RSS Feed

Replika Hantu, Jamban dan Mak Cik Jemah

10

August 5, 2012 by


Pakatan paling berjaya yang pernah saya lalui bersama rakan sebaya ialah, ketika dizaman 'kanak-kanak Ribena.'

Kami, seramai 5 orang, termasuk saya dan seorang sepupu lelaki, Ajit berpakat untuk menakutkan mangsa kami dengan replika hantu buatan kami sendiri.

Bahan utama replika hantu tu dibuat menggunakan batang pisang (sbg badan), tempurung kelapa (sbg muka), sebotol sirap (sebagai darah, untuk disimbah2kan ke replika itu nanti).

Selesai. Kami meletakkan dalam posisi menegak, tersandar disalah satu penjuru jamban dibelakang rumah saya. Dulu, bilik air saja didalam rumah, jamban diluar..jamban ini dikongsi bersama 4 ke 5 buah rumah yang berhampiran. Harapan kami, mangsa akan terkejut gila babun, monyet dan orang Utan sebaik saja dia membuka pintu jamban tersebut.

Kami menanti disebalik rimbunan daun pandan yang tinggi, tidak jauh dari jamban tadi. Dalam 10 minit menanti, mangsa kami tiba.

Setiap saat begitu berharga. Menanti selangkah demi selangkah mangsa kami membuatkan tahap adrenalin kami tinggi, kami mula ketawa terkekeh-kekeh disebalik rimbunan daun pandan tadi.

Mangsa kami, Mak Cik Jemah. Dengan berlenggok jalan sambil membawa baldi berisi air, dia semakin menghampiri tempat 'persembunyian' kami. Dan..akhirnya, langkah terakhirnya tiba. Mak Cik Jemah sudah memegang kunci pintu jamban.

Dengan tangan kanan memegang kunci dan sebelah lagi memegang baldi, Mak Cik Jemah terus membuka pintu. Belum sempat dia menolak habis pintu, ........................... (anda imaginekan lah sendiri, apa yg terjadi. Dengan waktu menghampiri senja, buka2 pintu, nampak 'hantu' penuh dengan 'darah' sambil 'renungannya' menghala kearah anda).

Kami berjaya!!!

Yang pastinya, pada sebelah malam, saya dan Ajit menerima hukuman setimpal diatas pakatan kami. Yang tiga orang lagi, nasib mereka tidak kami ketahui. Hehehe.



10 comments »

kasut puteh said...

waaaaaa. kesian mak jemahh. hahaha.!

ary_lee said...

HahahahahaXD
teruk betul korang,..

Jajas said...

amboi...

aizamia3 said...

kahkahkah..
serius endingnye tak best.. kena hukum tu yang tak best.. ;)

Sally Yatiey said...

Hahaha. Jahatnya -.-
Kesian mak jemah :D
Tu yang tak best kalau kena hukum tu -.- hehe

Chic Na said...

haha.. kesian mak jemah. nakal ye tp kreatif. ;)

caliph shuriken said...

replika hantu btukar menjadi mumm-ra.. trus menyerang mangsanya tmasuk lana & the geng, haha...

Tukang Karut said...

isk isk isk... nakalnya!

Lan Bingka said...

naughty girl :)

Ruzzezanie said...

noti bebeno tuan hamba ni.hahahaha...nasib makcik jemah tu bukan nak tercirit. kalo tak, bertaraburrrrr!hahaahaha

Powered by Blogger.