Nyanyuk


Seminggu yang lalu, ayahanda bercerita, dia terlupa mengisi minyak motornya.

Alkisahnya...
Sesudah membayar dikaunter, ayahanda menuju ke motor semula, dan terus berlalu pergi tanpa mengisi minyak dan memenuhi tangki.
Ayahanda memberitahu, ini bukan pertama kali, kejadian seumpamanya sudah berlaku berulang kali sebelum ini.

Saya kira, perkara ini serius sekali.

Saya tahu, ayahanda sedang melalui salah satu simptom proses penuaan, Nyanyuk.
Mula2, bolehlah dikata pelupa.
Tapi, kalau sudah berulang kalinya sampai empat, lima?

Sebagai orang muda, apa yang harus kita buat untuk membantu orang tua kita melaluinya?

Sekadar berdoa minta dipanjangkan usia..tidak cukup. Sangat tidak cukup.

Dan petang tadi, ayahanda keklinik, dapat balutan free pada lutut sebelah kiri.

Korang tau tak, lana takut sebenarnya, berdepan kenyataan ayahanda dan ibunda semakin tua.
Macam2 lana fikir..mujur tak mereng lagi, wehehe.


Comments

Unknown said…
Tak da ubat untuk nyanyuk, sesungghunya itulah salah satu Nikmat yang akan ditarik dr kita satu persatu.. mungkin-mungkin dgn membaca ayat2 al-quran dapat membantu kita menguatkan fikiran kita insyallah.. selain dari kita kena sentiasa pantau dan berkali2 berpesan itu jer yg dapat kita lakukan... selainya kita harus bertawakal padaNya...
Muttallif said…
Kita doakan yang terbaik untuk mereka Lana. Taliff juga seperti Lana, tapi ia lumrah dunia dan kita harus sentiasa bersedia.
shuhadaothman said…
Doa dari anak2 tu penting.. InsyaAllah. Hope ayah lana takde pape :)
ewanthology said…
belikan ayah kismis..:-)
Cendol said…
setuju dgn ppppppppp.nak buat cane,org ni makin tua kan..kita lah pantau diorang.haha jgn kasi ayh lana bwk moto sndirik!!hihi suruh dia jd pembonceng je
huh cendol pn takot le.mak ayh cendol pn makin tua.tapi nyanyuk simtom takde lagi.cume cepat tacing.kan org tua perasaan tu makin mudah terasa.
Unknown said…
kne bagi diorang makanan penguat minda..kismis/ atau pati ikan...sebaik2nya mmg kita kne pehatikan/ pantau aktiviti diorg just in case..
Nong Andy said…
pernah juga terjadi sekali, aku dah bayar RM30 untuk isi minyak. lepas bayar aku drive pergi.. entah apa aku fikir.. berkhayal saja. lepas tu baru nampak meter masih kat situ juga balik ke pump station dan mujurlah boleh gak isi minyak tak payah ulang bayar :p

itu pelupa lah kan?

ya.. ada yg cakap kismis.. try la. kita cuma boleh berusaha selebihnya itu DIA yang akan menentukannya.
Chic Na said…
sama la dear. cik na pun takut, mcm tak dpt nak terima hakikat je. tp cuma dpt berdoa yg terbaik je la utk mereka. :)
APAN said…
kelakar lak...dah byr kat kaunter...tp x isi minyak...nasib motor x mati tengah jln...
tu guna anak2...jg ibu bapa bila depa dah x mampu :)
1 said…
Sama dgn kita jg..Bila dah nampak ibu dan ayah makin tua, rasa risau sgt... :) Moga ayah lana diberikan kesihatan dan umur yg panjang..aminn :)
caliph shuriken said…
mcm sy tgk satu citer aritu.. org tua jadi pelupa bila terlalu risaukan sesuatu pkara.. tapi bila settle pkara tu & mood kembali ceria, kes pelupa tu smkin kurang.. ntah laa, klau based on citer tu cmtu laa...
mujagirl92 said…
muja risau sebab muja yang nyanyuk dari dlu lagi, hahaa
Zyra Roxx said…
hehe byk perkara bole wat depa lupa, kdg sbb byk sgt fikir :)

doa je yg terbaik dan bg kasih syg sepenuhnya semntara mereka masih ada :)

titew dh xde dua2, nk tompang. sob sob
En. Nasrudin said…
berdoa saja lah...moga panjang umur... :)
NasQ said…
sabar melayan karenah mereka... macam yang mereka buat pada kita masa kita kecil dahulu...
Apai said…
doakan yang TTTEEEEERRRBAAAAIIIIKKKK untuk kedua ibubapa anda.

hadiahkan al fatihah pada setiap pagi kepada mereka , tak kira lah dah meninggal @ masih hidup (Dato Dr Fazillah Kamsah)
Unknown said…
Doakan yang terbaik buat kedua orangtua kita :)
gnesop said…
setiap hari usia bertambah
begitu juga dgn ibubapa kita
semakin hari semakin berumur tp kita x boleh tahan
bersedia dan skrg bantu mana yg termampu :)
gnesop said…
setiap hari usia bertambah
begitu juga dgn ibubapa kita
semakin hari semakin berumur tp kita x boleh tahan
bersedia dan skrg bantu mana yg termampu :)
MalizaMah said…
sbar berhadapan dengan ibu bapa yg semakin tingkat usia.
hmmmm'
Athirah said…
Semua penyakit mempunyai penawar melaikna tua@mati... saya pun selalu pikir yg maka ayah saya dah 50an, susah nak terima, tapi tu la kenyataannya, my parents become older and older, doa je yg mampu sy buat untuk dorang, moga mak ayah kita panjang umur dan sihat tubuh badan..aminn
penaberkala said…
tak pe pelupa,asalkan sihat
apepun, doalah sentiasa kesihatan dan kesejahteraan mereka
~Cik Sweety~ said…
Assalam cik lana.. jenguk sini melawat..hihi

Semua manusia pasti akan melalui fasa ini..perbanyakkan zikir, mudahan Allah permudahkan hari2 tua kita kelak..

Berbuka apa hari ne yea??
Unknown said…
selalulah doakan ibubapa kita, ibubapa etuza jg dah tua. dan suatu masa kita pula menuju ke arah itu.
Unknown said…
selalulah doakan ibubapa kita, ibubapa etuza jg dah tua. dan suatu masa kita pula menuju ke arah itu.
ary_lee said…
sedeyh kan? = ="
Ayah ary pun mula dah..
dia tertinggal kunci motor kat motor satu malam..
naseb bek tak hilang..
dia tanya ary, ada pakai motor ke? ary kata, xda..
then, ary carikan kunci..
ary check di motor, dan ketemu jua kunci tu..

Pastu, ayah beli ayamas dan diletakkan di box motor,..
Dia lupa yang dia beli ayam..
then, ayam tu dibiarkan sampai lah ke sudah..

sedeyh ler..
urmmmm...
Unknown said…
Eza rasa ayahanda kak lana tu kena selalu ada org teman g mana-mana... So, at least ada yang tolong ingtkan..
Unknown said…
Nyanyuk tiada ubat...
tapi usaha kena terus... Dia penentu segala....
beri ayah mkn kismis...
selalu mengaji Quran ngn ayah...
selalu berbual...
dan galakkan mereka bersosial...
Contoh: bwk la diorg jln2...
tat way.. menggalakkan otak dan fikiran sentiasa aktif..
InsyaAllah....
farra arzami said…
sedih kan lana? im facing it too here, tambah2 bila belajar jauh, jarang2 balik.. bila balik makin bertambah garis kedut kat muka dorang, sangat sedih n sayu :,(
aizamia3 said…
bila tengok raut muka ayah dan mak, rasa sedih + sayu :(
moga mereka sihat dan kuat dalam menjalani kehidupan.. insyaAllah..
Reena Sidek said…
berdoa byk2 utk org tua kita... dan luangkan masa bersama...
Lan Bingka said…
pernah jadi kat saya, baru sekali ;)
semoga ayahanda tuan hamba dikurniakan ingatan yang baik walau usia semakin meningkat. aminn~

Popular Posts