Goyang, Pecah, Buang
Perkara dan perbuatan yang salah, bila 'disumbatkan' dan 'dihadapkan' didepan kita hari2, lama-lama nanti, otak kita sendiri susah untuk membezakan mana yang betul dan mana yang salah.
Kita boleh tengok contoh disekeliling kita:
1. Hari-hari kita dihadapkan dengan kisah rumah tangga artis yang bergoyang. Asyik2 dilanda badai. Dan memandangkan artis antara golongan tumpuan awam, lama2 perkara 'goyang' berjangkit pada kita. Rapuh je, minta cerai. Goyah sikit, dah jatuh talak. Senang betul.
2. Kerap dihadapkan dengan kes2 pecah amanah yang dilakukan oleh 'orang2 penting'. Sehinggakan, RM50 pun menjadi taruhan dalam menutup kebenaran. Lain kali, nak pecah2, pecah la berbilion2, berbaloi juga turun naik mahkamah.
3. Balik2 kes buang bayi. Itu yang berlaku kini. Tak mustahil, 20,30 tahun lagi, mungkin tak perlu tunggu selama itu, kes buang ibubapa sendiri. Bukan buang kerumah orang tua, tapi buang dalam ertikata apa yang kita lihat pada nasib malang bayi2 tak berdosa ini.
Wahai ahli masyarakatku... Siapa kamu? Apa tujuan hidupmu? Dimana akalmu?
Comments
Semua ne tidak akan berlaku..jika manusia masih punya akal yang waras, istiqamah dalam hidup dan punya prinsip yang berlandaskan agama..
Sama2 la kita muhasabah diri..
Selamat malam yea manis..(^_^)
kain, batu gunting...
apa nk jd dunia skg
nak tengok berita pun tak seronok dahh
seolah bila dibongkar, semakin menjadi.
mcm juga isu atm kena tarik... mula menjadi2 juga.
Bila timbul perasaan tak heran tu, maka akan keluar la rasa tak kisah dan tak ambil pusing.. Lantak ko la nak jadi apapun..
Bahaya bila rasa tak ambil pusing tu menular dalam diri kita.. Sikit sebanyak, walaupun meluat nak tengok atau layan atau ambil tahu, terpaksa jugak kita hadap.. huhuhu..
Mudah-mudahan kita semua terhindar dari segala benda negatif ni.. Amin..
pokok pangkal nya individu tu sendiri. kalau seorang berubah, mungkin tak terasa lagi. kalau semua ada kesedaran nak berubah, kurangkan goyang, hapuskan pecah, persetankan buang, tak mustahil dunia kita jadi positif macam dulu.
tpi, nak sedar itu lah yg susah nak dilakukan kerana semua pun dah sebati dalam diri.
Btw, singgah terus dr google+. Tq add sy, blogger yg x ada nama..
no 2 n 3 menunjukkan KESAN PENOLAKKAN HUKUM HUDUD YG DIANJURKAN ISLAM.hehehe
kalau hudud dilaksanakan benda2 mcm ni tak jd seteruk ni.huh