Bersara
Saya lebih rela ayahanda menyambung tempoh kerjanya, dari memilih untuk awal bersara.
Biarpun penuaan itu semakin lama, semakin memakan jasadnya,
Tapi saya rasa, itu lah yang terbaik.
Memberi khidmat selagi jasad masih sihat.
Saya tidak mahu dia bersara semata-mata mahu berehat.
Ada ahli keluarga terdekat, yang telah melalui fasa berhenti khidmat.
Alasannya mahu berehat.
Terus dalam tempoh dua bulan, penyakit tiga serangkai datang melekat.
Biarlah..saya tengok ayahanda lagi bahagia begitu.
Putrajaya bukan macam kampung yang ada tanah untuk dicucuk tanam sampai maju.
Comments
Abang ipar akakpun bulan 11 ni bersara.. Dia tak sihat sbb ada kanser tp dia rajin berkebun.. Boss dia pujuk dia kerja dan kalau sakit, amek je cuti tanpa gaji.. Tp abang ipar tu tak nak dah.. Penat dah katanya.. Dia nak rehat2 melancong la pulak sementara masih ada usia..
Betul la kata Lana tu.. Org kalau dah biasa kerja, nnt semua benda tak kena bila dia dok kat rumah.. hehe...
ary pun lebeyh suka if ibu ary tidak bersara awal.
bukan tak kasihankan umur ibu yang makin meningkat..
tapi ary lebih rasa kasihan jika ibu keseorangan di rumah..
sedangkan sekarang, biarpun ibu bekerja, ibu sentiasa mengeluh kesunyian jika di rumah..
inikan pula jika ibu bersara..
pasti lebih sunyi..
org lagi berumur ni lebih baik wt something dari dok berehat je..nti otak lemah, bdn pon xkuat..senang msuk penykit..
tapi sekarang, abah dah kembali kerja. dan masalah kolestrol tu pun dah xde.
* tayah nak senyum2 bce komen ni. padahal suka letewww ;)
xpe kalau nak berehat..tapi jangan sampai rehat sangat..perlu selalu kluarkan peluh samada dengan bersenam,jogging @ bercucuk tanam(kalau kmpung okla ni..)
jaga makan,insyaAllah penyakit dapat dihindari..^_^
bila hati gumbira.. insyallah badan pon sihat :D