa,poket selesa,ukur baju dibdn sendiri n bersyukur le ape yg ade.
duit raye cendol dah habih diguna buat beli makanan n cekelat2 yg grand2.haha
lagi besar periuk, lg besar keraknya :)
ustaz yang mengajar mengaji dekat surau taman saya tu, dia orang berada. tapi pakai kereta viva. hidup bersederhana :)
ary pernah terdengar 1ceramah di radio..
kata ustaz tu..
dia pernah tanya seorang chinese.. "Berapa Gaji sebulan?"
Chinese tu kata "RM5000 but still lagi xcukup"
Mana lah nak cukup..
Kalau ikutkan nafsu,.. Memang takkan pernah cukup..
beta cukuplah sekadar bersederhana je, janji asb beta bulan2 lekat. kot nanti tetiba sesak, beta tahu mana nak cucuk.kehkehkeh :)